Tapi bila Nizar berada diluar Istana Nizar berkokok semula dengan tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Nizar berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.
Nampak gaya nya Nizar tidak mengambil ikhtibar dari apa yang Baginda titah tempohari ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Apakah Nizar memekakan telinga semasa mendengar titah Baginda tempohari.Apakah Nizar tidak memahami maksud titah Baginda yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Dari sini lah Umno memahami hasrat Baginda dengan lantas dan cepat Zambry menyahut titah Baginda dengan membuka pintu yang UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.Umno sebagai parti pemerintah terasa terpanggil dengan titah Baginda dengan menolak ketepi iedeologi politik semata mata ingin melihat Perak terus maju demi kemajuan rakyat perak sendiri.
Tapi Nizar merasakan dirinya sahaja yang layak dan berkuasa dengan menolak segala ingatan Baginda hanya disebabkan oleh ketamakan untuk berkuasa.Apakah tiada langsung tolak ansur antara sesama ugama dan sesama bangsa.
Dari pemahaman dangkal kita dapat lah kita rungkaikan yang Nizar tidak mahu langsung menerima nasihat Baginda Sultan kerana Nizar beranggapan dialah yang berkuasa dan mengheret sekali lagi rakyat dalam konflik dengan Istana.
Seharusnya Nizar menyambut baik apa yang telah Zambry usahakan agar perbalahan politik ini dapat diselesaikan segera dan tumpuan pada pembangunan negeri dapat di teruskan.Inilah harapan Umno agar kemelut ini akan cepat berakhir.Tapi bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan terjadi dan seharusnya ada usaha juga dari pihak Pas dan Nizar sendiri agar Baginda Sultan akan gembira atas apa yang Baginda titahkan mendapat respon dari rakyat Baginda.
Inilah harapan Umno agar Pas sedia menerima pelawaan agar rakyat Perak terus terbela.Pada Nizar cubalah hayati titah Baginda Sultan .Bagi saya apa yang di Titah oleh Sultan amat mudah untuk difahami dan saya merasakan PAS terutama Nizar ,perlulah akur dan menerima segala kenyataan apa yang sudah diputuskan oleh Sultan dalam kemelut perlantikan MB Perak.
Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.
Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.
Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri.Apakah PAS atau Nizar tidak dapat memahami apa yang tersurat dalam pemikiran Baginda Sultan.Tapi ,PAS dan Nizar tidak mahu memahami hasrat tuanku Sultan kerana bagi PAS kuasa adalah segalanya walaupun orang melayu menjadi mangsanya.
Pada saya PAS mahu pun Nizar tidah mahu belajar dari sejarah yag mana negara ini hancur dek sifat irihati dan sombong.Pada saya PAS iri hati dengan kejayaan Umno selama ini dan sombong bila mendapat kuasa tanpa mahu mendengar nasihat dari orang orang melayu apatah mahu mendengar nasihat dan teguran Sultan.Pada Nizar jangan lah jadi juara berkokok kerana selagi Nizar berkokok Nizar sebenarnya MENELANJANGI SELURUH INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU.
SILA BACA SINI BAGAIMANA NIZAR UGUT DAN HASUT UNTUK TUMBANGKAN INSTITUSI RAJA.
BACA JUGA DISINI NIZAR SANGAT KURANG AJAR
BACA JUGA PENASIHAT UMNO JAWAB ISU MB PERAK
AKHIR SEKALI MARILAH KITA BERDOA AGAR NIZAR JANGAN LAH BERKOKOK TERLALU LAMA KERANA TERLALU LAMA BERKOKOK RAKYAT AKAN TERASA KEBISINGAN NYA.JADI FAHAMILAH HASRAT BAGINDA DAN RAKYAT.
RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....
UMNO berkokok lah hiduup Malayu..melayu happpraaak
BalasPadamwoi kamal..apa yang ko mengarut ni..yang kat terengganu tu apa kes? tak abis2 cakap mengarut..tutuplah blog karut ni..pembohong!!nizar tak pernah menderhaka tapi ko yang sokong UMNO penderhaka..dahlah buang masa layan ko ni..
BalasPadamDuduk kat perak dulu baru hang akan tahu siapa yang lebih baik baik.................. 11 bulan berlalu ...... apa pun tak buat...... semua yang berlaku UMNO dah rancang berpuluh tahun dahulu..... PAS DAP dah bankrap isu..... Tunggu PRU 13..... BN pasti bangkit
BalasPadamkahkahkahkah. apanama
BalasPadam