tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 13 Julai 2009

MANEK URAI:BERCAKAP BENAR LA TUAN GURU.

Pada TGNA yang mentafsirkan dirinya mempunyai Ilmu agama yang tinggi diminta untuk bercakap sebenar benarnya tentang tuntutan agama Islam agar umat Islam dinegara ini tidak terkeliru dengan berbagai bagai andaian terhadap agama Islam.

Pada TGNA apakah benar ada fatwa yang mengatakan dengan hanya memandang muka TGNA akan menerima pahala?Ini ajaran dari mana TGNA ajar pada umat Islam?

TGNA juga sering menyifatkan Umno dengan berbagai bagai andaian dan yang terbaru TG menyamakan Umno dengan komunis.Sekiranya Umno sama dengan komunis orang yang pertama Umno cari dan bunuh adalah TGNA sendiri.TGNA kena la ingat yang Umno telah bermati mati untuk menghapuskan komunis dari bertapak dimuka bumi Malaysia ini.Kalau bukan Umno yang berjuang apakah Pas telah lakukan.Bagi Pas mereka hanya menyalahkan kerajaan apabila Chin Peng ingin balik ke Malaysia tanpa diberi restu oleh kerajaan Malaysia.

Dakwaan TG bahawa UMNO sebuah parti yang menolak Islam dan membawa ajaran sesat seperti Ayah Pin adalah suatu fitnah besar dan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan sangat mendukacitakan.Walaupun UMNO ada sedikit sebanyak kelemahannya tetapi tidaklah sampai kepada menolak Islam dan membawa penyelewengan akidah seperti ajaran sesat Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

Bagaimana mungkin seorang tokoh besar Pas tidak dapat membezakan antara penyelewengan akidah dan kesalahan akhlak yang dilakukan oleh umat Islam.Walaupun TGNA mempunyai pengalaman yang pahit dengan pemimpin UMNO pada masa dahulu iaitu semasa kerajaan campuran Pas-Perikatan 1973 dan selepasnya, tetapi janganlah sampai membuat tuduhan-tuduhan di luar daripada adab-adab berbeza pendapat.

Menurut penulis terkenal, Dr. Yusuf al-Qardhawi, perbezaan pendapat tidaklah berbahaya, terutama dalam masalah-masalah furu' (cabang) dan dalam beberapa perkara usul (pokok) yang tidak rukun. Tetapi yang berbahaya adalah fanatik, perpecahan dan permusuhan. (Lihat al-Sahwah al-Islamiyyah bayna al-Ikhtilaf al-Mashru' wa al-Tafarruq al-Mazmum).Perbezaan pendapat adalah suatu realiti dalam kehidupan manusia. Sebenarnya agama Islam menerangkan dengan jelas cara mengendalikan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam berhubung isu-isu semasa. Namun begitu ia mungkin boleh bertahan di peringkat permulaan dan selepas itu bertukar menjadi perdebatan yang keras, fitnah memfitnah dan menggunakan ungkapan-ungkapan kasar yang membawa kepada perbalahan dan permusuhan.

Oleh itu bagi saya yang cetek ilmu agama ini berpendapat adalah tidak dianggap berhikmah (tidak bijaksana) sekiranya digunakan perkataan yang keji dan tuduhan liar yang boleh menyakiti orang lain. Ini kerana dakwah dijalankan dengan nasihat yang baik dan jika memerlukan perdebatan, maka hendaklah dilakukan dengan cara yang lebih baik (tanpa maki hamun, dakwaan palsu, tuduhan liar, kata-kata kesat dan sebagainya).Apakah TGNA hanya menyatakan semua ini pada Umno hanya berdasarkan politik sempit TG.

Bagi saya ,TGNA yang tinggi ilmu agamanya tidak mungkin terlupa tentang adab-adab berbeza pendapat yang perlu dijaga oleh umat Islam dan termasuklah diri TGNA sendiri ialah:

Pertama: Perbezaan Pendapat Janganlah Membawa Kepada Perpecahan Umat Islam.

Perbezaan pendapat dalam perkara ijtihad adalah perkara biasa dalam Islam, tetapi janganlah sampai merosakkan kasih sayang dan perpaduan umat Islam.

Perbezaan pendapat akan wujud berterusan dalam kehidupan umat manusia. Kalau tidak ada perbezaan pendapat maka ia bererti pintu ijtihad telah tertutup. Ini bercanggah dengan nas-nas al-Quran yang mengajak umat Islam supaya berfikir, menyelidik, mengambil pengajaran dan melakukan ijtihad.

Generasi para sahabat menjadi ikutan kita bagaimana mereka berbeza pendapat, berdebat dan kadang-kadang suara mereka juga agak tinggi (seperti yang berlaku kepada Abu Bakar dan Umar) tetapi semuanya tidak lebih daripada perdebatan lisan semata-mata, yang mana ia tidak membawa kepada perpecahan dan permusuhan.

Kedua: Menjaga Hak-Hak Persaudaraan Islam

Islam sangat menekankan kepentingan hak-hak persaudaraan sesama Islam. Begitu juga Islam menekankan perpaduan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran, ayat 103 yang bermaksud: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah…

Sehubungan dengan perbezaan pendapat ini, Hasan al-Banna menegaskan: "Perbezaan pendapat dalam masalah furu' (cabang) tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah dalam agama yang membawa kepada permusuhan dan pertengkaran kerana setiap mujtahid ada ganjarannya.

Oleh itu wajar dijalankan usaha penyelidikan yang bersih tentang masalah-masalah khilafiah dalam suasana mesra bermotifkan kebaikan dan kerjasama untuk mencari hakikat tanpa terjebak dalam kancah perdebatan yang tercela dan fanatik". (Lihat Rasa'il al-Imam Hasan al-Banna, halaman 269).

Ketiga: Menghormati Pendapat Berbeza

Imam al-Syafie adalah antara tokoh yang sangat terbuka dan bertoleransi serta menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Beliau sangat terkenal dengan ungkapannya "pendapat kita betul, ada kemungkinan ia salah dan pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul"

Boleh dianggap taksub melulu di kalangan umat Islam sekiranya terlalu menghendaki orang lain supaya menerima pendapatnya. Kerana mereka percaya pendapat mereka sahaja yang betul, manakala pendapat orang lain semuanya salah dan tidak menepati kebenaran.

Golongan ini lupa bahawa pendapat mereka hanya satu ijtihad sahaja. Ijtihad mereka hanya merupakan satu pandangan yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Oleh itu kenapa mereka fanatik dan memperbodohkan pendapat orang lain. Adakah mereka dijamin ismah (tidak melakukan kesalahan) seperti Rasulullah SAW.

Kalau kita membaca sirah para fuqaha, mereka pada umumnya saling hormat menghormati antara satu sama lain, meskipun mereka berbeza pendapat. Sebagai contoh Imam Ahmad berbeza pendapat dengan Imam al-Syafie dalam ratusan masalah dan isu, namun begitu mereka berdua saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Di bawah tajuk 'Kami memohon maaf kepada orang berbeza pendapat dengan kami' Hasan al-Banna, pengasas dan Mursyidul Am Gerakan Ikhwan Muslimin berpendapat: "Kami berpegang dengan satu pendapat, kami memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan kami dalam perkara furu' (cabang). Kami sentiasa berpendapat ia bukanlah penghalang kepada perpaduan, kasih sayang dan kerjasama untuk kebaikan … bukankah kita orang Islam dan begitu juga mereka"

Keempat: Tidak Menggunakan Perkataan Keras dan Kasar

Orang Islam hendaklah menjadi orang beradab dengan adab-adab Islam dan berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quran dan al-Sunnah. Antara adab dan akhlak tersebut ialah mengelakkan daripada membuat dakwaan palsu dan tuduhan liar dalam ucapan dan tulisan. Kata-kata kesat dan kasar boleh 'meliarkan' orang ramai. Gunakanlah perkataan yang lembut dan membuat takwilan yang wajar dan munasabah.

Untuk menjaga perpaduan dalam barisan aktivis Islam atau sekurang-kurangnya mendekatkan jurang perbezaan adalah dengan mengikuti manhaj "sederhana" yang berimbang (tawazun), tidak bersikap keterlaluan (ketat, rigid) dan tidak pula cuai (longgar).

Dengan sikap ini, orang tertinggal harus menyusul dan orang yang berlebihan harus mundur. Kita mengharapkan agar jemaah-jemaah Islam memiliki asas-asas ketahanan diri yang kukuh bagi menghadapi cabaran kini.

Perselisihan dalam masalah furu'iyyah dan ijtihadiyyah hendaklah dihadapi dengan bijak dan bukan sebagai penghalang untuk bersatu bagi menghadapi musuh yang lebih besar.

Sifat melampau dalam agama boleh membawa kepada perpecahan dan persengketaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Binasalah orang yang melampau". Baginda menyebutnya sebanyak tiga kali sama ada sebagai berita tentang kehancuran mereka atau pun sebagai doa untuk kehancuran mereka." Hadis riwayat Muslim.

AKHIR SEKALI BUAT PENYOKONG PAS DAN TGNA SENDIRI ,BERCAKAP BENAR LA...KERANA SEKIRANYA PERCAKAPAN TG HANYA BERSELINDUNG DISEBALIK POLITIK DAN BUKANNYA DENGAN KEBENARAN,INGATLAH YANG KEHANCURAN AKAN MENJELMA JUA AKHIRNYA.....MUNGKIN DIDUNIA PAS AKAN MENDAPAT SEGALA GALANYA TAPI DIAKHIRAT NANTI..... LU PIKIR LA SENDIRI.........BAGI PEMIMPIN YANG TIDAK MENUNJUKAN JALAN YANG BENAR AKAN MENANGUNG KESEMUA DOSA DOSA YANG DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN.....INGAT....MASIH ADA RUANG UNTUK TG BERMUZAKARAH ,BERMUHABALAH DAN APA JUA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.....KITA RENUNG RENUNG KAN LA............LU PIKIR LA SENDIRI...........

2 ulasan:

  1. salam ziarah, semoga penduduk Malaysia tidak lagi tertipu mainan politik PAS. Islam yang sebenarnya dizahirkan oleh pengikutnya melalui perkataan (sopan dan berhemah walau berbeda pendapat), ibadah (segalanya diniatkan kerana Allah, dan bukan terhad kepada rukun iman dan Islam shj), perbuatan( menzahirkan ciri ciri Islam dalam pentadbiran, pendidikan, undang syariah, dan pembankan)

    Kesemuanya itu telah dicapai oleh Tun Dr Mahathir, dan perjuangan parti UMNO.....UMNO menzahirkan Islam

    BalasPadam
  2. Suka bercakap orang lain tak betul,tapi diri sendiri lagi tak betul...dah tua agaknya..kurang strategi dan maki hamun orang serta tuduh menuduh pun berlaku-insaf lah nik aziz

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH