Kenapa sejak akhir akhir ini pembangkang asyik mengaitkan Umno dengan isu penderhakaan pada Raja Melayu.Bagaimana pembangkang mencari jalan singkat dengan cuba menangguk diair keruh dalam isu di Perlis Dan Terengganu.Buat pembangkang terutama PAS siapa yang sebenarnya derhaka kalau bukan PAS sendiri.Biasanya Umno akan cepat menyelesaikan apa jua isu agar ianya tidak berpanjangan sebagaimana yang dilakukan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Beliau sebenarnya sudah mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pihak Istana Terengganu berhubung perkara itu.
Jadi apakah Umno derhaka.Jangan lah perkara yang kecil ini PAS cuba untuk membesarkan dan mencari publisiti murahan konon mereka tidak langsung terlibat dalam isu penderhakaan.Adakah Umno Terengganu atau Umno Perlis membuat demonstrasi jalanan sebagaimana PAS buat semasa Nizar menyembah derhaka pada Sultan Perak.Jadi siapa sebenarnya yang derhaka.Umno atau PAS.
Bagi saya PAS adalah guru segala derhaka bila bersengkongkol dengan DAP dan PKR dalam isu derhaka dengan Sultan Perak yang mana sanggup PAS menerima saranan DAP untuk menyaman Sultan.Umno tak tergamak untuk melakukan semua ini terhadap Raja Raja Melayu.Jadi siapa yang derhaka Umno atau PAS.
Siapa yang membuat demonstrasi jalanan dengan menghalang kenderaan diRaja dengan baring ditengah jalan.Jadi siapa yang derhaka.Umno atau PAS.
Siapa yang berani melibatkan bangsa asing selain PAS dalam isu penderhakaan Sultan Perak dan sanggup untuk bersama dengan mereka menyaman Sultan Perak.Jadi siapa yang derhaka.Umno atau PAS.
Siapa yang mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Raja Perak dalam bidang kuasa pentadbiran agama Islam di negeri itu.Adakah umno lakukan semua ini.Jauh sekali Umno terlibat dalam perkara ini .
Pada Pas apakah lupa pesanan Raja Dr. Nazrin Shah yang menasihatkan kerajaan baru negeri itu supaya menjaga adat istiadat, kesopanan istana pada setiap masa serta mempertahankannya daripada dicemari.
Titah baginda, ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik antara raja dan kerajaan.
Menteri Besar yang baru hendaklah dapat menjadi jambatan penghubung yang berkesan, menghubungkan rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan raja,’’ titah baginda.
PAS lupa dengan Titah Raja Dr. Nazrin Shah dan akibat dari kelalaian itulah rakyat menolak kerajaan PAS yang hanya mementingkan diri dan kepentingan DAP.
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak.Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak.
Jadi pada saya perbuatan itu jelas mempersoalkan maruah dan imej Sultan Azlan Shah sebagai raja pemerintah yang mempunyai hak membuat tafsiran dari segi perlembagaan berhubung kedudukan seseorang Menteri Besar.
Ini semua harus difahami apabila kita memperkatakan kuasa budi bicara Raja-Raja - dan Yang di Pertuan Agong - dalam soal agama, pelantikan kerajaan dan pembubaran dewan. Konsep dan peranan itu juga harus sentiasa diingati dalam kita memahami segala keistimewaan yang diberikan kepada Raja-Raja oleh perlembagaan dan undang-undang.
Hatta apa yang dikatakan sebagai kuasa budi bicara itu pun - contohnya kuasa melantik menteri besar - akan menjadi kuasa formal sahaja. Bagaimanapun di dalam keadaan yang tidak menentu, sebagaimana yang berlaku di Perak atau Perlis dalam pilihan raya umum lalu, kuasa raja akan menjadi signifikan.
Atau di Terengganu yang saya fikir lebih merupakan penggunaan kuasa simpanan atau reserve powers oleh pihak istana. Kita juga perlu ingat bahawa Raja-Raja boleh memainkan fungsi semak dan imbang sebagaimana yang diperlihatkan oleh istana di Perak dan juga Majlis Raja-Raja dalam beberapa insiden.
Bagi saya PAS hanya mencari keuntungan bila memainkan isu derhaka dan mereka lupa yang merekalah ibu segala penderhakaan terhadap Raja Raja Melayu
KITA RENUNG RENUNGKAN LAH...LU PIKIR LA SENDIRI
PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.
BalasPadamUMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.
Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.
TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.
Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.
UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.