tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 18 April 2009

PAS HURU HARA ANGKARA NIZAR DAN HUSAM

Nampak gaya PAS pun dilanda ribut angkara merebut jawatan dalam parti.Selama ini pemimpin PAS sentiasa bekrompromi dalam perebutan jawatan.Sekarang sudah ada trend untuk menjatuhkan orang ini dan orang itu.Inilah angkara kuasa.Kerana kuasa sanggup menolak rakan jatuh tersungkur.Tanda tanda yang PAS akan bergolak sudah menampakan bunga akibat tidak sabarnya Nizar untuk naik lebih tinggi dalam kepimpinan PAS.

Apatah lagi, pemilihan kali ini dianggap platform terbaik kepada kumpulan tertentu yang dipanggil ‘Erdogan’ untuk merebut jawatan setinggi mungkin dalam Pas. Malah sudah ada andaian bahawa pemilihan Pas tersebut akan menjadi medan pertempuran antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang mahu perubahan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun Pas dilihat tenang di permukaan tetapi hakikatnya kehadiran kumpulan ‘Erdogan’ yang terdiri daripada mereka yang menyokong kuat kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak semakin menggugat perpaduan di dalam parti berkenaan.

Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi sudah tentulah kecewa kerana setelah berpuluh-puluh tahun berjuang dalam politik akhirnya masa depan dan arah tuju perjuangan mereka ditentukan oleh seorang pemimpin yang suatu ketika dulu pernah 'memaki hamun' Pas.Tetapi penyokong-penyokong Pas tersebut tidak boleh berkata apa-apa kerana pemimpin 'erdogan' sudah menguasai Pas.

Kepimpinan Pas yang selama ini sentiasa tenang di bawah teraju Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula diganggu gugat oleh kumpulan ‘Erdogan’ ini.Nizar yang hanya baru dalam politik negara naik dengan mendadak hasil propaganda dirinya sendiri dengan berbagai sandiwara politik nya.

Hakikatnya, ramai pihak terutamanya orang Melayu merasa sedih melihat kedudukan Pas yang seolah-olah terjebak dalam permainan politik Anwar.Kelompok yang dianggap 'erdogan' dalam Pas itu terus berusaha untuk menyakinkan ahli-ahli parti berkenaan bahawa pakatan pembangkang lambat laun akan menjadi kerajaan.

Kerana termakan hasutan Anwar lah Nizar dan Husam bertanding diperingkat lebih tinggi dengan harapan pada pru 13 nanti mereka akan berada diperingkat tinggi dalam senarai kepimpinan negara nanti,Itupun kalau mereka berdua boleh menang....Sudah tentu orang lama dalam PAS sendiri merasa hak mereka telah dirampas oleh Nizar dan Husam terutama Nasaruddin yang akan dicabar oleh Husam.Sudah tentu ini akan menghangatkan lagi suasana kempen antara mereka.

Didalam PAS sendiri sejak akhir akhir ini seakan sentiasa bergolak dengan berbagai ketidaksefahaman antara TG Nik Aziz dengan Presiden PAS ,contoh paling ketara adalah cadangan TG presiden dengan penubuhan kerajaan perpaduan.Perkara ini telah ditentang oleh Nik Aziz yang beranggapan kerjasama dengan DAP lebih mula dari mengadakan kerjasama dengan Umno.Tanggapan ini terbukti bilamana Sudah ada tanda tanda golongan ulama akan tersingkir pada pemilihan nanti bila Setiausaha akhbar presiden PAS gagal mempertahankan jawatannya sebagai yang dipertua yang disandang selama dua penggal, sementara seorang tokoh ulama PAS tewas di tangan seorang pesara guru.Roslan Shahir Mohd Shahir gagal di Kelana Jaya, manakala ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib kalah sebagai timbalan yang dipertua.

Bagi saya ,baik PAS atau PKR kedua dua parti ini lebih teruk dari parti Umno kerana bila ada sahaja pemilihan diperingkat pusat sudah tentu ada yang pergi lebih jauh dan bermulalah jatuh menjatuh untuk mencapai cita cita politik .Lihat sahaja dalam PKR yang saban hari ada sahaja kisah pemimpin mereka yang tidak bermoral terkeluar.

Dengan pemilihan PAS sudah menghampiri ,marilah kita perhatikan apakah Husam dengan kumpulan Erdugannya mampu untuk mencapai citi cita politiknya.

Jangan ikut rentak Anwar, itulah pesanan yang harus difahami oleh pemimpin- pemimpin Pas kerana dalam politik tidak ada kawan atau musuh yang kekal apabila tiba masanya kelak, 'kawan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi kawan.Semua itu berlaku kerana dalam politik matlamat acap kali menghalalkan cara dan dalam dunia itu juga segalanya berkemungkinan. Oleh itu bolehkah janji pemimpin politik seperti Anwar dipercayai? Biarlah pemimpin Pas mengkajinya.

Apa yang pasti rakyat sedang memerhati itu semua, kalau mereka melihat Pas pun bersikap sanggup melakukan segala-galanya untuk kuasa, maka mereka pasti akan menolak parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Ingatlah kemenangan juga adalah satu ujian daripada Allah, oleh itu jangan terlupa hikmah di sebalik kejayaan tersebut.



AKHIR SEKALI...APAKAH HUSAM LAYAK SEBAGAI TIMBALAN?PADA SAYA BELIAU TAK LAYAK KERANA BARU DISERGAH OLEH KHAIRY BERKENAAN HUDUD BELIAU DAH KELAM KABUT KEJAP KATA LAKSANA DAN BILA DAP PULA MENYERGAH ,SEKALI LAGI HUSAM KELAM KABUT DENGAN MENGATAKAN HUDUD TIDAK DILAKSANA KAN SEKIRANYA ADA KOMPONEN PAKATAN TIDAK SETUJU...INIKE NAK JADI PEMIMPIN PARTI ISLAM ,BARU DAP SERGAH DAH PENING KEPALA.

BAGI NIZAR ..PERWAKILAN PAS TELITILAH APAKAH SIPENDERHAKA WAJAR DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN TERTINGGI PARTI PAS.TAKUT NANTI NIZAR AKAN MENERIMA PANDANGAN DAP DARI PADA MENERIMA PANDANGAN AHLI AKAR UMBI PAS.

KITA RENUNG RENUNGKANLAH...LU PIKIR LA SENDIRI

11 ulasan:

  1. sebenarnya BPN ni nak bela siapa? bela melayu atau bela umnp?

    BalasPadam
  2. tahniah di atas apa yang anda terangkan kerana semua ini adalah sejarah yang biasa terjadi dalam UMNO. Dengan ini, anda lebih memahami politik. Semua yang anda katakan tadi pernah terjadi dalam barisan nasional. Di mana letaknya keris warisan pemuda umno yang agung. hanya kerana desakan MCA pemuda umno begitu takut untuk bersuara. Saya malu untuk mengaku pemuda umno perjuangkan orang melayu.

    BalasPadam
  3. hampa ni terlalu lama dalam UMNO dan tidak langsung minda hampa bergerak secara lateral dan analatical.hampa duduk dalam pas dulu,ikut tarbiyah pas dengan roh ,bukan dgn cara ikut kedai kopi,baru lah hampa tau apa itu perjuangan PAS.UMNO tak salah,yg salah pemimpinx yg tamakkan kuasa.bezanya PAS pemimpin PAS mahu di amanahkan kuasa.sehingga PAS ada balingx kerusi,atau ambil tindakan mahkamah utk meeting atau politik wang,merika masih di landasan yg pemimpin mahu diamanahkan.Tapi kalau dalam parti aje dah kehulu ke hilir bawa duit,caci kekawan,baling kerusi,termasuk wanitanya,itu dipanggil GILA KUASA.

    BalasPadam
  4. mana ada pas hura hara.umno ye

    u mimpi..

    BalasPadam
  5. mana ada pas huru hara.xde isu ko buat isu

    mandai je..umno yg pening skrg

    BalasPadam
  6. bukit teluk seraSabtu, 18 April, 2009

    menilai sesuatu dari luar tidak sama dengan menilai dari dalam.

    dalam pas: pemilihan dalam pas adalah mudah, tertib tanpa rasuah.

    dalam umno: pemilihan dalam umno (cawangan, bahagian, perwakilan), semua orang malaysia dan luar negara pun tahu apa yang berlaku. saudara tentu lebih maklum.

    jika kita memakai baju kotor, tidak elok menuduh orang lain pun memakai baju kotor. sebab semua orang lain ada mata, telinga dan akal untuk berfikir dan menilai.

    wassalam.

    BalasPadam
  7. Kau jangan buat fitnah...PAS tak sama dengan UMNO...UMNOlah pengkhianat agama bangsa dan negara..sanggup rasuah gila****

    BalasPadam
  8. Jangan sama pas dengan umno,umno penderhaka kepada raja contohnya
    1Lantik sultan Kelantan yang baru
    2 Menyatakan Raja Terengganu binatang
    dan banyak lg Yb Nizar cakap beliau kurang bersetuju dengan pandangan tuanku jangan jadi lidah syaitan penipu akan masuk neraka keran semuanya ALLAH tahu

    BalasPadam
  9. salam utk empunya blog ini....saya berani mengatakan bahawa PAS tidak huru hara yang apa telah dikatakan oleh blogger ini...kalau kita melihat maka UMNO lah menjadi huru hara kerna dgn yang gila pangkat,wang dan rasuah...pernah kah kita dgr dgn pemilihan PAS bersandarkan wang rigghit...TIDAK...makanya bertaubat la saudara blogger ni kerna terus membuat fitnah tanpa henti...di Akhirat nanti kamu akan terima balasan yang setimpal nya .....

    BalasPadam
  10. Salam..
    Hai kamal...
    K/kala bila aku baca tulisan kau ni, nak ketawa pun ada. Nabil dgn sepah buat ketawa sbb program raja lawak tp kau lak rajamelawak. Bole lah buat org ketawa dgn lawak bodoh kau ni. Nak suruh org UMNO kat luar sana baca penulisan kau ni kebanyakan mereka dah tua bangka. Tak tau langsung ttg IT ni, harap baca surat khabar Utusan, Berita harian, TV3,RTM. K/kala aku print tulisan2 kau ni bagi org UMNO yg tua2 baca supaya tercapai gak ler hasrat kau tu. Malangnya..., dia org tak ambil peduli. Pd aku ler, org2 tua (akar ummbi) yg sokong UMNO ni mmg dah tak ada masa depan, tak ambil peduli langsung.

    Sebenarnya, aku selalu join program UMNO. K/kala gi dengar Perhimpunan Agong UMNO tu. Bukan aku sorang dlm pembangkang yg menyelitkan diri dlm UMNO, bahkan beribu-ribu lg yg join. Tak mcm org UMNO, mereka bila ada program pembangkang, ada gak duduk menyelit tp tujuannya satu, nak memecahkan akidah org Islam. Harap2 kau jgn le jd mcm tu.

    Bila kami join dua2 perhimpunan.
    Dan kami dapat menilai antara mana satu intan dan mana satu kaca. Kalau setakat tulisan kau ni, yg karat biru tu...bole lah terpengaruh.

    BalasPadam
  11. hahaha...aku pun join dan di join kan sebagai ahli umno...bukan aper...nanti senang sikit nak dapat bantuan...senang sikit JKKK nak sokong permohonanan aku...mcm duit ehsan ke..duit pemuda ke....tp aku x pernah sokong umno....ntahla...aku pun tak tau nak kata ape...dorang ni tak abis2 kata orang derhaka mcm lah mereka x pernah memalukan.mghina istana dan sultan/raja2 melayu....istana perak untung dapat pembelaan tak mcm istana terengganu...tiada siapa di dakwa di mahkamah walaupun sultan/istana di "NATANGKAN".(aku tak jumpa pun kat paper tentang kes mahkamah ni...tak tau la kot2 aku ni ter"miss")..jadi aku pun konpius umno ni saper???

    boneka DAP??? TP yang aku hairannye bila PRK KUALA TERENGGANU DAN BUKIT GANTANG....PERSATUAN/SEKOLAH CINA dapat bantuan jutaan RM...tp apa sekolah2 melayu/SAR dapat??habuk pun xde kot (sbb aku x jumpa pun dalam paper mgatakan bantuan diberi..."termiss" lg ke aku???) tp umno bukan boneka kan??

    ntahler...nanti bila golongan tua/warga emas sekarang ni dah takder...apa akan jadi pada UMNO?????

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH