UMNO,PAS,PKR DAN SEMUA HAYATI DAN SELAMI KATA KATA HIKMAH INI
|
Sultan Azlan: Raja berada di atas politik
|
Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.
Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, lapor Bernama.
Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.
Cari titik pertemuan
Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.
Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.
"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.
"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.
"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.
Hak raja berpelembagaan
Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.
"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."
Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat.
"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.
Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.
"Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak. |
BLOG PEMBANGKANG
-
Lelaki maut disyaki dibunuh 4 bersenjata parang
-
FMT ReportersPETALING JAYA: Mayat lelaki ditemukan terbaring di hadapan
bilik tidur disyaki dibunuh empat individu bersenjatakan parang, dalam
kejadian di ...
3 jam yang lalu
-
Pekebun Haram Durian Musang King Raub Belum Buat Keputusan Mahu Failkan
Rayuan Atau Pun Tidak
-
*KUANTAN:* Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 186
pekebun haram durian Musang King terhadap semakan kehakiman terhadap notis
araha...
10 jam yang lalu
-
Tukar kanta mata untuk melihat seni politik Anwar
-
*PANDANG BALAS*
SEORANG sahabat *cut and page* satu artikel panjang lebar yang dipetik dari
blog *The True Net *kemudian dikirimkongsikan kepada saya. Tuju...
Sehari yang lalu
-
KES TAHANAN DATO NAJIB
-
*KES TAHANAN RUMAH DATO' NAJIB MASIH PANAS !*
*KESIAN ANU**R**A*
*AWATNYAAAA ! JADI CAM NIH !!!*
*SEMENTARA ITU:*
5 hari yang lalu
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
5 bulan yang lalu
-
SUKA MUHONG
-
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI*
*IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI*
*IKLAN TEKS MURAH DI SINI*
*Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan...
9 bulan yang lalu
-
Mostbet-az90
-
Mostbet-az90 geniş çeşidli bazarlara və rəqabətli əmsallara malik onlayn
idman mərc platformasıdır. Mostbet-az90 saytı müştərilər üçün canlı
hadisələr, o...
Setahun yang lalu
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN
-
Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong
peratusan undi yang lebih besar.
Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...
Setahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara
-
Tajuk:
Penulis Lirik Layak Jadi Sasterawan Negara
Oleh Ronasina
Berakhirnya Anugerah Juara Lagu 36 anjuran TV3 kelmarin menunjukkan betapa
industri la...
Setahun yang lalu
-
PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?
-
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
Add caption
KESEMUANYA partai politik situasi dalam kemelut.MN-PN amat bercelaru.
Masing masing lantainya tid...
3 tahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
-
Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau
barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID.
Gila ke apa jual tanah satu hekt...
3 tahun yang lalu
-
Cara Top Up Paket Nusantara HD Online
-
Paket Transvision Nusantara HD - Kini pembelian paket tv vouher seperti
Nusantara HD dapat dilakukan secara online, cara ini sangat cocok untuk
Anda yang m...
4 tahun yang lalu
-
Jihad
-
4 tahun yang lalu
-
jangan buat hati mak bapak cuak..!
-
Geram..?
Gelisah..?
Galau..?
Cuak..?
Bimbang..?
mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa
pantauan..?
mengapa kita masih ambil ...
5 tahun yang lalu
-
HIPPOKRASI PENJAWAT AWAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
-
Ramai penjawat awam masih terbawa-bawa dengan budaya pentadbiran Kerajaan
UMNO/BN yang terdahulu. Budaya kerja, bodek dan politiking lobi jawatan
yang suda...
5 tahun yang lalu
-
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...
6 tahun yang lalu
-
Video Terbaik !!! Himpunan Fastaqim H60K
-
Himpunan Fastaqim H60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota
Bharu pada 17/10/2015.Kehadiran melebihi jangkaan 60K...
8 tahun yang lalu
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!
-
*Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief,
Baitula-Maqdis*
*AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!**
*Al-Aqsa*
*Bumi para anbiya*
*Kelahiran...
8 tahun yang lalu
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP
-
Yang kuat lawan DAP lorni kan Pas...
Bagi kat PAS sikit buat modal lawan DAP.
8 tahun yang lalu
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas
-
I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories,
lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I
aswell d...
9 tahun yang lalu
-
Kenapa Hj Hadi Harus Berundur?
-
Tentu ramai ahli PAS tak bersetuju dgn penulis bila tajuknya "BERUNDUR"
namun itulah yang tepat bagi merungkai kemelut yang berlaku dalam PAS.
Bukan seka...
9 tahun yang lalu
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
10 tahun yang lalu
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
10 tahun yang lalu
-
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
10 tahun yang lalu
-
Entri Kosong Selepas Setahun...
-
Salam buat semua,
Seingat aku dah lebih setahun aku menyepi daripada arena blog ni..Tetiba
rasa rindu pulak kat blog ni.. Sebab tu tangan duk gatai gak m...
11 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan
-
Cer citer .. hang pilih sapa?
11 tahun yang lalu
-
hati keras
-
11 tahun yang lalu
-
-
AKTIVIS UMNO & KEMPEN POLITIK DI MEDIA SOSIAL
Dalam beberapa tulisan terdahulu, saya pernah menulis betapa kehadiran
pemimpin dan aktivis UMNO dalam me...
12 tahun yang lalu
-
Pasca Bersih : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis
-
KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan
video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua
Pemuda PAS...
12 tahun yang lalu
-
Headerp solutions pvt ltd different services
-
Headerp solutions pvt ltd as an outsourcing and consulting company in
Chennai provide different services and acts as a best outsourcing and
consulting comp...
13 tahun yang lalu
-
SOKONG CHEGUBARD TOLAK SEMUA JAWATAN LANTIKAN..TAPI APA MAKSUD SUA
'BERTINDAK BUKAN-BUKAN'?
-
Kenyataan Media13 Disember 2010RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG
TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDERMerujuk kepada kenyataan Setiausaha
Agong KEADILAN...
13 tahun yang lalu
-
SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA
-
Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah
al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar
dan usah...
13 tahun yang lalu
-
POLITIK : JUMAAT 28 OGOS 2009
-
‘Wajarkah saya dipecat’
DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih terukjika
dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semu...
14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Catatan Popular
-
Bukan Sahaja Pemimpin Baik Dari Kerajaan Mahupun Dari Pembangkang Malah Rakyat Biasa Yang Tidak faham Undang2 Pun Jadi Terkejut Beruk De...
-
-
-
-
Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya. Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat he...
-
Anwar menolak cabaran Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya bersama-sama menjalani ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohon...
-
http://www.azmykelanajaya.com/2016/06/bn-menang-di-sg-besar-dan-kuala-kangsar.html?m=0
-
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timba...
-
-
Apakah Ustaz Nasaruddin Sudah dekat hatinya Kepada Perjuangan Umno.Sejak Kebelakangan ini Beliau Sering Menerima Undangan Kepimpinan Umno...
SABDA HADIS
Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud
Huraian
1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
MARI MEMBACA AL QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah
dari petikan di atas;
BalasPadam".. sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara."itu intipatinya.
siapa yang mengurus negara? siapa yang salah urus negara? siapa yang banyak buat kepincangan? siapa yang banyak buat salah laku? ... selama 52 TAHUN !! BN!
"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara." Kalau Najib tak TAMAK gulingkan Perak, tentu aman damai negara ini. Jangan lupa Tun Dr Mahathir pun tak setuju cara jijik sebegini - mengambil 3 adun bebas yang tak berkualiti / rasuah..
Sebenarnya bukan susah.. hanya 3-4 tahun lagi boleh ambil balik Perak semula dengan cara anak jantan (PRU13). Kerana ketamakan itu, menjadikan keseluruhan sistem legislatif dan kehakiman serta institusi beraja menjadi tohmahan rakyat. siapa puncanya?
UMNO DAN BN SEBENARNYA YANG PERLU BERUBAH!! Bukan salah pengikut, tetapi salah pemimpin.