tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 26 April 2009

UMNO PAS:GABUNGAN MANTAP MT MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT

PENGALAMAN, pembaharuan dan perdamaian, itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan mengenai pengumuman pelantikan anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyaksikan mereka yang tewas dalam pemilihan parti dilantik sebagai anggota MT, Najib juga melakukan pembaharuan di luar tradisi apabila melantik tiga Naib Presiden memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri. Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diberi tanggungjawab mengemudi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) manakala Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah).

Selain itu Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjadi ‘pendamai’ apabila masing-masing menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Apa yang menarik, dalam usaha memastikan pengalaman pemimpin-pemimpin tertentu tidak dipersia-siakan, Najib melantik mereka menjadi anggota MT. Pemimpin berkenaan ialah Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim, bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam, Menteri Besar Johor Datuk Abd. Ghani Othman dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Muka baru pula ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd.Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dalam soal Setiausaha Agung pula, langkah mengekalkan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor tidak harus dipolemikkan kerana Najib sudah pasti mempunyai alasan tersendiri.

Di PERLIS, pelantikan Menteri Besar, Datuk Md. Isa Sabu sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim bukanlah satu kejutan kerana ia sebenarnya satu langkah meneruskan tradisi UMNO. Walaupun kedua-dua pemimpin itu dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik namun Najib tidak mahu membiarkan ia berterusan, oleh itu Shahidan dilantik sebagai anggota MT dan sekali gus akan membolehkan kedua-dua pemimpin berkenaan bekerjasama demi kebaikan UMNO Perlis.

Merudum

Di KEDAH, pengguguran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah diduga berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu. Malah populariti beliau juga dikatakan merudum bukan sahaja di kalangan ahli UMNO malah rakyat Kedah. Negeri itu kini berada di dalam genggaman Pas, justeru misi merampas kembali negeri tersebut terletak di tangan Shafie Apdal.

Mungkin pelantikan Shafie akan menimbulkan sedikit pertanyaan kerana beliau berasal dari Sabah tetapi semua pihak tidak harus melupakan bahawa Shafie hakikatnya sentiasa dekat dengan rakyat Kedah.

Selain isterinya adalah orang Merbok, Kedah, kedudukan beliau sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga akan memberi kelebihan kepada beliau bagi menarik balik sokongan rakyat kepada BN.

Tambahan pula, penulis diberitahu, orang Kedah terutama di kalangan ahli UMNO sememangnya menyenangi perwatakan Shafie yang dilihat mesra rakyat.

Di PULAU PINANG, walaupun pelantikan Zahid dilihat hanya sekadar menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi beliau juga berhadapan dengan cabaran besar memandangkan negeri itu kini berada dalam penguasaan pembangkang. Ahmad Zahid akan bertanggungjawab mengatur strategi bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada BN dan berusaha menarik sokongan orang Melayu yang menyebelahi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada UMNO.

Di TERENGGANU, langkah meletakkan Hishammuddin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dilihat tindakan terbaik bagi menamatkan kekalutan politik yang berlaku di negeri itu yang menyaksikan pertembungan antara puak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kehadiran Hishammuddin diharap akan mampu menyelesaikan perbalahan politik antara dua kumpulan itu yang dianggap tidak sewajarnya berlaku dalam keadaan BN berada pada kedudukan yang kukuh di negeri tersebut.

Bagi SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN pula, sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila Presiden dan Timbalan Presiden menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Wilayah Persekutuan contohnya sudah beberapa kali jawatan itu tidak

disandang oleh mana-mana ketua bahagian.

Mengenai pelantikan Rafidah pula, adalah diharapkan tidak ada mana-mana pihak berasa kecil hati sebaliknya harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Presiden parti. Kewibawaan dan ketokohan Rafidah sebenarnya masih belum mampu ditandingi oleh mana-mana pemimpin Wanita yang ada sekarang.

Oleh itu kehadiran beliau yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet akan membolehkan beliau memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada usaha memantapkan UMNO dan meneruskan hubungan dengan Wanita yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil.

Apa pun keputusan sudah dibuat dan pelantikan telah dilaksanakan, oleh itu semua pihak di dalam UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan penuh penghormatan. Mereka tidak boleh lagi terus berpolitik sesama sendiri sehingga ia akhirnya akan melemahkan UMNO. Najib melakukan pembaharuan adalah semata-mata demi memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat.

Oleh itu jika ada mana-mana kumpulan yang tidak berpuas hati dan terus melakukan spekulasi sehingga menjejaskan kekuatan UMNO, maka mereka ini seharusnya tidak dibiarkan berada dalam parti. UMNO memerlukan sokongan semua pihak, janganlah melakukan tindakan bodoh dengan bertelingkah atau berpolitik sesama sendiri kerana kesudahannya yang akan menanggung kerugian adalah UMNO.

Adalah sesuatu yang malang, jika pemimpin UMNO terus bertelingkah sedangkan pembangkang sedang mengatur strategi. Berdasarkan kepada hakikat itu, bermula dari hari ini, semua pemimpin UMNO harus bersatu dan bersama-sama berusaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu.

Jangan biarkan usaha Najib melakukan pembaharuan dalam kerajaan dan parti menjadi sia-sia ibarat mencurah garam ke dalam laut hanya semata-mata kejahilan sesetengah pemimpin UMNO berpolitik sesama sendiri.

2 ulasan:

  1. Salam kamal...

    Sy tengok ada gak MT rasuah dlm kabinet najib..
    Tahniah ler...

    BalasPadam
  2. W.SALAM KELANA....KALAU KITA TUDUH TANPA SEBARANG BUKTI YANG JELAS...INI NAMANYA FITNAH...BUKTIKAN...TAPI JANGAN REKA CIPTA.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH