tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 4 Julai 2009

MANEK URAI:LIM GUAN ENG AKUI KERAJAAN NEGERI TAK MAMPU AMBIL ALIH KG BUAH PALA

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata walaupun beliau bersimpati dengan nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan sudah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pasukan Petugas Hub Halal Antarabangsa Pulau Pinang di sini, Lim berkata, selain menjaga kepentingan 23 keluarga itu, kerajaan negeri juga perlu melihat keperluan 1.5 juta penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

"Dalam aspek ini, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan bahawa tanah itu milik koperasi dan pemaju. Suka tak suka, kena akur terhadap keputusan undang-undang sungguhpun penduduk itu sudah tinggal lama di sana," katanya dan menurutnya kerajaan negeri sebelum ini sudah berusaha dengan campur tangan politik bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di kawasan itu.

Lim menasihatkan pemaju supaya membayar pampasan kepada penduduk terbabit iaitu RM200,000 bagi setiap keluarga seperti yang dipersetujui sebelumnya dan meminta penduduk menerima bayaran itu kerana perintah mahkamah dalam isu itu adalah jelas.

Ketika ditanya tindakan pemaju yang dikatakan tidak mahu membayar pampasan dan penduduk yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari kampung itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan menghalang pemaju daripada memulakan kerja pembinaan di tapak itu tetapi tindakan itu akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri.

"Apa lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri? Hanya dua cara itu saja dan seperti penduduk Kampung Buah Pala, kerajaan negeri juga menjadi mangsa dalam kes ini kerana bukan kita yang mulakan isu itu. Jadi, jangan salahkan kerajaan negeri," katanya.

Mengenai dakwaan kononnya beliau mengelak bertemu dengan penduduk kampung terbabit, Ketua Menteri berkata, beliau tidak pernah mengelak untuk berjumpa dengan penduduk terbabit tetapi perbuatan sekumpulan "oportunis" mengeruhkan keadaan di situ.

"Saya bersedia bertemu dengan penduduk...saya tidak ada masalah untuk berjumpa mereka tetapi setakat ini dua timbalan saya (Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman) dan Timbalan Ketua Menteri II (P Ramasamy) sudah berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik.

"Saya kesal ada segelintir ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba hendak menjadi hero dan mengeruhkan keadaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH