tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 20 April 2009

UMNO IKUT PERLEMBAGAAN ADAKAN SIDANG DUN PADA 7 MEI

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan 7 Mei ini adalah sah kerana sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata apabila persidangan DUN sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Speaker tidak mempunyai kuasa untuk menghalang persidangan itu.

“Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bermakna Raja atau Sultan mempunyai kuasa. Speaker atau sesiapa saja tidak boleh menghalang persidangan apabila Sultan sudah memberi perkenan.

“Tindakan Sivakumar yang menyatakan bahawa persidangan itu tidak sah, boleh juga boleh dianggap sebagai menderhaka kerana mengingkari arahan Sultan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khamis lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.

Berikutan itu, Speaker DUN Perak, V Sivakumar, bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu.

Ditanya mengenai tindakan Sivakumar itu, Wan Junaidi berkata, beliau secara jelas sudah menyalahgunakan kuasa yang diberikan sebagai Speaker.

“Sekiranya di Parlimen, ia tidak boleh dilakukan kerana Speaker tidak boleh sewenang-wenangnya menggantung tugas Setiausaha Dewan, sebaliknya ia perlu diusul di dalam Dewan dan membiarkan Ahli Dewan membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Sivakumar itu juga dilihat hanya mempunyai kepentingan tertentu sedangkan tanggungjawab yang diberikan perlu memberi kepentingan kepada negeri dan rakyat Perak.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata satu mekanisma perlu diwujudkan bagi memantau kuasa Speaker dalam Dewan supaya ia tidak disalah guna.

“Speaker mempunyai kuasa yang luas dan ini memberi ruang kepada penyalahgunaannya. Kita memerlukan satu mekanisme untuk memantau dan mengimbangi kuasa Speaker,” katanya.

.......................................................................................................................................................................

4 ulasan:

  1. Saya nak tanya saudara kamal,

    Adakah tindakan BN merampas Perak dari Pakatan rakyat yang sah diplih oleh rakyat perak sendiri adalah betul dari segi moral/agama?

    Adakah saudara menyokon perampasan dan mendidik anak-anak cucu bahawa merampas hak orang adalah betul ..

    Kalau BN rasa tindakan itu betul, kenapa takut menghadapi pilihananraya.

    Sekarang UMNO macam tidak relavan . takut menghadapi pilihanraya .. aga gunanya partil uagn takut

    BalasPadam
  2. salam saudara....siapa kata bn rampas perak...ini orang yang kecewa je yang kata begini...BN dapat perak kerana nizar tak layak nak tandbir negeri....KAN SULTAN YANG LANTIK ZAMBRY JADI MB ....HARAM KE KERAJAAN LANTIKAN SULTAN

    BalasPadam
  3. Sebab UMNO memang bangang tu yang boleh rampas hak orang lain. Ape2 hal kat akhirat nanti aku akan tuntut hak aku yang depa rampas...

    BalasPadam
  4. betul tu kamal. "BN dapat perak kerana nizar tak layak nak tandbir negeri".

    sebab nizar tak mampu nak kawal BN yang menarik 3 orang dia. tu saja. best apa, kes rasuah 2 org tu macam dah 'ditutup' je. best aper masuk BN! boleh cuci 'dosa-dosa' lalu.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH