Sebelum Anwar dedah rakyat dah tahu apa yang Anwar nak gemparkan.Ini cerita dah basi.Sebenar nya Anwar takut untuk menghadapi saat saat kekalahan diBukit Selambau.Anwar hanya nak menutup kes liwat nya dari diperkatakan oleh rakyat di Bukit Selambau.Kepada seluruh rakyat Bukit Selambau teruskan sokongan anda kepada BN yang terbukti membawa banyak perubahan.
Semalam Anwar tabur
kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/anwar-tabur-gula-gula-pikat-pengundi.htmlBERITA TERBARU NAJIB BEBASKAN 13 TAHANAN ISA DAN MENARIK BALIK HAK PENYIARAN DUA AKHBAR PEMBANGKANG.
Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau esok, yang dijangka memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.
Pendedahan itu berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pengarah strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut hari ini.
Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam hari ini.
Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri walaupun dibantah keras oleh pihak pembangkang.
Barisan pembangkang pimpinan Anwar menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin, mendesak ditangguhkan pelantikan Najib sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkannya daripada segala salah laku.
Dalam petisyen tersebut, kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menuntut Najib dibersihkan daripada pelbagai kontroversi, termasuk berkaitan kes Altantuya Shaaribuu dan pembelian kapal selam Scorpene.
Walaupun didesak berulangkali oleh pemberita, Saifuddin enggan mendedahkan butir-butir lanjut mengenai pendedahan tersebut.
Sebaliknya beliau hanya menegaskan bahawa pengumuman Anwar esok "satu pendedahan yang amat besar."
"Tunggulah esok," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA