Selepas umno diterima di Bukit gantang kini menanti pula satu lagi prk di dun penanti di PP.Orang melayu sebenarnya sudah hilang sabar dan hilang keyakinan pada pembangkang terutamA DSAI kerana sering menipu rakyat .Apa sudah jadi dengan janji di Bukit Selambau yang kononnya akan mengumumkan satu rahsia besar...Rupanya semua ini hanyalah sandiwara Anwar.
Baru setahun pru berlalu banyak yang tidak kena dengan PKR yang dilihat banyak masaalah yang melibatkan masaalah moral.Tengok saja di Selangor dimana seorang yang rendah akhlaknya tidak disingkirkan sebaliknya di pertahankan.
Dan begitu juga di DUN Penanti yang rasanya ada satu rahsia besar yang disembunyikan kerana jika diteliti kata kata Fairuz semasa diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanyaBeliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Ahli parlimen Kulim saudara Zulkiffli Nordin telah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak setuju dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor dalam kes Eli ini.Ini juga satu lagi masaalah yang besar dihadapi oleh PKR dalam menentukan hala tuju parti itu.
Anwar sebenarnya mempunyai strategi dengan menggunakan rakyat bagi mencapai citi cita politiknya.Anwar sengaja mengadakan pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditanding
Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional.
Beliau berkata bahawa daripada “drama” yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat.
Sebenarnya, Anwar dan pembangkang ingin terus berpolitik, mereka sebenarnya bimbang dengan kedudukan kerajaan sekarang yang dilihat berusaha keras untuk memperkukuhkan kembali sokongan rakyat.Gandingan mantap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin serta pelaksanaan gagasan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meresahkan pembangkang terutamanya Anwar.Namun begitu, rakyat sudah pasti bijak untuk menilai antara realiti dan mimpi, antara kenyataan dan khayalan.
KITA FIKIR LA SEJENAK,INIKAH PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT.ANWAR HANYA MERAIH SIMPATI AGAR KES LIWATNYA TIDAK DIPERKATAKAN ORANG
KITA RENUNG RENUNGKAN LAH LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
BRO,
BalasPadamUMNO NAK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KA...ATAU NAK MENERUSKAN KEKALAHAN?
KIH KIH KIH...
DALAM UMNO BERLAMBAK LAGI KES YG JAUH LEBIH TERUK.YG TAK TERDEDAH TP ORG TAU PON BERLAMBAK.SIAP LEH RUBBER
BalasPadamdekat penanti tu nanti, tak payah la puak2 UMNO nak hantar pemimpim2 kabenet, buat perabis boras ajo,guna duit rakyat jugak, tak yah lee nak kempen2, dah tentu..... hang sendiri pun tau. tak yah la buat propaganda kat media2. buat rakyat makin meyampah kat umno aje..rakyat dah boleh fikir mana yang baik dan buruk. biarlah rakyat yang tentukan.kalau umno ada sikap nak berubah dan belajar dari kesilapan lalu, insyallah rakyat boleh tarima taubat umno tu.
BalasPadamJanganlah membazirkan wang rakyat di Penanti. Lebih baik tarik diri dari bertanding. Rakyat dah tak sokong UMNO lagi. Jangan buang masa dan tenaga kat Penanti. Cuba buat perkara lain yang berfaedah.Lagi baik.
BalasPadam