Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang sedang bercuti genap dua bulan hari ini, dijangka akan diterima hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut minggu ini - kemungkinan diumumkan esok.Bagaimanapun difahamkan, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan akan mengekalkan jawatan sebagai wakil rakyat itu buat sementara waktu.
Perkara perletakan jawaan dan mengosongkan kerusi tidak akan berlaku dalam Pakatan Rakyat kerana bagi mereka orang yang rosak moralnya inilah yang akan terus dipertahankan pucuk pimpinan.Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ni.Sangup dipertahankan pemimpin begini kerana takut akan hilang pengaruh dan kuasa.Inilah yang terjadi sekiranya pemimpin sendiri pun tidak mempunyai moral yang tinggi.
Kemungkinan pilihan raya kecil di Bukit Lanjan masih tipis buat masa sekarang.Khalid melanjutkan tempoh cuti Wong yang sebelum ini ditetapkan sehingga 15 Mac lalu sehingga 15 April (esok).Wong, Ketua Penerangan Wanita PKR, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri itu.
Wong, 37, telah menawarkan untuk meletak kedua-dua jawatan itu berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, tetapi Khalid menasihati beliau agar menagguhkan hasratnya dan pergi bercuti.
Pada awalnya isu ini dilihat sebagai satu bentuk pencerobohan ruang peribadi atau privasi Elizabeth. Status kes ini bagaimanapun sekelip mata berubah menjadi satu skandal moral sejurus selepas ADUN Bukit Lanjan itu membuat laporan polis. Siapakah yang bertanggungjawab menceroboh dan melakukan perbuatan yang sangat menjijikkan itu?
Implikasi daripada kes gambar bogel Elizabeth ini sangat besar kepada Anwar, PKR dan pakatan pembangkang khususnya. Ia menjadi lebih parah jika siasatan polis selepas ini mendedahkan lebih banyak 'pekung-pekung' baru yang 'terselindung' selama ini. Skandal moral ini juga meletakkan pakatan tersebut pembangkang berada dalam keadaan yang sangat sukar dan getir.
Perjuangan mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa pakatan pembangkang adalah pilihan terbaik 'yang lebih bersih dan suci' bagi menggantikan BN sudah boleh diibaratkan sebagai berakhir.Isu bekas Timbalan Ketua Menteri PP pun sama ,masih orang yang tiada moral masih lagi dipertahankan tanpa ada satu tindakan untuk cuba membersihkan parti.Sekali lagi, sumber dalaman PKR memberitahu bahawa "pucuk kepimpinan PKR tidak mahu kerusi sendiri (milik PKR) itu dikosongkan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.
Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang Anwar sendiri, yang dimenangi menerusi pilihan raya kecil Ogos lalu.Patut la ..Ketua sendiri tiada moral...apa lagi la anank buah..lagi la ..
Bagi saya pembangkang hanya berlagak seperti maksum apabila menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pergolakan politik mutakhir ini.Para pemimpin pembangkang turut menyalahkan BN dan UMNO dalam isu lompat parti di Perak serta pengedaran gambar bogel Elizabeth Wong.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga senada dengan Anwar. Dalam kenyataan beliau merayu Elizabeth agar tidak meletak jawatan sebagai ADUN.Bagi Nik Aziz, ADUN Bukit Lanjan itu tidak bersalah. Yang salah ialah orang yang menceroboh rumahnya, merakamkan aksi-aksinya! Paling 'hebat' keupayaan Penasihat PKR yang kental dengan prinsip 'aku sahaja yang betul' melencongkan kelemahan sendiri kepada pihak lain. Awal-awal beliau mengalihkan 'beban besar' yang ditanggungnya kepada orang lain. Tidak lain dan tidak bukan UMNO dan BN! Tanpa apa-apa bukti, UMNO dan BN ditudingnya sebagai dalang di sebalik penyebaran gambar-gambar bogel wakil rakyat bujang berusia 37 tahun itu.
Penasihat PKR itu sepatutnya melakukan pembersihan dalaman dengan menyahkan 'anasir-anasir pengkhianat' yang menjadi tukang conteng arang di wajah PKR. Anasir-anasir ini tidak terkecuali ahli-ahli PKR, para pemimpin PKR serta Anwar sendiri yang masih tidak lekang daripada kontroversi moral!
JADI INI LAH PERBEZAAN ANTARA BN DAN PEMBANGKANG...PEMBANGKANG AKAN MENCARI SERIBU SATU ALASAN UNTUK TIDAK MELEPASKAN KERUSI YANG DISANDANGNYA DAN BERLAINAN DENGAN UMNO DAN BN.
KITA RENUNG RENUNG KAN LAH.....LU PIKIR LA SENDIRI
salam kamal.
BalasPadamisu ini menarik. kita tengok analogi ini. andaikata hang kamal tengah mandi, buang air di tandas di mana-mana, kain basah tak ada. pap pap orang ambil foto hang, lepas tu sebarkan ke internet.
apa rasa hang.. adakah wajar hang letak jawatan kerja hang sekarang atas isu itu? aku yakin hang takkan letak jawatan. malah ada orang yang simpati.
kita tengok kes elizabeth wong.. dia lain. foto dia bukan skandal seks, tetapi fotonya sedang tidur. dia juga bukan islam. malah dia offer letak jawatan itu, mencerminkan nilai integriti dan moral dia masih tinggi.
bukan seperti tokoh2 umno yg kena tangkap basah, meraba punggung orang dsb. ada diorang letak jawatan? yang confirm salah rasuah pun masih pegang jawatan dan diberi jawatan.
ali rustam tu hang nk kata cam na plak!!?
BalasPadamkamal o kamal..situasi chua dgn YB Eli berbeza..chua sebab langgan and main..YB Eli dianiaya..gambar dia tengah tidur..seriously sampai skrang gambar yang aku tgk bukan YB Eli bogel .tapi masih berpakaian tgh tidur..apa yang tak moralnya?..kalau aku amik gambar mak or adik ko tgh tidur, adakah mereka tak bermoral? fikir2kan lah..Allah Maha Mengetahui sapa yang jahat (UMNO) dan sapa yang baik (PR)..
BalasPadamBloggers yg tak sekolah bertaraf goblog. Nak beza kes camni pun tak reti2. Kalau orang kata hang bodoh, hang marah. Tapi macam bodoh..
BalasPadamkalau hang cakap pasai integriti.... habih semua mat politik dalam BN ni kena ditendang keluar. Cth Rahim Thamby Chik, Mat Taib, anak Semi Velu, etc
BalasPadamAku faham hangpa ni do tak ada topik yang relavant yang dibincang.
Tolonglah jangan nak samakan minda fikiran orang BN ngan orang PR. Orang PR lebih matured daripada orang BN ni.
lu buat komen macam tak sekolah je.kalau nak compare biarlah compare apple to apple...matured lah sikit
BalasPadamini lah akibatnya kalo org yg tak berilmu tapi nak berlagak pandai....
BalasPadamKamal 0o00 Kamal..kite kalu nak bercakap biarlah atas bidang ilmu kite sahaja. Kalu kita bukan ahlinya lebih baek diam dari bercakap. hmm Allah dak kasi kite nie akal so pikirlah yg terbeak sebelum hang nak tulis apa2..
BalasPadam