Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan, menguntung Barisan Nasional (BN).
Katanya, ia juga menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang.
Ditanya bagaimana keputusan itu menguntung BN, bekas menteri besar Selangor itu berkata, kerana ia akan menjadi isu politik yang berpanjangan.
"Terima atas keputusan (kerajaan Selangor itu)....kita akan mengeksploitasi isu tersebut," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri itu.
Dalam sidang akhbar pagi tadi, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jik Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.
Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
Khalid berkata, keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.
Manakala Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan petang ini sama ada beliau akan menerima tawaran atau sebaliknya.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA