tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 5 April 2009

UMNO AKAN KALAH SEKIRANYA NIZAR BUKAN CALON BUKIT GANTANG



Umno akan menerima kekalahan sekiranya Pas tidak mendengar nasihat DAP yang mahukan Nizar bertanding di Bukit gantang.Disebabkan DAP adalah tuan pada Nizar PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP walaupun PAS tahu Nizar akan menerima pukulan dari Umno disebabkan banyak tindakan Nizar tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di Perak.Ini menjadi satu kelebihan pada Umno dengan rekod Nizar yang tidak membanggakan rakyat perak dan berdasarkan majoriti kecil 1,566 undi yang diperolehi bekas wakil rakyat Pas, Allahyarham Roslan Shaharum di kawasan P059 ini semasa gelombang politik melanda negara pada pilihan raya umum lalu.

Dengan slogan utama 'Mohon Restu Rakyat', wajah calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang diletak berselang seli dengan wajah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, dapat dilihat terpampang pada poster-poster besar di sepanjang jalan dari bandar Taiping hingga ke Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang - tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bukit Gantang.

Poster dan bendera Pas juga sama meriah. Namun berbeza dengan pilihan raya yang sudah-sudah, slogan 'Membangun Bersama Islam' tidak lagi kelihatan di mana-mana.Sebaliknya yang menggantikan adalah poster calon juga mantan menteri besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bersama slogan baru 'Pas Untuk Semua'.Tidak pasti sama ada itu adalah pendirian terbaru parti itu atau hanya slogan untuk menghadapi pilihan raya kecil kali ini.Ini menandakan PAS sudah tidak bersungguh sungguh untuk melaksanakan dasar Islam dalam pentadbirannya nanti ,mungkin juga PAS takut dengan amaran DAP yang DAP tidak mahu PAS melaksanakan dasar Islam dalam kerajaan mereka nanti.

Namun VCD Nizar: Negara Islam Bukan Perjuangan Pas yang mengandungi rakaman kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berlegar di segenap pelosok. Malah, mungkin sudah menemui penyokong Pas di kubu kuat parti itu di Ayer Kuning, Tebuk Terung dan Sungai Rotan.

Poster, kain rentang dan sepanduk baru di samping risalah dengan mesej yang lebih ganas mula kelihatan. Antaranya "Insaflah Pas," "Berhenti guna agama," "Tolak Pas - Idok le teman derhaka Yeop" dan "Tolak Nizar penderhaka."

Kelmarin, UMNO membuat laporan di Balai Polis Changkat Jering selepas dokumen dengan kepala surat parti itu tersebar kononnya penduduk dijanjikan RM1,000 kepada sesiapa yang sukarela menjadi sebahagian jentera BN.Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ia taktik kotor pembangkang yang kian terdesak ekoran momentum sokongan yang meningkat terhadap BN.

Seperti biasa, ceramah anjuran Pas memang hangat. Menghidangkan isu-isu sensasi dan kontroversi serta pelbagai tuduhan konspirasi - walaupun tanpa fakta - senang-senang sahaja tapak ceramah parti itu dipenuhi sehingga 300 penyokong termasuk yang datang dari luar kawasan Bukit Gantang.

Ceramah BN seperti biasa, lebih kepada fakta dan berbentuk penjelasan. Namun kehadiran penceramah seperti bekas Angkatan Muda PKR bersama pendedahan-pendedahan dalam parti itu sedikit sebanyak berjaya menarik penduduk untuk mengikutinya.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah relevannya? Bagi penduduk Perak kebanyakannya dan pengundi Bukit Gantang khususnya, pilihan raya kecil kali ini sepatutnya bukan medan menguji populariti. Soal siapa lebih popular antara Ismail Saffian dengan Mohammad Nizar tidak penting sebab yang lebih mustahak ialah siapa yang dapat lebih berkhidmat kepada pengundi.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, tentu sahaja Mohammad Nizar tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada Parlimen Bukit Gantang - yang di bawahnya pula ada tiga lagi kawasan DUN yang luas.Ismail mempunyai kelebihan kerana sebagai anak tempatan, mengetuai jentera pilihan raya UMNO di Bukit Gantang pada 2004 dan 2008, beliau mengetahui selok-belok dan ceruk pelosok daerah ini.Umpama orang berpoligami - pengundi Bukit Gantang terpaksa berkongsi kasih jika memilih bekas MB. Tumpuan bagaimanapun tidak akan berbelah bagi kalau Ismail yang dipangkah 7 April ini.

Satu perkara yang pasti, nama Anwar tidak relevan langsung bagi pengundi Bukit Gantang.Apatah lagi episod 'rampasan kuasa' bermula dengan agenda 16 September yang diuar-uarkannya sejak 8 Mac 2008 menjadi punca keadaan tidak stabil di negeri ini sejak 11 bulan lalu.

AKHIR SEKALI...KEPADA SELURUH PENGUNDI BUKIT GANTANG....PILIH LAH PEMIMPIN YANG DAPAT MEMBERI KHIDMAT YANG BAIK AGAR SEGALA KEMUSKILAN KITA NANTI DAPAT DISALURKAN DENGAN LANCAR TANPA ADA SATU PUN HALANGAN .PERJUANGAN BN ADALAH MEMBELA RAKYAT.

KITA RENUNG RENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

22 ulasan:

  1. So, undilah Nizar Jamaluddin...Takbirrr...!!!

    BalasPadam
  2. NIZAR DENGAR NASIHAT DAP DARI NASIHAT SULTAN

    BalasPadam
  3. Betol tu bro setelah gua renung dan gua fikirkan kata-kata lu,Jikalau gua jadi pengundi di bukit gantang gua akan undi DS NIZAR.Sebab lu en kamal lu punya cakap macam itu akar kayu ara berbelit-belit.

    BalasPadam
  4. nizar pemimpin yang berwibawa dan zambry pemimpin yang terbawa....TAKBIRRR!!!!

    BalasPadam
  5. ini blog deme kamal, ikut suka demelah. tapi mungkin tak sama dengan pandangan pembaca. pembaca akan baca/komen sekali saja, dan deme ada peluang:
    1. delete komen pembaca.
    2. kutuk pandangan pembaca

    jgn lupa, kes nizar belum selesai di mahkamah. sultan juga patut putuskan lebih bijaksana dgn undi tidak percaya dlm DUN Perak, kalaupun tidak buat PR baru. Oh ya, deme mungkin tak pernah dengar siapa tokey proxy Lembaga Pengarah GAMUDA ye?

    akhirkata: teman 4 beranak balik dari KL ptg esok untuk undi nizar di Bukit Gantang. 4 solid votes, i repeat. wassalam.

    BalasPadam
  6. sila beri fakta apa yang anda tulis...kalau ada fakta yang benar baru teman caya yeop

    BalasPadam
  7. fakta apa?nizar derhaka sultan bukan fakta ,nizar hanya boneka bukan fakta

    BalasPadam
  8. UMNO lebih derhaka! Ada ke patut Sultan dipanggil Natang(Binatang)!

    BalasPadam
  9. pru 12 pn pas dah guna slogan pas tuk semua...
    lu guna isu lapukla bro...
    jahanam lu...lu ngam setan xda beza

    BalasPadam
  10. Lepas pilihanraya nanti kita sama-sama nilai balik aper yg penulis ni cakapkan...Di selangor sebelum ni pon sama juga BN kata mereka akan menang tapi apa sudah jadi??

    BalasPadam
  11. siapa yang panggil sultan natang...beri fakta..bukan sedap cakap je..saya dengan setan memang ada beza..siapa yang berkawan dengan setan ..bukan lu punya TG...insyaallah lepas prk nanti kita nilai balik..salam semua

    BalasPadam
  12. panjang lebaq hangpa sembang no. aku nak celah jugak.

    kamal: hang memang baguih tulis novel atau cerpen, tahniah: amat berbakat.

    nizar: aku kenai dia, dia selalu round kawasan dia sbb aku dok manjung. mmg dia selalu imamkan solat di masjid/surau mana2 pun. tempat org india ka, cina ka dia tak lupa. dia mmg ada kelebihan bahasa. hang tak kenai dia kot kamal?

    ismail:aku kenai dia, aku tau apa dia buat dgn projek MDM / MPM dekat 10 tahun dia dok situ. ismail toksah pemuhong kata dia 'amanah' dalam kerja dia. ptuih. sebab aku dok manjung. hang kenai ka dia kamal?

    jangan tulih apa2 yang hang tak tau, kamal.. buat berdosa saja.

    ikhlas dari aku yg lebih tua dari hang:

    merton manjung

    BalasPadam
  13. Encik, have you read histoy before, i bet you dont, cause you dun even noe malaysia history..do u noe who is abdul rahman? I hope you noe he is bapa kemerdekaaan...how stupid are you to call nizar derhaka, who are the one who derhaka last time...UMNO... pls read history..i agree u are uneducated... wat diploma are u in? or are u just spm leaver...?

    BalasPadam
  14. Ini lah dia masaalah besar orang UMNO. Orang saperti Tun M yang belesah parti cukup-cukup, termasuk PM baru, Datuk Najib, di sanjung tinggi. Macamlah, UMNO ini, bankrup idea dan kepimpinan, Perlunya sekarang, seorang yang mempunyai agendanya yang sendiri, untuk datang menolong memimpin UMNO sekali lagi! Betulkah tanpa Tun M ini, UMNO akan sesat jalan.Sedihnya. Buka lah mata wahai saudara di UMNO. Betul kata Tun M, "melayu mudah lupa", apa lagi, orang UMNO yang begitu gila kuasa. UMNO tak kan berubah!!!

    BalasPadam
  15. Salam,
    En.Kamal,kita tunggu lepas 7hb ni..saya amat yakin BN akan kalah di Bukit Gantang..drp feedback drp pembaca blog En.Kamal pun kita dah boleh nampak suara rakyat,sedarlah wahai En.Kamal..jgn bersikap partisan wahai En.Kamal,pilih lah yg terbaik utk masa depan negara kita,yg pastinya bukan BN!

    BalasPadam
  16. Fakta apanye kamal!
    Bukan pengikut-pengikut Idris Jusoh, orang-orang UMNO rentang kain banner'Kami nak Deris Natang'
    Hang ni tolol dan bahalol lah kamal.

    Mamak Kutti masuk UMNO, tak puas-puas lagi tipu orang Melayu. Dulu haramkan UMNO, tubuh UMNO Baru sebab dah nak kalah lawan Tengku Razaleigh. Tu pun menang sebab cawangan tak berdaftar, penipu!
    Zaman Mamak Kutti lah UMNO rosak, korupsi berleluasa, badan kehakiman dinodai, kekebalan raja dihapuskan! Kunun-kununnya Nizar penderhaka, tetapi UMNO yang lebih derhaka. Mamak Kutti lah yang mengajar pengikut-pengikutnya derhaka pada raja! Adakah patut Sultan dipanggil ‘Natang”(Binatang)
    Hapuskan UMNO di bumi Malaysia bertuah ini.
    Jom kita sama-sama keluar mengundi pada 7 hb ni, kita undi Dato Seri Nizar, kita KUBURKAN UMNO! Insyallah

    UMNO- dulu, kini dan selama-lamanya korup!

    BalasPadam
  17. Nizar adalah Tun Perak Moden!
    Tun Perak pernah mengucapkan 'Sembah Derhaka, Tuanku' kepada Sultan Melaka kerena beliau tidak menjalankan perintah tuanku Sultan Melaka untu membunuh Hang Tuah. Tun Perak diketahui umum seorang yang bijak, bertindak mengikut akal. Hang Jebat seorang yang bertindak mengikut nafsu, sementara Hang Jebat seorang yang setia membabi buta!
    Fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  18. aku tengok semua komen diatas sokong PR kesian kat kamal ni,takdak sapa nak tolong dia....
    kalau hang tau malu pi la terjun laut....
    kalau tak hang pi pinjam topeng dari sapa2
    zorro ka atau blogger topeng perak dari BNP...

    BalasPadam
  19. En.Kamal,

    Anda ni sudah biasa membohong, dibohongi dan terbohong...tu yang menjadikan apa saja konon sebagai fakta tetapi yg nyata fakta dinafikan lak...orang macam kau ni, tak payah cakap lah...kalau bukan kerana nilai RM dari pihak tertentu...pasti kau tidak macam ni...nak fakta? Cuba pi sholat hajat dan minta petunjuk dari Ilahi...ha! PALING ELOK JAM 2AM ke tanpa sapa pun tahu kecuali engko dan ALLAH SWT...

    Lepas tu lu fikirlah sendiri...

    BalasPadam
  20. INSYALLAH BN AKAN MENANG JUA AKHIRNYA ..RAKYAT TAHU SIAPA SEBENARNYA NIZAR.UMNO kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menggunakan taktik kotor termasuk menyebarkan fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

    Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan jahat parti pembangkang itu menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.

    ''Saya agak dukacita kerana parti lawan telah main kotor menabur fitnah dengan membuat pelbagai surat layang serta risalah yang kononnya datang daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    ''Ini adalah perbuatan jahat, berniat tidak baik kerana mungkin mereka merasa tertekan berikutan angin perubahan sedang berlaku di Bukit Gantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    BalasPadam
  21. aku membesar dgn pemerintahan che det..aku kagum sbb dia ada bawa perubahan..tapi aku benci juga dia sbb bnyk projek,kroni yg dpt..pernah pi kilang ais?tmpt lahir che det?semua sedara dia kat sana kaya raya..dari pemandu bas,trus dpt title dato'..aku dibesarkan oleh family yg totok bn,tapi aku guna otak utk berfikir..aku dpt phd sbb usaha aku,dgn bantuan duit kerajaan yg dpilih rakyat,bkn duit umno@bn..aku kerja truk2 tapi gaji tak seberapa..jiran aku,adun BN(BAYU kedah)..dulu pakai kancil putih..3 bln jadi adun wakil bn,renovation rumah rm300,000=x trail rm150,000!pandai,melawat kwsn bayu yg jauh dr umah dia,naik kancil..aku pun nak jadi wakil rakyat bn juga!boleh tanya sendiri penduduk2 jln pegawai alor setar..

    BalasPadam
  22. tuan punye blog ni harus memperbanyakkan lagi bacaan...nampak sgt cetek ilmu..lau mcm tu si che det tua kutuk tu pun lagi boneka..bagi gunung, bukit, pulau..semua kat tokey2 Cina..

    akan sambung selepas malam 7hb april ni...chill bro lau BN kena sapu malam tu..

    Takbirrrrr....!!!

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH