tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 3 April 2009

RAKYAT DIBUKIT GANTANG MENGINSAFI PERJUANGAN SEBENAR NIZAR



Sebagai rakyat yang menyanjung tinggi amalan demokrasi rakyat menerima hakikat pada pru 12 lalu Pakatan rakyat telah berjaya menubuhkan kerajaan di Perak yang diketuai oleh Nizar.Pada awal pemerentahannya Nizar dilihat mampu untuk menangani budaya kejutan kerana rakyat selama ini sudah selesa dibawah pentadbiran kerajaan BN.

Hanya beberapa bulan pemerentahannya Nizar dilihat sudah tidak dapat mengawal kebijaksanaan nya kerana dirinya sudah dikuasai oleh rakan rakan yang merasakan mereka yang lebih berkuasa dari Nizar.Kerana menyedari yang dirinya hanyalah MB yang tiada kuasa yang secukupnya Nizar akan mengikut apa sahaja arahan atau lebih mudah ,Nizar kena la ikut telunjuk DAP.

Kerana itulah Nizar telah menerima perjanjian pangkor yang meletakkan DAP sebagai penasihat Menteri Besar Melayu.Nizar juga dilarang daripada bercakap hal-hal berkaitan Islam seperti Hudud, Qisas dan lain-lain.

Dari peristiwa inilah rakyat diPerak sudah insaf akan kesalahan mereka memilih kerajaan pakatan yang tidak menghargai perjuangan mereka selama membentuk kerajaan negeri.

Orang melayu di Bukit Gantang hendaklah melihat ini sebagai ujian kepada mereka betapa rapuhnya perpaduan Melayu kerana walaupun bilangan ramai tetapi tidak menggambarkan kekuatan sebenar. Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan 'negara kebajikan'.

Hilanglah 'hudud' dan hilanglah 'Perjanjian Madinah' yang diwar-warkan. Yang tinggal hanya soal tanah 99 tahun atau 999 tahun (kepada kampung-kampung baru yang rata-rata didiami oleh masyarakat Cina).Kerana Nizar lah rakyat sudah insaf betapa lemahnya perjuangan PAS. Jika suatu hari nanti terdapat penghakisan kepada orang Melayu maka Paslah yang perlu bertanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan untuk menghancurkan bangsa Melayu. Ingatlah, Melayu adalah bangsa teras yang mengimbangi perpaduan kaum-kaum lain di negara ini.

Rakyat di Bukit Gantang juga insaf akan keceluparan Nizar dalam menyelesaikan kemelut dengan pihak Istana.Sebagai rakyat yang menyanjung tinggi institusi raja raja melayu rakyat tidak mahu rakyat dan orang orang melayu diheret sama oleh Nizar untuk menderhaka pada Sultan yang merupakan lambang kedaulatan pada bangsa melayu.

Rakyat di Bukit Gantang juga insaf bila kedua-dua bekas Exco kerajaan negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)yang kecewa dengan tindakan Nizar kerana tidak mengambil kira pandangan mereka dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Rakyat juga insaf atas tindakan Nizar dan rakan rakan nya diatas penanaman pokok yang bukan melambangkan demokrasi tetapi kemuncak penderhakaan kepada institusi raja khususnya terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Biarlah rakyat menilai tindakan mereka yang tidak menghormati demokrasi itu.Nizar cuma mahu terus mendapat simpati rakyat dan penyokong mereka,rakyat Perak secara keseluruhannya perlu sedar bahawa ia merupakan tindakan halus pembangkang untuk menghina raja yang sangat merbahaya kerana boleh membawa kepada satu bencana.

Rakyat di Bukit Gantang juga insaf dan sedar yang Nizar telah merancang untuk menimbulkan suasana tidak senang di Masjid Simpang ketika Barisan Nasional (BN) menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yassin.

Rakyat diBukit Gantang juga insaf dan sedar yang Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas.Rakyat juga insaf dan tidak mempercayai lagi Nizar kerana sanggup menipu rakyat yang beliau masih MB yang sah.Tapi dalam borang pencalonan Nizar tak berani nak mengakui beliau masih MB .Memang sah Nizar ni dah tak betul...kejap kata MB,kejap kata Adun ...mana satu rakyat nak percaya.

Nizar juga telah menyatakan yang PAS tidak akan melaksana kan negara islam dinegara ini,ini lah sikap Nizar yang bermuka muka ,bila bersama DAP lain yang dinyatakan.Inilah perjuangan Nizar yang akan mempercayai dan berkerjasama dengan DAP yang terang terang menolak negara Islam.Kerana kuasa Nizar sanggup buang jauh jauh prinsip dan perjuangan parti PAS.Apakah layak Nizar kita lantik sebagai wakil rakyat .Nizar hanya perjuangkan nasib diri dari memperjuangkan nasib rakyat yang semakin tidak mempercayai segala perjuangannya.

Rakyat Bukit Gantang sudah tahu siapa Nizar sebenarnya....hanya kuasa yang Nizar cari.Rakyat Bukit Gantang harus menolak Nizar sebagai pemimpin agar penderhakaan Nizar dan keegoan Nizar akan tenggelam.Semoga rakyat Bukit Gantang terselamat dari diheret oleh Nizar dalam percaturan politik dangkalnya.

Rakyat Bukit Gantang Jangan terpedaya dengan helah politik mereka kerana selama 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak dan Parlimen Bukit Gantang, tidak ada apa-apa pembangunan pun yang mereka bawa.

KEPADA SELURUH RAKYAT YANG AKAN MENGUNDI NANTI FIKIRKAN LAH DENGAN SEMASAK MASAKNYA AGAR KITA TIDAK TERSALAH PEMIMPIN YANG MEMBAWA KEGELAPAN PADA ANAK ANAK BANGSA.

6 ulasan:

  1. selain daripada perassan benci kepada kaum yang lain, saya tidak nampak apa-apa isi dalam blog kamu, hanya bangsa,bangsa,bangsa, tidak ada nilai logik pun, macam manalah nak mencapai perpaduan rakyat malaysia? adakah kamu masih tidak sedar akan kita dengan kaum yang lain merupakan rakyat malaysia? tidak anda tahu yang malaysia adalah sebuah negara yang merdeka?
    nampaknya racun umno telah memakan kebijaksanaan dan kebolehan berfikir kamu.
    bangunlah dari tidur, sedarlah.

    BalasPadam
  2. salam encik kamal.
    bagus hujjah tuan. menarik. saya ingin mencadangkan tuan baca pula laman berikut.. untuk tambahan ulam cicah sambal belacan kita.

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/04/88-abo-bukit-gantang-jerit-mimbar-di.html

    menarik kan?

    BalasPadam
  3. Salam,
    ...benar, Nizar bukan calon yg baik utk Melayu Bkt Gantang!

    BalasPadam
  4. SALAM BRO...
    PENGUNDI DI KETIGA-TIGA KAWASAN INI AKAN MENENTUKAN NASIB DAN MASA DEPAN MEREKA SENDIRI.BARISAN NASIONAL MERUPAKAN PILIHAN YANG TERBAIK BAGI MEMBANGUNKAN APA YANG ADA DI KAWASAN PILIHANRAYA ITU.

    RAKYAT HARUS SEDAR PAKATAN PEMBANGKANG HANYA INGINKAN KEKUASAAN BUKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT.

    BalasPadam
  5. Ialah umno dah memerintah lebih dari 50 tahun. Jiran2 kita seperti Singapore jauh mengatasi kita, bahkan Vietnam yg baru pulih dari kancah peperangan telah mengatasi negara kita dari segi FDI. Memalukan. Papua New Gunei pun sedang menghampiri kita. Malang sungguh. Keadaan ekonomi orang-orang melayu masih di jauh ketinggalan. Yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana. Siapa di kalangan orang-orang melayu yg kaya. Lihatlah disekeliling kita. Tidak perlu saya jelaskan. Lihat saja pemimpin umno yg datang berkempen. Lihatlah sendiri kehidupan mereka dan bandingkan dengan penduduk2 di Bukit Gantang. Selepas 50 tahun, masih di takuk lama juga. PR baru memerintah Perak hanya setahun jangung. Umno cukup lama dan apa yg mereka lakukan?. Siapa yg kaya dan siapa yg miskin? Buka minda dan mata luas-luas.

    Ingat pulau batu putih macam mana bolih terlepas ke Singapura. Salah PAS atau PR ke?. Macam mana Singapura pun terlepas lebih awal. Salah siapa?. Pulau Pangkor dan pangkor laut, siapa punya? dan begitu juga berjuat ekar tanah rizab melayu yg terlepas entah kemana, salah PAS atau umno?

    Rasuah menjadi-jadi. Perhimpunan umno contoh g terbaik. Penyalahgunaan kuasa di mana dan bermacam-macam kemunafikan berlaku. Kenapa pejam mata dan tutup pintu hati. Adakah anda semua tidak dapat menilai ini semua olih disebabkan laungan hidup melayu semata-mata?. Berhijrahlah.

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik anda.
    Sesungguhnya kita patut berasa amat beruntung kerana mempunyai sebuah negara yang diperintah dan dikuasai oleh kaum kita iaitu bangsa MELAYU.
    Akan tetapi amatlah malang bangsa Melayu kalau kita tidak menghormati dan berbangga dilahirkan sebagai anak Melayu.
    Tanpa mengira anda adalah penyokong atau ahli UMNO,PAS, PKR atau sebagainya, kita semua perlu mempunyai pemimpin yang mampu mengangkat bangsa kita ketahap dihormati oleh bangsa-bangsa lain didunia ini. Kita tidak mahu negara kita yang berbilang bangsa menuju kemajuan dari pelbagai segi tetapi bangsa Melayu tidak dihormati atau menjadi bangsa paling corot.
    Kalau kita perhatikan, dalam situasi dan masa terkini bangsa kita tidak dihormati oleh bangsa-bangsa lain dinegara ini walhal kita dianggap bangsa yang memimpin Malaysia. Ada banyak bukti yang boleh kita temui dimana-mana sahaja hatta dikaki lima yang memberi gambaran bangsa kita tidak dihormati.
    Jadi kalau kita sayangkan bangsa kita, sayangkan masa depan anak cucu kita, sayangkan negara kita, apa yang patut kita buat ialah memilih pemimpin mampu membanggakan kita.
    Kita menjadi bangsa yang bodoh sekiranya memilih pemimpin yang terpalit dengan unsur-unsur jenayah pembunuhan, rasuah, politik wang, salahguna kuasa, makan angin guna duit rakyat, dan apa saja yang memberi gambaran buruk tentang bangsa kita.
    Sekiranya anda adalah Melayu dan anda memilih pemimpin yang dikatakan tadi, maka anda bukan sekadar antara yang bodoh malah andaadalah pengkianat bangsa.
    TIDAK ADA RUANG UNTUK ORANG-ORANG YANG JAHAT DALAM BANGSA MELAYU. HIDUP MELAYU....HIDUP MELAYU.
    ( mari kita senaraikan pemimpin yang ada kaitan dengan jenayah rasuah, pembunuhan, politik wang, salahlaku seks, guna harta kerajaan/rakyat untuk kepentingan pribadi dan sebagainya. " APAKAH KITA PATUT HALAU PEMIMPIN SEBEGINI?" -ya!! jika anda sayangkan bangsa anda....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH