tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 Julai 2009

MANEK URAI:PRK MANEK URAI MENJADI HARAPAN UNTUK WANITA KELUAR DARIPADA KEMISKINAN


KERJASAMA: Penduduk Kampung Budi yang berlainan parti tetap bersatu keluar bersama-sama berkempen untuk calon masing-masing yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai, hari ini.
Bagi segelintir penduduk Manek Urai, jerih getir hidup dalam kemiskinan sudah menjadi alah bisa tegal biasa.

Tak kira lelaki mahupun wanita, ada yang sejak kecil sampailah usia menginjak senja, hidup sentiasa dilingkari kedaifan.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, menjadi kelaziman hampir 80 peratus penduduknya yang bergantung hidup kepada jualan getah keping dan sekerap.

Pengalaman sukarnya mencari sesuap nasi, memaksa mereka melakukan sesuatu untuk memastikan anak cucu tidak mewarisi nasib yang sama.

Justeru, golongan wanita di situ melihat Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sebagai sesuatu yang boleh memberi sinar harapan kepada masa depan yang lebih cerah.

Tuan Zainab Tuan Abdullah, 70, warga emas yang tinggal berseorangan di Kampung Bunut Saih, dekat sini adalah manifestasi kehidupan di kawasan terpencil yang terabai dari segi pembangunan.

Segalanya sukar apabila kudrat tidak lagi sekuat dulu, yang dikerah sepenuhnya ketika menoreh getah bersama-sama arwah suami.

"Suami makcik dah meninggal 12 tahun lalu. Menoreh pun dah empat tahun tak larat, sekarang bergantung kepada bantuan warga emas dan kiriman daripada anak-anak," katanya.

Walaupun sunyi tinggal bersendirian, beliau akur anak-anak yang kebanyakannya bekerja kilang tidak boleh menemaninya di rumah kecil itu kerana jika pulang, tiada sebarang jaminan kerja untuk mereka.

Kesemua anaknya kini bekerja di Kuala Lumpur dan Johor, beliau berseorangan tinggal di rumah (Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bercat kuning yang dihadiahkan kerajaan Pusat hampir lima tahun lalu.

"Di sini apa yang ada, kerja yang ada hanya jadi penoreh getah. Bukannya ada pejabat atau kilang untuk budak muda kerja. Kalau setakat jadi penoreh getah, nanti jadi sama macam saya. Anak-anak terpaksa merantau untuk cari rezeki di tempat lain.

"Di kampung ini, elektrik baru ada beberapa tahun lalu, yang paling teruk masalah air. Untuk minum pun susah, makcik hanya bergantung pada air hujan yang ditadah dalam kolah. Itulah yang diguna jimat-jimat, nak ambil di sungai, kaki pun dah tak kuat," katanya.

Tuan Zainab berkata, sudah puluhan tahun beliau hidup di kampung itu, namun tidak nampak sebarang perubahan ketara dilakukan pihak yang memegang kuasa.

Buktinya, jambatan kayu merentasi Sungai Mulong yang menjadi laluan utama penduduk kampung itu untuk keluar ke bandar Kuala Krai yang runtuh sejak Disember lalu, hanya dibaiki dua minggu lepas.

"Jambatan kecil untuk kegunaan rakyat pun tak mampu buat, inikan pula nak beri benda-benda lain. Kalau nak biar orang lain yang buat kerja kita, tak payahlah pegang kuasa," katanya sinis kerana jambatan itu yang dijangka siap esok, dibaiki oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos RM300,000.

Hasnah Abdullah, 51, yang juga tinggal di kampung sama berkata, dengan dibantu suami, beliau menoreh tiga ekar getah setiap hari untuk mendapat RM100 seminggu.

"Harga getah bergantung pada pasaran dunia, kadang-kadang tinggi. Kadang-kadang harganya jatuh. Seminggu biasanya hasil getah yang ditoreh sebanyak RM200 namun jumlah itu dibahagi dua dengan pemilik ladang," katanya.

Wang yang diperoleh itulah digunakan untuk makan minum dan menyekolahkan anak-anak.

"Setiap hari saya berdoa hari tak hujan, tubuh badan sihat supaya boleh keluar menoreh. Itu satu-satunya punca rezeki saya sekeluarga," katanya.

Enggan terlalu merungut kerana itu satu-satunya punca rezeki yang diperoleh sehingga mampu membesarkan empat anak, termasuk dua yang masih bersekolah, Noorfazilah Hussein, 17, dan Mohd Faisal, 14, beliau bagaimanapun sentiasa mendoakan nasib anak-anak tidak sesukar yang ditempuhnya.

"Cukuplah susah setakat makcik yang rasa. Anak-anak makcik suruh belajar rajin-rajin, bila dah besar dapat kerja yang baik, pergilah ke mana pun untuk cari rezeki kerana di sini tak ada apa-apa," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil kali ini diharap dapat menjadi titik perubahan kepada nasib anak-anaknya.

"Mereka janji untuk buat perubahan di Manek Urai. Itu yang kita tunggu selama ini. Saya harap penduduk di sini tahu menilai yang mana baik untuk kepentingan masa depan anak-anak," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Pas, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Pengundian pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 14 Julai ini.

Kawasan DUN Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi terdiri daripada 12,268 pengundi biasa dan 25 pengundi pos. Komposisi kaum di kawasan itu terdiri daripada 99.2 peratus Melayu, Cina (0.46 peratus) dan India (0.23 peratus).

Sejumlah 5,997 daripada 12,293 pengundi di kawasan DUN itu ialah wanita.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala Pas diwakili Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

KEPADA SELURUH PENDUDUK MANEK URAI,APAKAH SELAMA HAMPIR DUA PULUH TAHUN PAS BERKUASA APAKAH PAS TELAH BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN KEMISKINAN YANG TELAH MENCENGKAM SELURUH PENDUDUK DIMANEK URAI.SEHARUSNYA PAS YANG MENGAKUI SEBUAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SEHARUSNYA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN PENDUDUK MANEK URAI YANG DIBELENGU DENGAN KEMISKINAN YANG SUDAH TERLALU LAMA MEREKA HADAPI.KERAJAAN PAS LANGSUNG TIDAK BERUSAHA UNTUK MEMBANTU RAKYAT DIMANEK URAI.BAGI PEMIMPIN PAS HANYA CERAMAH MEMAKI DAN MENJAJA FITNAH ADALAH PERJUANGAN PARTI ITU YANG LANGSUNG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH.

PRK INI ADALAH PELUANG TERBAIK PADA PENDUDUK MANEK URAI UNTUK MERUBAH NASIB MEREKA YANG TIDAK DIPEDULIKAN OLEH KERAJAAN PAS SELAMA INI.

RAKYAT MANEK URAI HARUS MEMBERI PELUANG PADA BN DAN UMNO UNTUK MERUBAH SELURUH KEHIDUPAN YANG SELAMA INI TIDAK MENENTU DENGAN KERAJAAN PAS LANGSUNG TIDAK BERUSAHA BAGI MENINGKATKAN TARAF EKONOMI PENDUDUK DI MANEK URAI.

INSYALLAH SEKIRANYA UMNO DAN BN DIBERI TANGGUNGJAWAB ,BN AKAN PASTIKAN PENDUDUK DIMANEK URAI AKAN MERASA NIKMAT PEMBANGUNAN YANG AKAN DIBAWA KESANA UNTUK KEBAIKAN SELURUH RAKYAT DIMANEK URAI.HANYA DENGAN SOKONGAN SELURUH PENGUNDI DIMANEK URAI SEGALA PERANCANGAN UMNO DAN BN AKAN TERLAKSANA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT MANEK URAI.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI




1 ulasan:

  1. Orang klante tak sukakan pembangunan. sebab itu mereka pilih pas. kalau mereka suka pembangunan, mereka tentu pilih BN. jadi kenapa perlu pusat bersusah payah membantu pembangunan klante? buang masa aje. mungkin mereka tak hargainya.betul tak..?

    biarlah mereka pilih nik aziz dan konco2nya. mereka fikir mereka boleh hidup sekadaR dengan sumpah seranah nik aziz terhadap umno.

    nik aziz cuma anti umno (sesama melayu). dia tak anti bn yang ada mca dan mic.

    dia cuma nak tumbangkan melayu. (BAYANGKAN CAMANA HATI & JIWANYA YG KONIONNYA ISLAM ITU?)

    soalan utk nik aziz & konco2nya: 'sejak pas bersekongkol dengan dap, adakah nik aziz yg berdakwah kpd Kit Siang, atau Kit siang yg mendakwahkan nik aziz/pas?

    LU PIKIRLAH SENDUIRI. JAWAPANNYA DAH JELAS DAN NYATA, KAN..?

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH