tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 10 Julai 2009

MANEK URAI:KERANA SUDAH TERDESAK PAS MINTA SEMULA NASHARUDDIN DATANG KEMANEK URAI

Pemuda Umno menyifatkan keputusan Pas Kelantan membenarkan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, 'turun padang' dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, selepas pertengahan kempen adalah tindakan yang terdesak.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau percaya tindakan itu terpaksa dilakukan selepas pemimpin Pas Kelantan menyedari sebahagian penyokong mereka di Manek Urai tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk segelintir pemimpin dalam parti berkenaan yang meminggirkan Timbalan Presiden Pas.

"Pengundi Manek Urai patut tahu perpecahan ini ketara, mereka memang tak suka dan sebab itu nak tolak calon Pas kali ini bagi menunjukkan protes mereka terhadap apa yang sedang berlaku dalam Pas. Saya dengar Ustaz Nasha nak datang Sabtu ini, tetapi pokoknya dia dilarang dari awal dan bila jadi isu dan (pemimpin Pas Kelantan) tahu sebahagian besar penyokong mereka di Manek Urai marah sebab masalah yang dicetuskan puak Erdorgan, barulah Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pujuk beliau datang," katanya selepas ceramah Pemuda Umno di Peria, di sini, malam tadi.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai dan mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu timbalan presiden Pas itu datang berkempen atas alasan strategi politik.

Nasharuddin yang sebelum ini menjadi sasaran kemarahan Nik Abdul Aziz berikutan isu kerajaan perpaduan, juga tidak kelihatan ketika hari penamaan calon bagi mengiringi calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah.

Khairy berkata, larangan terhadap Nasharuddin untuk turun berkempen di Manek Urai terbukti berikutan tiada poster yang memaparkan gambar pemimpin nombor dua Pas itu bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Poster Pas semua gambar Tok Guru Nik Aziz, gambar Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin tak ada. Kita tahu bahawa ada arahan dari pihak tertentu bahawa poster mereka berdua tak boleh ada, dulu dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, poster ada gambar semua termasuk Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi dan Nasharuddin, tapi kali ni tak ada," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda Umno masih sedia berbincang dengan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan kerana yakin ramai pemimpin parti itu yang mahukan penyatuan.

"Walaupun sedang berkempen dalam pilihan raya kecil, saya tidak serang peribadi pemimpin Pas, saya rasa masih ada mereka dalam Pas masih ingin melihat perbincangan berlaku dalam antara Barisan Nasional (BN) dan Pas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH