Pengerusi BN negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, calon diterima baik oleh seluruh warga UMNO Bahagian Kuala Krai menjadikan jentera parti semakin padu bagi memastikan kemenangan di kawasan yang dianggap kubu kuat Pas itu.
"Tuan Aziz dikenali umum dan disenangi penduduk kerana pernah bertugas di kawasan ini serta mempunyai pengalaman luas dalam tugas berhubung kait dengan masyarakat.
"Pengalamannya bertugas sebagai pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Wilayah Kuala Krai dalam kawasan ini dan syarikat swasta sebelumnya akan membantunya menjadi wakil kepada rakyat dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mustapa berkata, pemilihan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dilihat mampu menarik sokongan golongan muda di kawasan berkenaan untuk menyokong BN.
"Kalau pada tahun 2008, ramai anak muda tidak memihak kepada kita tetapi dengan pemilihan beliau saya melihat dia mampu untuk menawan hati anak muda," katanya.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tuan Aziz, 39, yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Kesedar sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.
Mustapa berkata, pemilihan Tuan Aziz merupakan salah satu strategi BN melatih dan mendidik lebih ramai pemimpin muda dari negeri ini.
"Sayang jika kita ada pemimpin muda tetapi tidak ditonjolkan, sebagai contoh Tuan Aziz mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pengurusan yang baik berdasarkan pengalaman bertugas sebagai pegawai kanan kerajaan," katanya.
Menurut beliau, untuk memastikan kemenangan BN, semua jentera parti telah digerakkan sepenuhnya kerana tempoh masa yang ada semakin pendek.
Tambahnya, momentum akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan semua jentera parti akan bekerja habis-habisan.
"Kita juga ada pendekatan khas untuk mendekati golongan veteran kerana mereka juga akan menjadi faktor penentu disebabkan hari pengundian adalah pada hari bekerja.
"Saya juga menyeru pengundi luar di luar Kelantan supaya balik mengundi dan menggunakan kuasa yang ada, buat pertimbangan yang terbaik demi faedah saudara-mara yang masih tinggal di Manek Urai
salam bro...di harap reaksi positif kali ni benar belaka..jgn jadi seperti bukit selambau..kate dpt reaksi positif tapi kalah juga..dan diharap umno-bn menang lah prk ni..insyallah..
BalasPadamanakmelayu30.blogspot.com
support bro...