tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 13 Julai 2009

MANEK URAI:NIK AZIZ DAN NASHARUDDIN HANYA BERSANDIWARA

an Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam hanyalah satu sandiwara.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, ia taktik Pas untuk mengaburi mata pengundi kononnya pergeseran antara Nasharuddin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan idea kerajaan perpaduan telah selesai.

"Dia bila dah sampai hujung-hujung (tempoh berkempen) terdesak sikit, tengok undi dah banyak beralih pada kita, dia pun carilah (Nasharuddin) nak tunjuk bersatu, cium tangan (Nik Abdul Aziz).

"Tapi saya tahu di sebalik itu, saya nampak dia (Nasharuddin) ada pandangan tentang isu kerajaan perpaduan, kita tahu dulu dia ikhlas dan mahu ia berlaku.

"Tapi nampaknya 'bertempur' dengan tok guru (Nik Abdul Aziz) yang tak mahu perkara itu berlaku dengan menuduh ia perangkap BN dan UMNO, sekarang kononnya (pergeseran) dah selesai sebab itu nak semua pengundi sokong sebab kami (Pas) tak bergaduh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan kali ke-38 di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pada hakikatnya Pas tidak mampu menutup rahsia pergeseran antara dua tokoh itu kerana penyokongnya sendiri mengetahui bahawa Nasharuddin tidak dijemput berkempen sebelum ini malah gambarnya juga tiada pada mana-mana poster dan pemidang.

Kata beliau, jika diamati 'bahasa tubuh' sewaktu Nasharuddin bersemuka dengan Nik Abdul Aziz, jelas mereka tidak begitu mesra.

"Sebab sekarang dah dekat-dekat (pilihan raya), mesti tunjuklah kita sudah bersatu balik tapi rakyat di sini lebih tahu cara 'bahasa tubuh' tidak begitu mesra masa dia datang, ini hanya taktik nak sesuaikan dengan tuntutan politik.

"Padahal dulu tak nak gambar dia keluar malah tiada slot untuk Nasharuddin berceramah, itu dah dinyatakan dan orang Pas sendiri tahu," tegasnya.

Sejurus Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas bagi penggal kedua pada muktamar parti itu di Shah Alam baru-baru ini, beliau dikritik pelbagai pihak kerana menyokong idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kemuncaknya ialah Nik Abdul Aziz mengecam Nasharuddin dengan meminta beliau menyertai UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok kerana telah 'membuat sampah'.

Semalam, sewaktu muncul buat pertama kali di Manek Urai, Nasharuddin mengesahkan terdapat keputusan yang dibuat Badan Perhubungan Pas Kelantan yang menghalang beliau berkempen namun ia telah ditarik balik.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, beliau membuat penafian mengenainya dan menjadikan pembedahan kecil usus sebagai alasan ketidakhadiran sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH