Apa yang tak Anwar janji pada rakyat Malaysia.
Anwar janji nak turun minyak...tapi siapa yang turunkan harga minyak,apa kah Anwar?
Anwar janji nak tubuh kerajaan 16.September...Anwar tipu semua rakyat.Suka sangat main belakang alih alih tiga wakil rakyat Perak main belakang Anwar balik..baru rasa bagaimana dimainkan belakang.
Dan sekarang ni pulak nak gula gulakan penduduk di Bukit selambau dengan berjanji akan membebasan tahanan Hindraf untuk memikat pengundi India, kaum kedua terbesar di Bukit Selambau. Sebenarnya kaum india bukan sahaja di Bukit Selambau, hakikatnya mereka sudah tahu siapa Anwar sebenarnya.
Pakatan pembangkang kini gagal mempertahankan kredibiliti mereka walaupun baru setahun bersama berjuang berbanding perpaduan komponen BN yang sudah berdekad lamanya terjalin.
Kita lihat tidak sampai setahun pengundi India mulai lari daripada mereka dan dengan pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai yang bertindak meninggalkan parti itu adalah dipercayai kecewa dengan kepimpinan Anwar yang sering tidak memperdulikan masaalah kaum India.
Kalai Vanar yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, keputusan membubarkan PKR Bahagian Jerai dan jawatankuasa terbabit dibuat serta merta selepas mendapat mandat majoriti daripada ahlinya yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR.
Katanya, kesemua yang meninggalkan parti akan berkempen menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Kami tidak mahu pengundi di Bukit Selambau terus diperdayakan dengan tipu helah 'pelakon handalan' daripada PKR.Kami akan turun berkempen habis-habisan demi demokrasi tulen.
Mereka amat kecewa dengan pemimpin PKR khususnya Anwar yang tiada budi bicara untuk mendengar pandangan ahli bawahan yang pernah berjuang bermati-matian demi parti itu.Malah beliau mengibaratkan Penasihat PKR tersebut sebagai 'Firaun dan diktator' ekoran sikapnya itu.
Beliau yang merupakan antara pejuang asal PKR di negeri ini berkata, meskipun pelbagai tohmahan akan dilemparkan kepadanya kerana meninggalkan parti itu, mereka akan tetap dengan asas perjuangan untuk menyuburkan demokrasi.
Ditanya adakah kumpulannya akan berkempen untuk calon BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, katanya, perkara itu akan diketahui sepanjang tempoh berkempen nanti.
Sebenar nya masyarakat India sudah lama tidak mempercayai Anwar sejak keluarnya Nalla Karuppan yang juga Ketua Bahagian PKR Kepong meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu bersama lapan pemimpin PKR berketurunan India kerana ‘tiada tempat untuk kaum India dalam PKR dan sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR dan Anwar sendiri.
Cuba fikirkan, apa yang sudah kerajaan BN lakukan selama ini kepada kaum India. Kita sudah mendapat banyak faedah walaupun cuma golongan minoriti. Malah boleh dikatakan kaum India kini mampu bersaing dengan kaum lain.Selama 50 tahun, hak mereka sentiasa dipelihara di negara ini melalui perjuangan MIC, kerajaan BN telah berusaha memastikan biarpun kaum minoriti, kaum India tidak dipinggirkan.
Tetapi malangnya, emosi menguasai segala-galanya. Kaum India lebih terpengaruh dengan dakyah pembangkang termasuk isu Hindraf. Kini menyesal pun tidak berguna.Oleh itu, saya sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan beberapa penganalisis yang menyatakan kaum India tidak mengundi BN kerana merasakan mereka dipinggirkan.
Berada di luar sistem BN, akan mengheret kaum India kepada keadaan yang berbahaya dalam realiti politik Malaysia.Berikutan itu pelbagai permintaan kaum India dipenuhi termasuklah tambahan peruntukan sekolah Tamil dan pengisytiharan cuti Thaipusam di Wilayah PersekutuanSaya berharap apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran, fikirlah sejauh mana pun buruknya BN ditafsirkan, parti itulah yang telah memastikan sejak 50 tahun lalu nasib kaum India di negara ini terbela. Tiada kaum minoriti India di negara lain yang mendapat kedudukan terbaik sebagaimana di Malaysia. Terimalah hakikat bahawa kita (kaum India) sudah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam pilihan raya kali ini dan jadikan ia pengajaran.
Percayalah di beberapa negeri yang dikuasai oleh pembangkang, saya yakin suara kaum India tidak akan dipedulikan. Siapakah yang bersalah?
LU PIKIR LA SENDIRI....SELAMAT MENGUNDI.....UNDILAH BN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP.
Ya sangat setuju
BalasPadamUNDILAH BN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP DENGAN DUIT RASUAH... opps silap. Bukan RASUAH tapi POLITIK WANG.
Hehehehe.....
Saya berharap apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran, fikirlah sejauh mana pun buruknya BN ditafsirkan, parti itulah yang telah memastikan sejak 50 tahun lalu nasib kaum India di negara ini terbela. Tiada kaum minoriti India di negara lain yang mendapat kedudukan terbaik sebagaimana di Malaysia. Terimalah hakikat bahawa kita (kaum India) sudah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam pilihan raya kali ini dan jadikan ia pengajaran.
BalasPadamYOU MUST BE JOKING RIGHT???? OR PLAIN STUPID!!!!
saudara, kamu bolihlah cerita begini kerana kamu sudah ada semuanya! cubalah sekali kamu lihat yg bukan melayu sebantar, dapat markah bagus pun tak dilayan di university, kerja pun hampir semua untuk melayu, lagi mau bilang apa lagi??
BalasPadamRezeki kamu baik kerana kamu Melayu dan islam dan semua kemudahan untuk kamu kerana UMNO kesayangan kamu, fikirlah kita, apa tak mau fikir ataupun dilarang fikir ataupun tak ingin fikir!!
Itulah, UMNO kini sudahpun mengubah fikiran anda sehingga rasa benci pada kita, tapi kita tak benci namun keliru kenapa kami di abaikan
Lebih rela saya dan ahli keluarga ditipu oleh Anwar dari ditipu oleh UMNO/BN.Sekurang-kurangnya Anwar menipu hanya setahun tetapi UMNO/BN telah menipu seluruh ahli keluarga saya lebih 50 tahun. Sebiji rumah murahpun tak merasa...semua disapu oleh JKKK dan orang BN/UMNO/MCA/MIC...Kesian saya ditipu....
BalasPadamcuba buat analisa dan perbandingan bila membicarakan sesuatu perbahasan ilmiah...
BalasPadam1. Anwar janji nak turun minyak...tapi siapa yang turunkan harga minyak,apa kah Anwar?
-memang anuar tak turunkan harga minyak sebab belaiau tiada kuasa berbuat demikian, tapi beliau tahu bahawa kerajaan mampu turunkan harga minyak, dan ianya terbukti, teori ini akhirnya digunapakai kerajaan sedia ada.
2. Anwar tipu semua rakyat.Suka sangat main belakang alih alih tiga wakil rakyat Perak main belakang Anwar balik..
- kita tak tau apa yang terjadi di perak, malah rasional mengapa ADUN tersebut beralih angin terus jadi tanda tanya, mereka sendiri tidak pernah berani bersuara tentang sebab mereka berbuat demikian, malah timbul berbagai spekulasi, wallahualam...
3. perpaduan komponen BN yang sudah berdekad lamanya terjalin.
-memang diakui, sebab Pakatan baru ditubuhkan sedangkan BN sudah 50 tahun. walau demikian, BN tetap mengalami perang dingin dalam partinya, bukti: Tun Mahathir isytihar keluar parti, Gerakan P.Pinang isytihar putus hubungan dengan Umno dan SAPP keluar BN.
4.‘tiada tempat untuk kaum India dalam PKR.
-bagaimana pula dalam BN? dimanakah tempat kaum india? sekurang-kurangnya PKR melantik bukan melayu menjadi speaker DUN, dan BN?
5. Anwar hanya membela kroni kroni nya sahaja...
-pada pihak BN bagaimana? pemimpin BN pun sama sahaja. projek mega mesti jatuh ke tangan keluarga terdekat pemimpin. pernah dengar soal scomi? rakyat mula muak dengan soal ini.
6. LU PIKIR LA SENDIRI..
-sebelum suruh orang lain fikir terhadap apa yang kita katakan, lebih baik kita fikirkan sendiri terhadap apa yang kita telah luahkan. Muhasabah diri, wasalam....
Di Bukit Gantang kubor UMN/BN sudah digali dan siap tersedia untuk mencampakkkan mereka ke dalam nyer dan dikambuihkan!!! Kerja-kerja menggali lubang kubor, kita tak perlu susah-susah... sebab deme yang dah menggali lubang kobor tu sendiri.....
BalasPadamKome tentu tak percaya.... mana ada orang menggali lubang kubor nyer sendiri. Betoi.... tapi kome tak tau yang deme ini dah dirasuk oleh the ghost of Altantunya..... Itu yang dah jadi macam zombie tu..... buat kerja tak masuk akei!!! Ater.... akei deme pun dah diresapi hantu Altantunya..... itu yang gali lubang kubor sendiri... tanpa deme sedor!!! Komer tengok si Zambry, dia pun cakap dah merapu-rapu... nak terkeluor bijik mata, marah-marah tak tentu hala, macam orang kena rasuk....... huh, rasuk dik hantu Altantunya ler tu.... Jangan main-main.... !!
Itu yang deme takut sangat ke Altantunya.... dia pun berkempen sama.... secara mistik lagi!!! Gerun deme dibuat nyer. Itu sebab bomoh besor deme, keluorkan fatwa... tak boleh seru-seru nama Altantunya.... sebab ikut mazhab deme, perbuatan itu haraaaaaammm!!!!
Lepeh tu, isu tindakan yang diambil oleh Sultan dalam polemik politik dan demokrasi di negeri Peghak pun deme tegah.... Itu mungkin arahan daripada jin deme. Orghang kalau dah buat salah... hidupnyer serba tak kena.... takut tak menentu.... libang libu ati peghut dibuat nyer... Orang sentuh sikit bab tu dah rasa nak melenting..... nak marah.... !! Itu semua tanda jiwa gelisah. Mana tak gelisah nyer..... tahu diri nak mampuih!!! Malah, apa yang deme buat tu .... tanda-tanda orang buang tebiat....!!! Buang tebiat... sebab deme dah nak mampuih... !! Tau tak pe !!!!
Gara-gara takut.... deme fitnah pulak Nizar.. Kalau nak diikutkan, apa yang deme tak buat pada Nizar...!! Fitnah ni dah macam-macam fitnah dan lately ni ler.... sejak kena rasuk dengan hantu Altantunya, deme semakin giler..... sebut benda-benda yang haram. Maleh teman nak tulis, dan buat keghoje dua kali. Kome baca jer kat sini.
Teman rasa... ambik jer semua fitnah deme tu dan jadikan sebagai peluru untuk gasak deme balik... Bior senjata deme makan tuan nyer balik!!! Bior cepat sikit tercabut nyer nyawa deme di Bukit Gantang!!! Itu jer ubat nyer orghang rupa deme tu.....
Eleh... bende-bende rupa itu tak beri kesan apa-apa pada Nizar.... cuma hati kita jer sakit!!! Tapi sebagai pejuang yang berjiwa dan bersemangat kental..... jangan dilayan sangat fitnah-fitnah rupa itu.... Nampak bebenor deme tu perangai macam budak-budak..... kureng otak!!!! Kome pulak, berkempen secara matang..... Rakyat bijak memilih..... malah.... simpati rakyat pasti pada Nizar!!! Babi... anjing tu... sebenornyer mentaliti deme!!! Itu ler agak nyer taraf mentaliti mereka. Entah-entah, anjing babi lagi cergodek...!!! Ei.... memalukan dan menjijikkan, manusia rupa ini!! Patut ler rakyat tolak deme!!!
Ayuh..... rakyat Bukit Gantang... moh kita tolak parti UMN yang para pemimpin dan pengikut yang bermentaliti dan berperangai seperi dua haiwan di atas.
TOLAK.....TOLAK.....TOLAK.... UMN/BN!!!!!!
Undilah......
PAS/PAKATAN RAKYAT!!!!!
SALAM SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN KOMEN...APA YANG SAYA NYATAKAN ADALAH KENYATAAN...TAPI APA YANG DIKOMEN ADALAH FITNAH SEGALANYA...INSYAALLAH BN AKAN TERUS MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT NEGARA INI...
BalasPadamEncik kamal yang dihormati,nampak jelas encik ada kepentingan didalam UMNO dan berkemungkinan besar matlamat encik belum tercapai sepenuhnya.Saya dahulu pun penyokong UMNO juga macam encik so jangan nak temberanglah kat sini tentang UMNO.MALAYSIA telah banyak hasilnya di berikan pada UMNO,tapi apa yang telah UMNO beri pada MALAYSIA?RASUAHHHHHHHHHHHHHHHHHH.
BalasPadam