Ibarat memakai kain singkat,tutup dibawah tersembul diatas,tutup diatas ternampak yang dibawah...Inilah boleh diibaratkan pergolakan dalam Pas.Pas boleh menipu ahlinya tapi tidak boleh menipu rakyat yang sentiasa memerhati dari jauh.Pas boleh nafikan semua ini.
Kalau tiada wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS, masakan TGNA membantah cadangan HH pada pembentukan kerajaan perpaduan.Tapi bila HH menarik semula cadangan kerajaan perpaduan dengan alasan kepimpinan umno telah berubah timbul pula yang mana TGNA setuju dengan kerajaan perpaduan walaupun dengan bersyarat.
Pas boleh tutup diatas tapi terdedah jua yang dibawah.Siapa antara HH dan TGNA yang menerajui Pas.TGNA kata beliaulah nakhoda Pas.Habis HH siapa pula.Memangla selama ini hanya gembar gembur sahaja tapi lama kelamaan akan menjadi nanah yang sukar untuk dibersihkan.
Dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu.
Apa lagi yang Pas nak tutupi segalanya.Anak TGNA sendiri sudah membongkar segalanya yang memang wujud persengketaan antara HH dan TGNA.
Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".
"Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan... orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)... exco dan pimpinan parti
Siapakah pembantu pembantu itu....soalan ini tak payah la saya jawab kerana ahli Pas mungkin tahu jawapan nya.
PADA PENYOKONG PAS RENUNG RENUNG KANLA.....LU PIKIR LA SENDIRI
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
2 tahun yang lalu
Betapa hebatnya Pas berbanding UMNO. Mereka bertunjangkan Islam dalam perjuangan.Walaupun berbeza pandangan tak de lah mengaibkan manusia ke seluruh dunia.Tak delah menghina bangsa sendiri, menghina agama dan ulama. Talkinkan sahaja UMNO U ntuk M amak N ation O nly.
BalasPadambiasalah tu...sedangkan lidah lagi tergigit...berbeza pandangan tu perkara biasa je..UMNO jeles sb PAS xnak bergabung..
BalasPadamsape yg nak bergabung dgn parti yg da nak terkubur..UMNO mmg sharusnya dan akan ditalkinkan pada PRU akan dtg...
sama2 la kita berdoa..
insyaALLAH...
saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!
BalasPadamTidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahasa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!