Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.
Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.
Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya.
"Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.
Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris.
Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.
Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.
"Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula.
"Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.
Sementara itu, PAS tidak bimbang dengan kedatangan Dr Mahathir membantu Ismail dengan alasan beliau tidak lagi berpengaruh luas, apatah lagi parti itu menikmati sokongan bukan Melayu.
Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengaruh tokoh itu hanya di kalangan pengundi Melayu tetapi kecil sahaja.
"Mungkin sebahagian kecil pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi oleh Dr Mahathir," katanya, ketika diminta mengulas rancangan membawa bekas presiden Umno itu membantu kempen.
"Malah perdamaian Dr Mahathir dengan perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hanyalah lakonan sahaja."
Menurutnya lagi, PAS hanya mahu mengekalkan kira-kira 50 peratus sokongan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihanraya ini.
Majoriti pengundi bukan Melayu umumnya, kata Norazli lagi, menyokong Mohammad Nizar.
"Dengan sokongan pengundi bukan Melayu ini, kedatangan Dr Mahathir tidak memberi kesan," katanya.
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
2 tahun yang lalu
SALAM BRO...
BalasPadamTUN TELAH MEMBUATKAN ANWAR LEBIH KEPANASAN LAGI...
HE HE HE....
TUN MAHATHIR BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/tun-mahathir-akan-turun-berkempen-bagi.html
salam gomo...kita serang pakatan hingga lunyai...Insyaallah BN akan berjaya
BalasPadamaku nak tgk jer berjaya tak korang.. hahaha..
BalasPadam