tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 2 April 2009

PENGUNDI BUKIT GANTANG DITIPU PEMBANGKANG HIDUP HIDUP - malaysiakini





Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09

Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 07"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

7 ulasan:

  1. Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

    saya suka statement di atas. Adakah tarian itu merupakan budaya Cina? Yang saya tahu, tarian itu menyerapkan unsur dari Barat. Tarian Cina lebih sopan dari tarian seksi itu. :hehe:

    Boleh berikan bukti jika tarian seksi itu adalah budaya sebenar Cina? :)

    BalasPadam
  2. sejak bila tarian seksi menjadi kebudayaan orang Cina Malaysia.?????

    BalasPadam
  3. kalau nak ikut budaya cina, kenapa tak bawa kumpulan kebudayaan cina, ini pulak bawa penyanyi seksi macam kat kelab malam je, nampak sgt ini budaya amno.

    BalasPadam
  4. kenapa laman bodoh ni boleh wujud huhuhu menyedihkan kerana korang pasti dilaknat ALlah..

    BalasPadam
  5. SALAM SEMUA...APAKAH APA YANG DI SIARKAN INI BUKAN KEBENARAN...PEMBANGKANG YANG MEMUTAR BELIT DUNIA MENJADI SONGSANG...SEMOGA KITA SEDAR PERMAINAN MEMUTAR FAKTA OLEH MUSUH MUSUH iSLAM .

    BalasPadam
  6. a'a...betul tu..tahu putar belit je kan..menteri kitorang mmg cmni, suka hiburan la..kalu xde hiburan, mn la menteri ktrg nk dtg..org2 kg pn xnk dtg...ni asyik wat ceramah je, pastu dok ngate org. tgk DS Ahmad Zahid...berjiwa rakyat, fhm kehendak pnyokong BN..wlpun dia perjuangan ISLAM HADHARI, dia ttp wat hiburan. korang xsuka..BLAH la!!ktrg BPN sokong DS..HIDUP DS..teruskan lagi hiburan kt yg lbh seksi..kt gegarkan BG yang ketinggalan tu...bia ade HIBURAN lg DS...HIDUP UMNO...HIDUP BN!!!

    BalasPadam
  7. Ini bukan budaya cina, ini budaya MCA yang kuat makan duit dan merampas tanah.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH