KUANTAN: Seramai 20,000 rakyat pelbagai kaum di Pahang dijangka menyambut kepulangan Datuk Seri Najib Razak ke negeri itu pada Sabtu ini selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, 3 April lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri akan mengadakan majlis sambutan pada 10 pagi di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertujuan menyatakan kesyukuran terhadap pelantikan anak kelahiran Kuala Lipis itu sebagai pemimpin negara.
"Sambutan ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah dan akan dilakukan secara sederhana," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Adnan berkata Perdana Menteri kemudian akan diraikan pada satu lagi majlis sambutan di Pekan, kawasan Parlimen yang diwakili Najib.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA