tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 24 April 2009

UMNO TAK GADAI MELAYU TAPI PAS JUAL BANGSA DAN AGAMA.

Parti mana yang mempertahankan kedaulatan melayu kalau bukan Umno.Umno sejak sebelum merdeka telah berjaya menjadikan bangsa melayu setanding dengan bangsa bangsa lain yang lebih maju.Inilah harapan Umno untuk melihat bangsa melayu menjadi bangsa yang unggul bukan hanya didalam negara tapi keserata pelusok dunia.Lihat sahaja bagaimana Umno menjadikan Petronas menjadi satu syarikat yang berjaya menerokai petrolium hampir diseluruh dunia.Apakah ini hasil usaha Pas?Pas tak akan menjadikan melayu bangsa yang maju sebaliknya mahu melayu terus berada dicorok corok kampung agar senang Pas untuk menghasut orang melayu .

Lihat sahaja di Perak bilamana MB Nizar telah memberikan Tanah pada kaum Cina sehingga pajakan selama 999 tahun.Ini semua untuk menjual hak orang melayu yang selama ini Umno jaga untuk kepentingan bangsa melayu itu sendiri.Apakah ini balasan Pas pada Orang melayu setelah orang melayu cuba untuk mendekati perjuangan Pas.

Apakah Pas mempertahankan Raja Raja melayu bila Raja Raja Melayu dihina oleh rakan rakan Pas sendiri.Bagi Pas Sokongan rakan untuk mengekalkan kuasa adalah lebih utama dari mempertahan kan kedaulatan Institusi Raja Melayu.

Berbalik apa yang dikatakan oleh Pas yang Umno telah gadai orang melayu,Pas harus melihat ini sebagai satu peluang pada orang orang melayu untuk bersaing dengan bangsa bangsa lain agar kekuatan bangsa melayu itu teruji dengan tindakan kerajaan itu.

Semalam kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

Bagi saya keputusan berkenaan bukan dibuat secara terburu-buru, tetapi dilakukan selepas kajian yang lama, selaras komitmen Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN.Berbanding negara lain,Malaysia terbelakang dalam melaksanakan komitmen itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara ASEAN lain kerana ia bukan hanya sehala, tetapi pelbagai hala.

ASEAN pun akan buka, Malaysia ke belakang, Indonesia lagi terbuka, Indonesia boleh bersaing, apa yang tidak kena dengan Malaysia.Ini hanya sandiwara PAS untuk mengambil kesempatan atas apa yang kerajaan lakukan .Kerajaan ingin melihat bangsa melayu bangsa yang boleh berdikari dan mampu bersaing dengan bangsa lain yang sudah kehadapan .

Keputusan membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan itu dibuat selepas perbincangan dengan semua pihak berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan wakil usahawan Bumiputera sendiri.

Pada semua ahli Pas yang mungkin belum lagi menggetahui apa yang dimaksudkan oleh DSN itu diharap jangan terlalu mengikut emosi kerana DSN sendiri memberi jaminan yang hak Bumiputera tidak akan tergugat.Kerajaan mahu orang melayu berdaya saing dengan tidak terlalu bergantung pada kerajaan.Yang dihapuskan ialah syarat 30 peratus bumiputera,bukan hak bumiputera.....sekali lagi bukan hak bumiputera yang dihapuskan.

Pada saya tiada apa salahnya DSN lakukan ,Hak melayu terus terbela selagi Umno menguasai kerajaan.Hanya apa yang dikesalkan ialah Pas telah memutar belit kenyataan DSN.

Jadi Umno tidak gadai bangsa melayu .....tapi Umno perkasakan orang melayu agar menjadi melayu yang dapat bersaing dipasaran terbuka.

Pada Pas jangan lah jual bangsa melayu...apa lagi yang ada pada bangsa melayu sekiranya habis setiap inci tanah di Perak dijual.Sekarang Pas juga memberi laluan pada Nga .Nga bebas menggunakan ayat ayat suci ALQURAN tanpa ada siapa pemimpin Pas menegurnya.Janganlah samakan ALQURAN dengan buku buku lain.Pas harus sedar sekiranya kita ingin membaca ALQURAN kita haruslah dalam keadaan bersuci.Dalam keadaan kita memegang ALQURAN pun seharusnya kita dalam keadaan bersih.Apakah Nga sudah bersih,apakah Nga sudah mandi wajib.apakah Nga sudah samak segala kekotorannya,apakah Nga sudah belajar agama,Kenapa Nga tidak mahu masuk Islam,Kenapa Nga baca masa dalam ceramah pilihanraya saja.Persoalan ini tak payah dijawab tapi cuba renungkan.

..............lupikir la sendiri.................baca disini http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/04/kebenaran-disebalik-30-ekuiti-bumiputra.html

http://abangtuah.blogspot.com/2009/04/liberalisasi-services-sub-sektors.html

14 ulasan:

  1. Oi Bodoh, UMNO yang mengadaikan Melayu. UMNO yang jual bangsa dan agama. Sesiapa yang berkait dengan UMNO memanglah dapat keuntungan, tetapi hany segelintir. Inilah kita panggil kroni! Tau?

    BalasPadam
  2. Aku rasa mual nak masuk blog ni....bye!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. mcmne ngan kes khalid ibrahim suruh buka 5% di UITM??????????????
    Di barat pun yg duk buat PHD sume tenaga pengajar nye bukan org islam??????????

    jgn berbahas guna emosi tapi bg la fakta beb..........
    sume dah cerdik la skrg.........

    BalasPadam
  4. Kepala otak hang kamalfarsha,Melayu UMNO lah yang memalukan bagsa dan perosak ugama. Tak gunakan kepala otak langsung. Ayat ayat al Quran ini boleh juga didapati dari buku buku tafsiran. Anyway, Allah turunkan Alquran bukan untuk orang Melayu sahaja. Quran untuk semua umat manusia bodoh....Melayu Tulen

    BalasPadam
  5. UMno Gadai Melayu
    Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.

    Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.

    Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?

    Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-

    BalasPadam
  6. Jahanam punye org2 Umno...bile najib Altantuya nak hapuskan 30% ekuiti bumiputra,senyap semuanya...tak berdetik langsung nak marahkan najib tu.....yang disibukkan cari salah Pas & Pkr....bila masa Pas & PKR pegang malaysia nie....fikirla sikit...dah berapa banyak harta milik bangsa melayu dah tergadai oleh kerakusan pemimpin korup UmNO...bilamana hukum & Undang2 Islam nak diterapkan, dihalang dgn undang-undang perlembangaan ciptaan kafir laknatullah....perlembangaan tu gak la yg disanjung UmNO... sudah2lah melayu yg sokong UmNO, tolong bukak mata & minda anda semua, jgn dibodoh-bodohkan lagi oleh pemimpin korup kamu lagi,.....

    BalasPadam
  7. Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

    Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

    Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

    1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
    2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
    3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
    4. Dimanakah Prowaris?

    Apa lagi yang Najib tak lakukan?

    Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

    Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

    Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

    Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

    Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

    inilah politik umno…

    jika tan sri khalid hanya mencadangkan supaya kouta 10% bukan bumiputera diambil masuk kedalam uitm maka riuh satu dunia yang mengatkan tan sri khalid pengkhianat bangsa…

    ahli2 umno dan pemimpin2 umno bermatian2 menghentam tan sri khalid ketika itu dan memaksa beliau memohon maaf diatas kenyataan nya itu..

    tetapi apa bila umno dengan terang2 menghapuskan 30% ekuiti bumiputera maka tidak ada seorg ahli umno pun yang bersuara membantah dan tidak ada pula pelajar2 uitm yang membuat rusuhan..

    kenpa hanya berdiam diri????



    adakah berdiam diri kerana tidak dibayar wang untuk bersuara??

    adakah pelajar2 uitm tidak dikerah untuk membuat rusuhan???

    mana semuanya yang konon2nye pejuang bangsa melayu???

    mana???

    tidak ada seorg pun yang berani bersuara apabila umno menghapuskan hak bumiutera..

    fikir2kan lah..


    NAH AMEK KAU……

    1.Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan
    hakMelayu?
    2.Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
    3.Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak
    Perpaduan Melayu?
    4.Dimanakah Prowaris?
    5.Dimanakah mamat-mamat penghunus keris?
    6.Dimanakah budak-budak UiTM?
    7.Dimanakah Pukida?
    8.Dimanakah NGO-NGO melayu yang jagoh-jagoh yang
    lain?

    Semua bangsat punya manusia, bila gembala kau cakap tentang isu yang terang-terang menyentuh bangsa sendiri semua diam menikus tak bersuara tapi kalau PR yang menjalankan dasar perpaduan kaum bukan main melenting lagi kau.

    -Utusan pikul canag mangapi-apikan perkauman
    -Beratus-ratus laporan polis dibuat,
    -Panggil kaum kau berdemontrasi kata DSAI pengkianat melayu,
    -Sebar dakyah kau kat media masa.
    -TV tiga suku tak abis-abis menyalak menyalahkan PR.
    -Berceramah ke hulu ke hilir, sampai ada yang kata sanggup mengamok konon untuk memperjuangkan bangsa sendiri.



    POraahhh… cakap tak serupa bikin, apa lagi berarak le kau tunjukkan semangat melayu kau yang hebat tu, mengamok le kau sebab hak bangsa kau yang kau kata amat mulia kat atas muka bumi ni dirampas.
    ha nape tak buat?
    Takut pulak kau semua nak bertindak, langsung tak bersuara. Apa takut tak dapat dapat bahagian untuk masuk poket kau.

    Nah jelas, semangat kau ni bukannya iklas sangat cuma nak menunjuk-menunjuk untuk menjadi hero je agar senang nak agih-agihkan projek-projek kat mulut kau orang je agar masing-masing dapat bahagian.

    BalasPadam
  8. Memang betul UMNO membela Melayu, tapi bukan semua Melayu, cuma beberapa ekor Melayu dalam UMNO. Kalau betul UMNO membela Melayu, tentu Kelantan Trengganu, Kedah, Perlis dah maju macam new york! Sebab disitulah majoritinya Melayu. Baru pecah tembelang UMNO. Memang membela Melayu, tapi Melayu tu mesti ada cap UMNO. KAlau betul ikhlas bela Melayu, ketepikan perbezaan parti, majukan semua Melayu. Barulah orang nampak UMNO ni ikhlas. ini tidak tak habis habis dengan budaya 10%.

    Lagi satu nak tanya, barua yang jual (dan jadi broker) tanah Melayu kat Pulau Pnang tu sapa? Orang PAS ka? Orang PKR ka? Orang DAP ka?

    Lagi satu, yang bagi Singapore kat Cina tu sapa? Haji Hadi ka? Anwar Ibrahim ka? DAP ka, PAS ka? komunis ka?

    Ha jawap la, kata cerdik sangat?

    BalasPadam
  9. YEKE? BG LA CTH APA PAS DAH BUAT SAMPAI U KATA JUAL BANGSA DAN AGAMA.

    LU KENA INGAT BEB UMNO PEGANG MALAYSIA SUDAH 52 TAHUN.SEPANJANG TEMPOH TU ORG LAIN XDE SENTUH PON WALU SIKIT TAU....SEDAP NYA CAKAP.

    ITU MACAM KALU,RAMAI MELAYU DI KELANTAN SUDAH OUT LA BEB.TAPI TAK PULAK.

    ITU MCM KALU,ISLAM DI KELANTAN SUDAH HANCUR BEB.TAK LAK CAMTU..

    BalasPadam
  10. I have to agree that Umno in the past had help Malays and they are standing, but after that, The new umno for the last 20 years, have degraded Malay and make them tidak setanding. Only Umno Elite Malay are standing, but not general malay. If the malay nowaday are not setanding with the rest in Malaysia and the world, they have no one to blame, but umno and themself. U change Umno, then you change Malay.

    BalasPadam
  11. umno la yg mcm tu.sapa mau caya lu nya ckp.lu nya ckp takda fakta.ikut emosi u.ikut suke hati u.

    itu mcm kalu,melayu di kelantan skrg sudah out la beb.

    itu mcm kalu,islam di kelantan sudah hancur la beb


    lu tarak tegok itu sejarah.islam penah pegang dunia ooo.islam ada sejarah pegang dunia ooo.

    itu islam sudah di pakai dlm byk negara di dunia ooo.

    itu sbb org masuk islam n islam berkembang ooo

    2/3 eropah islam ooo.org suke sama islam then masuk islam oo.bukan masuk melayu.mana bole masuk melayu..

    lu pegang mana ada tujuk itu islam.lu tarak guna islam.lu guna otak lu.patut lu guna otak lu belajar islam n apply..

    BalasPadam
  12. sama mau caya lu nya cakap.lu ckp tatak guna fakta tp guna ske hati lu.

    lu pegang malaysia sudah 52 tahun tp hampeh.lu tatak guna islam.lu guna otak lu sendiri.patut lu guna otak study islam n apply..

    lu tatak tau sejarah.itu islam sudah ada sejarah pegang dunia oo.itu eropah pon 2/3 sudah di bwh islam.

    org masuk islam sbb ske sama islam.islam di pakai dlm negara.bukan mcm lu...lu apa buat itu 52 tahun??

    aiyaaa...hei kwn lu tegok kelantan,melayu sudah out ka?tatak kan?umno out itu lain.

    itu kelantan,islam sudah out ka?

    buta lu..

    BalasPadam
  13. whoi bahalul.... kaum Cina dlm Malaysia ini bukan rakyat Malaysia ke ?? banggang betul lah kau ni... apasal kamu ni suka sangat main racist. takde kerja lain ke ? atau memang dasar umno/bn suka menipu rakyat dgn mainan racist. ( lembu pun lebih pandai dari kau )

    BalasPadam
  14. whoi bahalul.. kaum cina dlm malaysia bukan rakyat malaysia ke ??? apasal kau suka main racist ? takde kerja lain ke ? otak ada tapi tak tahu pakai. lembu pun lebih cerdik dari kau. dasar pengikut umno/bn suka putar belit dgn melaga lagakan antara kaum dlm malaysia.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH