Rakyat terutama diManek Urai sebenarnya sudah jemu dengan pendekatan kempen yang panas dan keterlaluan yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat terutama oleh Pas yang tidak henti henti menabur fitnah dengan kata-kata maki hamun, memburukkan imej individu, membuat tohmahan tanpa bukti kukuh dan bermacam-macam lagi.Bagi saya Pas perlu hentikanlah taktik provokasi, menakut-nakut orang ramai menjelang penamaan calon pada 6 Julai dan pada hari pengundian pada 14 Julai ini.
Bagi saya Pas jangan pecah-pecahkan kelompok Melayu yang kedudukannya semakin goyah. Jangan menyalahkan pihak lain kerana kegagalan cadangan kerajaan perpaduan.Ceramah pemimpin Pas usah lagi mengandungi unsur-unsur politik samseng hingga sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Manek Urai.Seluruh orang Melayu dan umat Islam negara ini menaruh harapan agar unsur-unsur provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram, malah boleh menakutkan para pengundi elok dielakkan.
Tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatu cubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yang mengorbankan prinsip perpaduan ummah.Begitu juga dengan Nik Aziz yang telah menyamakan Umno dengan komunis dan seperti Ayah Pin yang sesat.Apakah ini suara sebagai seorang ulama yang tinggi ilmunya.Rakyat sebenarnya tertanya tanya apakah ini suara seorang ulama yang hanya menjaga kepentingan politik sendiri dari menjaga kepentingan umat islam keseluruhannya.Rakyat diManek Urai merasakan mereka telah ditipu oleh Pas yang melaungkan Islam sebagai perjuangan mereka,tapi semuanya hanyalah untuk menjaga kepentingan sendiri dan hanya menerima pandangan dari Pkr dan Dap.Ini menunjukan Pas tidak yakin dengan kemampuan nya sendiri untuk membuat keputusan sendiri.
Keputusan pakatan pembangkang khususnya Pas menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menggambarkan parti itu tidak jujur membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu di negara ini.Bagi saya Pas dilihat lebih suka mengadakan perbincangan dengan DAP berbanding UMNO berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti soal agama dan orang Melayu.
Rakyat terutama rakyat diManek Urai diminta menilai sendiri sikap sebenar parti Pas dan pemimpin mereka yang tiba-tiba menarik balik cadangan mereka tentang kerajaan perpaduan.Idea kerajaan perpaduan yang diasaskan oleh Pas sendiri kini dilihat hanya usaha setengah jalan yang menolak kebaikan untuk rakyat negara ini.Rakyat boleh nampak dan Rakyat boleh lihat sendiri apa yang Pas kata sebelum ini boleh ditarik oleh pembangkang lain terutama oleh Dap dan Pkr yang merasakan akan tergugat dengan penubuhan kerajaan perpaduan ini.
Jalan terbaik bagi rakyat untuk menghukum Pas adalah dengan menolak calon Pas diManek Urai nanti.Ini sekurang kurangnya untuk memberi pengajaran dan peringatan pada Pas yang perpaduan orang orang melayu dan Islam tidak boleh dipermain mainkan dengan memperjudikan nasib orang orang melayu.
Insyallah Umno akan terus dengan tradisinya untuk terus membela perjuangan orang melayu dan Islam agar orang melayu sama tarafnya dengan bangsa bangsa lain diMalaysia ini.Kita tidak boleh mengikut cara Pkr yang jelas ingin menyamarata kan seluruh rakyat negara ini.Kita juga harus menolak Pas yang tiada pendirian dalam menjaga kepentingan orang melayu dan islam dinegara Malaysia ini.
Insyallah dengan semangat kekuatan perpaduan Umno akan terus memelihara perjuangan bangsa melayu tanpa menggurangkan apa yang sudah dimiliki oleh kaum kaum lain dinegara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA