tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 6 Julai 2009

MANEK URAI:UMNO BN PERLU MANTAPKAN JENTERA UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN DIMANEK URAI

Kemantapan jentera parti Barisan Nasional (BN) khususnya untuk menangkis dakyah parti lawan adalah penting bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, faktor calon yang baik tidak memadai jika tidak dibantu dengan kerja keras jentera parti di semua peringkat untuk memenangi hati pengundi.

"Harapan (untuk menang) itu ada, tapi secara ikhlas kita perlu kerja keras.

"Jurang antara kita dan lawan semakin rapat. Perlu komitmen dan kesungguhan dan kerja kuat jentera parti," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan PAS yang diwakili bendahari PAS Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz ialah bekas pegawai Kesedar manakala Mohd Fauzi ialah seorang pemborong ikan.

Mengakui bahawa Manik Urai ialah kubu PAS, Muhyiddin menolak persepsi bahawa sentimen pengundi tidak memihak kepada BN.

"Apa yang penting tunjukkan BN parti yang ingin bantu rakyat dan wakili semua kaum," katanya.

Dalam konteks Manik Urai, di mana majoritinya pengundi Melayu, Muhyiddin meminta pengundi memberi peluang kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Sebanyak 99.2 peratus daripada 12,293 pengundi adalah orang Melayu.

Beliau berkata BN akan menekankan bahawa pembangunan fizikal perlu selari dengan konsep pembangunan Islam yang dibawa PAS selaku kerajaan negeri Kelantan sejak 1990. Sehubungan itu peranan jentera parti untuk memberi penerangan kepada pengundi amat penting bagi menjelaskan hasrat dan harapan BN kepada rakyat di Manik Urai.

"Kita kena damping dengan pengundi untuk betulkan pandangan serong yang dibangkitkan lawan termasuk oleh Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa BN mampu mengulangi kejayaannya di Pengkalan Pasir pada Disember 2005 jika semua pihak memainkan peranan.

Muhyiddin turut menolak andaian pengundi Manek Urai taksub dengan pemimpin.

Terdahulu Muhyiddin mengiringi Tuan Aziz ke pusat penamaan calon itu bersama-sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed, menteri-menteri kabinet, naib-naib presiden Umno, wakil-wakil parti komponen BN dan beribu-ribu penyokong.

2 ulasan:

  1. SLM BRO..MUDAH2AN PRK KALI NI MEMIHAK PD BN BERDASARKAN KEADAAN SEMASA DAN PERGOLAKAN DALAMAN PAKATAN SENDIRI...APE YG PENTING ADALAH KESEDERHANAAN DAN MERENDAH DIRI KETIKA BERTEMU DGN PENGUNDI DI SANA, INSYALLAH :-D

    BalasPadam
  2. SALAM BRO JEFFRY....INSYALLAH ....KITA HANYA MAMPU UNTUK BERUSAHA DAN SEGALANYA ADALAH KETENTUAN DARI ALLAH SWT...INSYALLAH DENGAN SEMANGAT BEKERJA KERAS TIDAK ADA YANG MUSTAHIL BN AKAN BEROLEH KEJAYAAN.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger