KUALA LUMPUR 13 April - Kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan disifatkan sebagai satu hasutan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Kamaruddin itu adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu provokasi untuk mencetuskan huru-hara.
"Apa sebenarnya hasrat Pas, adakah parti tersebut cuba 'melukis' keadaan kucar-kacir pada wajah UMNO demi kepentingan politik mereka.
"Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab yang bertujuan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kamaruddin dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Harakah Daily kelmarin menyiarkan kenyataan Kamaruddin yang mendakwa, tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama seperti di Thailand, jika DUN negeri tersebut tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
Kejadian rusuhan di Pattaya itu menyaksikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang memasuki hari keempat terpaksa dibatalkan selepas penunjuk perasaan anti kerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.
Menurut Kamaruddin, kejadian yang berlaku di Pattaya itu merupakan manifestasi rakyat Thailand yang tidak berpuas hati terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.
Sehubungan itu, beliau mendesak Najib membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya rusuhan di Perak.
Mengulas lebih lanjut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata, Pas sanggup menggadaikan kestabilan yang dinikmati demi kepentingan politik mereka.
Bagaimanapun, beliau yakin skrip rusuhan di Pattaya tidak akan berlaku di Perak kerana rakyat matang dalam membuat pilihan terbaik demi kestabilan dan keharmonian.
"Acuan politik Malaysia berbeza dengan Thailand dan kerajaan sama sekali tidak akan membiarkan kekecohan yang sama berlaku di negara ini.
"Anggota keselamatan kita sentiasa bersedia dan saya menyeru semua parti politik jangan mempolitikkan isu keselamatan dan kestabilan negara," jelasnya.
Terdahulu semasa merasmikan pertandingan esei peringkat universiti anjuran Bank Standard Chartered, Ahmad Zahid menegaskan, kestabilan politik adalah asas utama untuk mengatasi kemelesetan ekonomi.
Katanya, dengan asas politik yang kukuh semua pelan pemulihan ekonomi mampu dilaksanakan dengan terancang.
Menurutnya, kerajaan memang mengambil iktibar krisis politik yang berlaku di Thailand sehingga menyebabkan negara tersebut gagal ditadbir dengan baik terutamanya dalam persekitaran ekonomi global yang meleset.
tuan,ada masa pasang chatroll ye..nanti YM dgn saya utk dapatkan kod flash logo bpn..
BalasPadamNi lah cara orang `tiada akal'berpolitik,ingat.. kita diMalaysia ni tiada undang-undang apa..!!!
BalasPadamHarus diambil tindakan yang sewajarnya agar mereka sedar `penangan' Dato Seri Mohd Najib bukan `tangan kosong atau omong kosong'.. DEMI KESELAMATAN & PERPADUAN KAUM DINEGARA INI..tidak boleh kompromi bahhh.
Kenapa kita mesti ikut perangai orang Siam bodoh itu?? Siapa yang untung, siapa yang rugi??? Kalau asyik DEMOCRAZIES saja.. mahu makan apa??? Ada otak taruh mana oohhhh???
Kalau orang PAS...mungkin bolehlah, tengok penampilan merekapun, satu dunia sudah tahu betapa tidak `mesra alamnya' mereka..!! Kalau mereka mahu juga begitu.. buka pulau jerjak balik, tempatkan mereka disana..kenakan tahanan ISA untuk semua pengikut2 PAS & KEADILAN/PAKATAN PEMBANGKANG..!! Mesti meriah pulau tu nanti....
SALAM SAUDARA JOMO...BETUL APA YANG SAUDARA KATAKAN...HUMBAN JE MEREKA NI DIPULAU AMAN NEGARA...
BalasPadamSALAM TUAN PANGLIMA ..INSYALLAH SAYA SENTIASA ADA DI DALAM CHATROL
BalasPadam