Orang melayu Bukit Gantang perlu menolak Nizar sebagai wakil mereka kerana Nizar bukan sahaja sudah menggadai warisan orang melayu tapi juga sudah merampas hak hak orang melayu untuk diberikan pada DAP yang sememangnya sudah mempergunakan Nizar untuk kepentingan kaum mereka.Apa lagi yang orang melayu ada selain dari sekangkang kera tanah.Sudah lah orang melayu lemah dalam ekonomi malah tiada ada satu perancangan yang di buat Nizar untuk membangun kan ekonomi orang orang melayu.
Mungkin Nizar akan menukar nama Tanah Melayu ke Tanah Cina bila nizar ada kuasa nanti.Apakah orang melayu tidak sedar yang Nizar adalah seorang yang penuh dendam dengan orang orang melayu.Nizar berdendam dengan Raja Raja melayu terutama dengan Sultan Perak yang melucutkan kuasa Nizar sebagai MB Perak.
Selama hampir 60 tahun BN mentadbir kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak pernah kerajaan BN memberi hak pada sesiapa selama 999 tahun.Inilah Nizar yang sudah kehilangan kuasa di negeri hendak pula ke peringkat yang tinggi lagi agar dendam nya pada bangsa sendiri akan diteruskan dengan DAP menjadi Tuan pada Nizar.Mungkin juga Nizar sudah ada perjanjian dengan DAP kerana sekiranya DAP dapat menguasai negara malaysia ini mungkin Nizar adalah calon utama DAP untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Beginilah Akhrab nya Nizar dengan DAP.Jarum DAP sudah ada didalam diri Nizar.Nizar akan lakukan apa sahaja demi untuk DAP yang mahu menjadikan kaum melayu Perak sebagai kaum minoriti dengan permulaan memberikan hak milik tanah selama 999 tahun pada penduduk kampong baru cina.Orang melayu hampeh...dapat abuk je la selagi Nizar ada kuasa.
Apakah orang orang melayu akan menjadi bangsa MELUKUT DI TEPI GANTANG di bukit gantang sendiri.Jawapan nya ada pada pengundi Bukit Gantang.Kita tidak mahu orang melayu menjadi Pak Pandir atau Lebai Malang dalam kisah persabungan ayam.Ayamnya menang tetapi kampungnya pula yang tergadai. Begitu juga dengan peribahasa lama yang menceritakan tentang kemarahan seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk... habis semua kelambunya dibakar.
Begitulah putaran hidup di dunia ini. Sketsa daripada cerita dan peribahasa lama banyak membawa dan menterjemahkan kisah daripada kehidupan sebenar, cuma kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripadanya.Yang lebih tragisnya ialah Melayu mudah lupa. wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangkitlah kamu semua daripada tidurmu yang diulit mimpi-mimpi yang lama. Bukalah mata kalian, lihatlah di sekelilingmu betapa selama 60 tahun ketuanan Melayu telah menjadi teras pemerintahan tanah warisan Melayu di Malaysia ini.
Kini semuanya telah terhakis sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan hilang terus ditelan oleh kerakusan tangan-tangan Islam dan Melayu sendiri.Pas nak orang Melayu menjadi bodoh dan diperalatkan oleh mereka dengan apa sahaja fitnah yang dilemparkan oleh mereka. Fitnah adalah pendekatan Pas meskipun fitnah lebih bahaya dari membunuh.
Kepada seluruh bangsa melayu di Bukit gantang ,ingat lah asal usul kita dimana susah nya pemimpin kita berjuang bagi membebaskan negara ini dari belengu penjajah,apakah kita akan dijajah semula kerana bibit bibit kearah itu sememangnya sudah dirancang oleh DAP dengan Nizar sebagai perantara nya.
HIDUP Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!. Itulah laungan yang menyatukan bangsa Melayu daripada pelbagai latar belakang dan etnik di Batu Pahat pada 10 Februari 1946.
Bermula dari situlah, Datuk Onn bergerak ke seluruh negara bagi mengajak seluruh bangsa Melayu untuk bersama-sama beliau menyatakan bantahan terhadap usaha penjajah untuk `pecah dan perintah' tanah Melayu.Perak dalam perjalanan kearah pecah dan perentah.Apakah kita masih tidak sedar apa muslihat DAP dan Nizar
Kebangkitan usaha penentangan ini dijana melalui semangat perpaduan yang tinggi di kalangan semua bangsa Melayu yang akhirnya mendorong kepada penubuhan UMNO di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946. Datuk Onn kemudian dipilih sebagai Presiden UMNO yang pertama.
Signifikan peristiwa di Batu Pahat, Johor itu ialah ia menjadi pencetus kepada perpaduan bangsa Melayu di seluruh negara yang mendorong kepada penubuhan UMNO - perintis kepada kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Wahai bangsa ku diBukit Gantang .Bukit Selambau dan batang air masih ada masa dan ruang untuk kita memikir dan renungkan apakah nasib kita dan anak cucu kita akan merasai kehidupan sekarang dimasa akan datang sekiranya BN bukan pilihan kita.Selama hampir setahun rakyat sudah mencuba apa yang kita dapat.
KITA RENUNG RENUNGKAN LAH SEJENAK....
LU PIKIR LA SENDIRI
Ucapan anda ini berbau perkauman dan semacam berbentuk hasutan juga. Kalaupun anda mahu melihat parti anda menang, silalah beri ucapan yang bertanggungjawab, jangan seperti orang yang hilang punca...
BalasPadambenor,selama 60 tahun umno tak pernah bagi pajak 999 tahun. cume bagi singapor hingga ke hari khiamat kepada cina.... hehehehe..
BalasPadamumno adalah parti perkauman.umno menggunakan kalimah "hidup melayu" semata2 utk memastikn kuasa ada pada mereka..
BalasPadamlihatlah bagaimana terlebihnya 'melayu' dlm kempem umno...
kalo umno jujur memperjuangkn melayu, kenapa setelah 30 tahun, matlamat DEB masih belum tercapai? ke mana pergi peruntukan?mana lagi kalo bukan tauke2 itu..di mana salahnya DEB? bukan kn ahli umno yg mempopularkn ali baba dlm kontrak kerajaan?