tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 2 Julai 2009

MANEK URAI:UMNO BN SEDIA HADAPI PERMAINAN POLITIK KOTOR

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata walaupun proses pencalonan belum berlangsung, bakal calon BN untuk pilihan raya kecil itu, Tuan Aziz Tuan Mat sudahpun diserang secara peribadi.

ahmad maslanOleh itu, Ahmad (foto) berkata, BN bersedia menghadapi mainan politik kotor yang dijangka ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Tuan Aziz, yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus di Kesedar, didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon. Tuan Aziz telah menafikannya.

"Lepas ini, macam-macam lagi serangan peribadi akan dibuat. Lepas ini, macam-macam lagilah gambar yang mereka akan tabur. Rakyat Manik Urai juga, bersedialah hadapi mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab ini," kata Ahmad kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu hari ini.

Beliau juga berkata PAS dilihat cuba memperlekeh mentaliti penduduk di Manek Urai dengan mendakwa ADUN tidak perlu daripada golongan berpendidikan tinggi, sepertimana kenyataan oleh pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun.

"Mungkin mereka cuba mencari helah supaya isu pendidikan tidak ditimbulkan di Manek Urai. Kalau tak perlu (ADUN) yang berpendidikan, kenapa letak Dr Hatta Ramli jadi ahli parlimen Kuala Krai. Seorang yang bergelar doktor lagi, janganlah bersikap pilih kasih kalau dah pilih pemborong ikan sebagai calon," katanya.

Bendahari PAS Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, diumum sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil yang diadakan ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, dari
PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Pengundi bukan Melayu


Ahmad yang berkampung di Manik Urai sejak awal bulan lalu, juga diminta mengulas mengenai masalah terbaru yang dihadapi PAS dan DAP Kedah.

DAP Kedah semalam memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain, termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

"Mereka bukan pakatan rakyat, mereka pakatan rapuh. sebelum ini PAS cadang kerajaan perpaduan, tetapi bila bermesyuarat dengan DAP, tidak jadi. Kes pemecatan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) oleh DAP, dan terbaru di Kedah, menunjukkan sebenarnya pakatan mereka rapuh.

"Kalau betul sepakat, tidak ada masalah macam ni, tengoklah berkecamuknya mereka," katanya.

Sementara itu, pengerusi badan perhubungan MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata walaupun tidak ramai, pengundi Cina dan India di Manek Urai dijangka memilih calon BN.

Katanya, 52 pengundi Cina yang berdaftar, telah memberi jaminan untuk
menyokong BN demi masa depan mereka.

"Saya yakin mereka tidak ada masalah untuk memilih BN dan kami dalam komponen BN akan tetap bersama mereka untuk memperjelaskan isu-isu terkini," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Ong Guan Chong, 73, di Kampung Meset, Manek Urai Lama hari ini.

Ng, yang juga Ketua Wanita MCA, berkata pengundi Cina gembira dengan pemilihan Tuan Aziz sebagai calon BN.

Wanita Sabah turut bantu


Katanya, Tuan Aziz, 39, disifatkan mereka sebagai banyak berjasa kepada penduduk di Manek Urai ketika berkhidmat dengan Kesedar sebelum dipilih untuk bertanding.

Pengerusi MIC Kelantan, M Kuppusamy, berkata 33 pengundi India yang tinggal di Lepan Baru, Peria, juga telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN.

"Saya baru sahaja ke Lepan Baru bertemu mereka dan dalam pertemuan itu mereka menyatakan akan tetap bersama BN," katanya.

Kuppusamy berkata, 10 pengundi yang kini berada di luar Kelantan akan dihubungi bagi meminta mereka pulang pada hari pengundian pada 14 Julai ini.

Sementara itu, Wanita Umno Sabah akan menghantar anggotanya untuk membantu menggerakkan jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Sehubungan itu, ketuanya Senator Datuk Armani Mahiruddin mahu jentera wanita Umno Sabah untuk DUN Manik Urai supaya bersatu dan fokus melakukan kerja yang diamanahkan.

Katanya kerjasama antara anggota parti sangat penting untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional BN) dalam pilihanraya kecil itu.

Armani berkata Wanita Umno Sabah akan menjadi 'anak angkat' kepada peti undi Laloh di DUN Manik Urai yang mempunyai sembilan daerah mengundi 12,292 pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH