tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 1 Julai 2009

UMNO PAS:TOLAK KERAJAAN PERPADUAN KIKIS KUASA MELAYU

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kerajaan perpaduan dan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat hanya akan menyebabkan kuasa orang Melayu di negara ini terus terhakis.

Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, berkata perbincangan perlu diadakan pada peringkat pemimpin tertinggi Pas dan Umno bagi memahami di mana kedudukan sebenar orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, menolak kerajaan perpaduan dan mahu berdebat secara terbuka jelas memperlihatkan Nik Aziz seolah-olah lebih suka melihat Melayu terus terpinggir dalam pelbagai bidang dan kuasa Melayu terus terhakis.

"Sebagai contoh dalam 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak yang jelas bukan Pas yang menguasai kerajaan negeri dan walaupun mereka menjadi Menteri Besar, DAP yang memerintah,” katanya.

"Pemimpin Melayu dan Islam di negara ini jika gagal mengambil iktibar daripada keadaan sekarang, kuasa orang Melayu Islam akan lenyap," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jamaluddin berkata, jika dilihat daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 adalah jelas kuasa orang Melayu di negara ini semakin lemah selepas mereka berpecah tiga kepada Umno, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, apabila parti mewakili orang Melayu berpecah mereka akan menjadi kumpulan minoriti dan tampuk kuasa akan ditentukan oleh pihak lain.

"Orang Melayu tidak lagi akan menjadi kuasa penentu kepada kerajaan yang akan mentadbir negara ini sama ada Umno dan Barisan Nasional sebagai kerajaan atau pembangkang yang diwakili oleh Pas atau PKR.

"Apa yang penting sekarang pemimpin Melayu dari Umno dan Pas wajar duduk semeja berbincang mengenai masa depan orang Melayu seperti mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya.

Beliau berkata, berdebat secara terbuka tidak akan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan orang Melayu, malah mungkin akan merumitkan lagi keadaan kerana kedua-dua pihak akan mengatakan perjuangan mereka saja yang betul.

"Sehubungan itu, saya mencadangkan jika pemimpin kedua-dua pihak ikhlas mahu melihat orang Melayu kembali bersatu sama ada dari Umno atau Pas dan PKR satu perbincangan tertutup wajar diadakan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH