Hanya tinggal beberapa jam sahaja nizar dibenarkan berada di Bukit Gantang dan selepas malam esok rakyat Bukit Gantang sudah tidak mahu lagi melihat kelibat nizar di Bukit Gantang .Ini kerana rakyat akan menolak Nizar sebagai pemimpin mereka.Rakyat Bukit Gantang tidak mahu seorang yang tidak mengenali isi hati penduduk tempatan menjadi tempat bergantung mereka diwaktu susah.
Penduduk Bukit Gantang mengangap Nizar ibarat seorang peniaga pasar malam yang akan meninggalkan tempat perniagaannya dengan sampah sarap setelah mendapat untung hasil perniagaannya dan penduduk Bukit Gantang lah yang akan membersihkan segala kekotoran peninggalan peniaga tadi.
Apa yang dimahukan rakyat Bukit Gantang ialah seorang pemimpin yang memahami kehendak masyarakat setempat dengan pemimpin sentiasa berada disamping rakyat walau waktu susah dan senang.
Besok adalah hari pembuangan undi .Apakah Nizar akan mengundi?Nizar tak layak untuk mengundi kerana beliau bukan lah anak jati Bukit Gantang dan kerana itu juga lah rakyat menolaknya .Rakyat Bukit Gantang tidak mahu mereka dijadikan anak tiri sekiranya Nizar yang dipilih.Rakyat memahami bahawa sekiranya Nizar menjadi pilihan mereka sudah tentu mereka akan diabaikan lebih lebih lagi nizar sudah menjadi ADUN Pasir Panjang ,kerana ini jugalah pengundi Bukit Gantang menolak Nizar sebagai pemimpin mereka.
Pengundi di Bukit Gantang juga menolak seorang Pemimpin yang bermuka muka .Didepan berkata ini dan dibelakang berkata itu.Ini lah dilakukan oleh Nizar bila berbaik-baik dengan pengundi wanita pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.Rakyat mempersoalkan kenapa baru sekarang bekas menteri besar itu hendak menjanjikan macam-macam kepada wanita Perak sedangkan selama 11 bulan memerintah, Mohammad Nizar tidak pun menghargai golongan itu.Kenapa dalam kerajaan negeri pimpinan beliau sebelum ini, tidak ada seorang pun dilantik sebagai Exco? Adakah Mohammad Nizar tidak yakin dengan kebolehan wanita? Atau memang dia tidak menghargai wanita?Nizar hanya tahu menagih undi wanita tetapi tidak tahu pun menghargai sumbangan wanita semasa berkuasa.
Orang sebegini tidak layak digelar pemimpin.Rakyat juga tidak mahu pemimpin yang sudah terpalit dengan perbagai masaalah yang akan merugikan mereka dihari kemudian.perkara sebeginilah yang mahu dielak oleh Penduduk Bukit Gantang.
Bagi penduduk bukit Gantang mereka mengaggap Ismail Safian ibarat keluarga sendiri kerana selain menjadi penduduk di Bukit Gantang ramai Rakyat sudah mengenalinya .
Dengan kebanyakan pengundi adalah terdiri dari orang melayu ,orang orang melayu sudah meluat dengan perangai Nizar yang membela pemimpin DAP walau pun pemimpin DAP itu telah mempersendakan ayat suci al-Quran ketika memberi ceramah di Bukit Gantang, Taiping, malam kelmarin.
Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam,umat Islam mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya dan mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam.
Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah,
AKHIR SEKALI KEPADA SELURUH PENGUNDI PILIHLA PEMIMPIN YANG BENAR BENAR INGIN BERKHIDMAT DENGAN TULUS IKHLAS DAN KITA TOLAK PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AGENDA DAN PEMIMPIN YANG HANYA BERTANDING HANAY UNTUK MEMBALAS DENDAM.KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.
ye sdare, sy sokong..!
BalasPadammmg esok hari terakhir Nizar di bukit gantang sb lepas ni, kite bersama2 akan humban die ke Parlimen...Undilah Nizar...
Takbirrrr...!!!
undilah nizar,undi PAS, undi PAKATAN RAKYAT'''
BalasPadamTOLAK BN = TOLAK RASUAH + munafik
kawe sokong islam, calon bn ade ke yg brani g depan jd imam....xpyh jwp dh tau..g konsert blh ddk dpn....
BalasPadampkir la sndiri
takbirr,,,,,,
Tak kan kau orang nak undi Mat Danok kot!
BalasPadamTau lah kita orang UMNO, tapi bukan Mat Danok ni yang kita nak!
Kita Protes..
Kita semua undi bebas..
tolak nizar !!! undi lah calon BN !!
BalasPadamDari segi calon. Nizar jauh lebih baik dari Ismail. Berpuluh tahun dia jadi SU Manjung tapi jarang berada kat office dan jarang juga balik kampung. Ketua Bahagian tak akan biarkan dia menang pilihanraya dan senang-senang cantas orang.
BalasPadamNizar adalah calon terbaik. Dan Pas adalah terbaik. Dan UMNO adalah Untuk Melayu No Otak.
BalasPadamDJ Dave pun dia kata Melayu. Zamry si India pun di katakan Melayu. Kan bodoh tu...
kalau nizar menang,rakyat bukit gantang yg undi dia adalah sebodo2 pengundi! lepas ni banyak lg peluang puak2 kafir DAP mempersendakan ayat2 suci al-quran..dan ini disukai dan digalakkan oleh nizar dan org2 islam PAS...demi kepentingan politik PAS, iman dan islam tergadai!!!
BalasPadam