TAIPING 2 April - UMNO kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menggunakan taktik kotor termasuk menyebarkan fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan jahat parti pembangkang itu menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.
''Saya agak dukacita kerana parti lawan telah main kotor menabur fitnah dengan membuat pelbagai surat layang serta risalah yang kononnya datang daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
''Ini adalah perbuatan jahat, berniat tidak baik kerana mungkin mereka merasa tertekan berikutan angin perubahan sedang berlaku di Bukit Gantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Air (Sarawak) mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera pilihan raya UMNO negeri dan BN.
Mengulas lanjut, beliau berkata, segala dakwaan yang disebarkan terhadap calon, parti mahu pun pemimpin negara itu adalah tidak benar.
Justeru tegas Muhyiddin, pihak UMNO Bukit Gantang melalui Setiausaha Bahagian telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
''Saya harap mereka akan berhenti daripada main kotor dan hendak mencemarkan nama baik calon kita, seolah-olah perbalahan dalam UMNO bahagian dan sebagainya. Ini semua satu pembohongan, saya yakin dan percaya pihak pengundi tidak akan terpengaruh," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang kerjasama yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN, Muhyiddin berkata, segala-galanya semakin bertambah baik.
''Nampak mereka lebih bersemangat walaupun pada peringkat awal agak sukar, tetapi kini telah ada perubahan yang amat menggalakkan dan kita akan mempertingkatkan kerjasama ini lagi," katanya.
Menjawab soalan faktor keyakinan BN terhadap 'angin perubahan' di Bukit Gantang, jelas Muhyiddin, ia mungkin disebabkan pihaknya telah berjaya memberi penerangan terhadap segala isu berbangkit.
Selain itu, katanya, penduduk di kawasan pilihan raya terbabit juga menaruh harapan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru.
KEPADA PENGUNDI DIBUKIT SELAMBAU ,BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR.....RENUNUG RENUNG KAN LA MASA DEPAN YANG GEMILANG....APAKAH KITA INGIN KERAJAAN YANG TIDAK TAHU MENGHORMATI UNDANG UNDANG ...LU PIKIR LA SENDIRI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA