tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 Julai 2009

MANEK URAI:KEMPEN DIMANEK URAI PALING AMAN

Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang berlangsung sejak empat hari lalu, disifatkan sebagai paling aman berbanding enam pilihan raya kecil sebelum ini.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sehingga semalam tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan kepada polis sejak hari penamaan calon, Isnin lalu.

"Ini bermakna apa yang kita rancang selama ini dengan meletakkan pegawai dan anggota di kawasan tertentu, sedikit sebanyak membantu memastikan orang ramai sentiasa berasa selamat.

"Saya fikir ini kali pertama... sebelum ini, di pilihan raya lain pada hari pertama saja sudah berpuluh laporan polis diterima dan saya berdoa bahawa apa yang kita lihat sejak penamaan calon akan terus terkawal," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal (Martek) Polis Diraja Malaysia

(PDRM) bagi pilihan raya kecil Manek Urai, di sini, semalam.

Mengulas hasrat Persatuan Pemborong dan Penjaja Ikan Kelantan membuat perhimpunan di Pasar Laloh, di sini, petang ini, Hishammuddin berkata, pihak polis akan mengambil langkah perlu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Mereka kena bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, sebelum ini majoriti kita sudah lihat pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar, kalau ada segelintir yang nak menyusahkan keadaan, kita akan mengambil langkah perlu untuk mengawalnya.

"Provokasi memang boleh menyebabkan insiden tidak diingini, tetapi saya yakin pihak polis sentiasa memantau keadaan termasuk juga apa yang dirancang oleh Umno, dalam hal ini kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan tidak memilih bulu kerana keselamatan orang ramai sentiasa menjadi pertimbangan," katanya.

Kelmarin, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata Persatuan Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri akan mengadakan perhimpunan di Pasar Laloh, di sini, petang ini, bagi membantah tindakan Umno yang didakwa memperlekehkan kerjaya calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah apabila dikatakan sebagai peraih ikan, sedang yang sebenar pemborong ikan.

Sementara itu, Hishammuddin melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan pihak tertentu kononnya kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai menyusahkan orang ramai.

"Saya dengar pelbagai tuduhan dileparkan terhadap PDRM, termasuk menyatakan Martek ini seperti khemah tentera Amerika Syarikat di Iraq. Kalau ini berbentuk satu gurauan pun sudah cukup menyayat hati saya sebagai menteri yang bertanggungjawab.

"Kehadiran pegawai dan anggota polis di sini untuk meyakinkan orang ramai bahawa kita bukan pihak yang harus ditakuti, kita cuma melaksanakan tanggungjawab dan pendekatan ini ada kesannya dalam memastikan sistem demokrasi berjalan lancar," katanya.

1 ulasan:

  1. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak akan dibenarkan mengundi.
    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.
    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.
    Sila lapor kepada Polis.
    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.
    6] Jika anda menyaksikan rasuah politik berlaku, laporkan kepada Polis.
    7] Awas dengan UMNO, parti rasuah. Jangan campak diri anda kedalam kebinasaan .
    8] Awas dengan UMNO, parti perkauman, manusia dijadikan berbangsa-bangsa.



    Selamat Mengundi

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH