Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Mustapa Mohamed Sabtu ini menegaskan BN ialah sebuah parti yang teguh berpegang kepada janji yang dibuat semasa pilihan raya.
Dakwaan kononnya BN tidak menunaikan janji pembangunan yang dibuat semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada Disember 2005 mudah disangkal jika yang menuduh melihat sendiri kawasan itu sekarang, katanya.
"Setakat yang saya tahu, kita tunai janji kita. Kebanyakannya, kalau tak semua janji kita dah tunai, umpamanya membaiki sistem perparitan untuk elak banjir di situ, baiki beratus-ratus rumah penduduk yang memerlukan, baiki masjid.
"Kita telah belanjakan RM24 juta untuk pembangunan di situ selepas pilihan raya kecil selesai. Keadaannya lebih baik daripada sebelum ini. Janji bina jambatan dan pasar (di Pasir Mas) bukan kita yang buat (janji)," katanya kepada pemberita di sini Sabtu ini.
Beliau mengulas dakwaan PAS bahawa BN telah gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, termasuk membina jambatan merentasi landasan keretapi untuk mengelak kesesakan di bandar itu dan sebuah pasar baru yang dibuat pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.
"Semak dulu siapa yang buat janji. Kita ada buat janji dan kebanyakannya dah kita tunaikan. PAS pun ada buat janji. Yang bina pasar dan jambatan tu setahu saya itu bukan janji yang dibuat BN," katanya.
Sehingga kini penduduk di Pengkalan Pasir masih lagi menggunakan pasar lama yang uzur dan berdepan kesesakan jalan yang teruk terutama di waktu puncak.
Menyentuh penerimaan penduduk Manik Urai terhadap BN sepanjang tempoh berkempen yang bermula 6 Julai lalu, beliau berkata BN diterima baik oleh penduduk di situ.
"Kempen masih berhemah, kita harap tak berlaku ketegangan dan taktik kotor... kita harap keadaan ini berterusan sampai ke hari pengundian (Selasa ini)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, membuktikan kerajaan BN prihatin terhadap masalah yang dialami rakyat.
"Ini bukti kerajaan prihatin dan melaksanakan janji. Begitu juga di Manik Urai, jika rakyat memberi mandat kepada BN...janji yang kita buat akan dilaksanakan. Kita kerajaan yang berwibawa dan ada rekod yang baik," katanya.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA