Penduduk Manek Urai, Azizah Muhamad, 48, berkata sejak hampirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sekarang kerap berlaku terputus bekalan elektrik.
"Dulu mana ada berlaku putus bekalan elektrik ini, jarang sangat berlaku.
"Sekarang ini apabila hari hujan aje mulalah bekalan elektrik tiada. Kalau sekejap tidak apa, tapi ia memakan masa yang panjang. Nak buat kerja pun tidak selesa," katanya.
Azizah berkata, semalam bekalan elektrik terputus dari 4.30 petang sehingga 7 malam.
Menurut seorang lagi penduduk Kampung Laloh, Hafizi Abu kamil, 23, berkata ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik. "Kejadian bekalan elektrik mudah terputus sejak tiga hari lalu. Ada orang cakap gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang di Kampung Laloh," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA