tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 9 Julai 2009

ZAMBRY NIZAR:NIZAR JANGAN SUKA SANGAT,MAHKAMAH HANYA BENARKAN NIZAR BUAT RAYUAN BUKAN MAHKAMAH PUTUSKAN NIZAR MB.

Nizar jangan anggap keputusan mahkamah membenarkan rayuannya didengar bermakna mahkamah sudah memutuskan yang beliau telah memenangi kes itu dimahkamah.Dari apa yang saya baca diblog blog pro Nizar semuanya menyifatkan ianya sebagai kejayaan pada Nizar.Baru mahkamah hanya bersetuju dengan rayuannya Nizar sudah menganggap beliau sudah berjaya.

Tapi bila mahkamah yang sama memutuskan Nizar tewas akan bermacam macam cerita yang direka mereka dengan mahkamah telah dibeli dan bermacam macam lagi.Memang Nizar ni jenis manusia bermuka .....LU PIKIR LA SENDIRI......

Perebutan bagi jawatan Menteri Besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan di sini selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang sah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Mohammad Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lalu.

"Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin," kata Alauddin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, S. Ambiga, memberitahu mahkamah bahawa peguam utama, Sulaiman Abdullah, tidak sihat dan tidak hadir pada prosiding hari ini.

mbiga, bekas presiden Majlis Peguam, kemudian mengemukakan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi itu:

1. sama ada di bawah Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar Perak kemungkinan atau telah dikosongkan,

2. sama ada Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar Perak telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak mengenai resolusi kepercayaan atau sebaliknya,

3. sekiranya Menteri Besar enggan meletakkan jawatannya, sama ada mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, seorang Menteri Besar mungkin dipecat daripada pejabat atau jawatan Menteri Besar dianggap kosong atau telah dikosongkan.

Ambiga kemudian meminta mahkamah bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan.

-- LAGI

Setelah responden (Zambry) dilantik pada 6 Feb, 2009 sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei, 2009, dalam masa tiga bulan, responden dan kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak," kata Ambiga sambil membaca afidavit yang diikrarkan oleh Nizar.

Antara tindakan berkenaan ialah:

* responden telah gagal atau enggan melaksanakan program-program kebajikan yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri seperti tabung kifalah, tabung khas kebajikan rakyat, peningkatan kadar bantuan bulanan kepada keluarga miskin dan tabung pinjaman perniagaan kecil.

* menamatkan perkhidmatan ketua-ketua kampung seluruh Perak dan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung

* menukar senarai dan menamatkan perkhidmatan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

* melengahkan projek perkhidmatan bas bersepadu Ipoh Sentral

* melelong kereta Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Kami membantah penangguhan keputusan. Jika penangguhan dibenarkan, mahkamah yang dihormati ini akan campur tangan dalam kuasa eksekutif menteri besar sedangkan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian," hujah peguam yang mewakili Dr Zambry, Datuk Cecil Abraham.

"Permohonan penangguhan ini adalah tidak betul. Dasarnya mungkin betul atau salah, terserah kepada ahli politik itu

"Jika penangguhan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi akan dikekalkan semula dan perayu akan menjadi menteri besar. Ini adalah perkara yang mahkamah tidak patut lakukan," kata Abraham dan menambah kata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mempercepatkan perbicaraan kes itu.

Abdul Gani, selaku pencelah, turut mengambil pendirian sama dan membantah permohonan itu. Ambiga menjawab: "Perintah sementara itu perlu diberikan untuk menghalang prejudis terhadap perayu. Sesetengah dasar itu tidak boleh diubah.

"Semua keputusan yang dibuat perayu dan anggota Exconya perlu diteruskan demi kepentingan rakyat di Perak.

"Responden telah memohon bagi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka kini tidak boleh kata yang kami tidak boleh buat perkara yang sama," katanya.

Pada 13 Februari tahun ini, Mohammad Nizar memulakan tindakan undang-undang bagi memohon diisytiharkan yang beliau adalah menteri besar yang sah dan injunksi untuk melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugasnya.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

2 ulasan:

  1. Salam kamal..

    Puas aku cari artikel atau kata2 Nizar yg mengatakan Mahkamah membenarkan Nizar sbg MB Perak lg seperti tajuk kau ni.
    Artikel kau pun beberapa kali aku baca yg aku jumpa yg membenarkan Nizar sbg MB Perak ialah keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Persekutuan pula hanya membenarkan kes itu dibicara ke Mahkamah Persekutuan.
    Aku rasa, kau ni kaki penghasut juga ler..
    Kau jilat punggung2 pemimpin UMNO ni, supaya ada peluang jd calon YB ker?? Boleh blah ler kamal..

    BalasPadam
  2. SLM BRO...DIA TAK AKAN DPT LEPAS..KEMANA SAJE DIA PEGI..DOSA2 DIA AKAN IKUT SAMA

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH