TAIPING 29 Mac - Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan perkara yang benar berkaitan peralihan kuasa yang berlaku di Perak.
Berbeza dengan pakatan pembangkang yang dijangka menggunakan taktik meraih simpati ekoran keadaan tersebut, BN tidak akan sekali-kali memainkan sentimen yang akan membuatkan pengundi rasa bersedih.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN yakin usaha berkenaan akan menempa kejayaan kerana rakyat dan pengundi di Bukit Gantang sudah bijak, bersikap rasional dan boleh berfikir dengan baik.
''Kita sedar ada tuduhan daripada pembangkang adalah tidak berasas, mereka melakukan itu untuk meraih simpati. Mereka nampaknya tidak melakukan perkara yang betul iaitu mematahkan hujah BN.
''Mereka tidak sepatutnya meraih simpati rakyat. Kita akan buat penjelasan dengan fakta dan undang-undang yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Ismail Saffian ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Pengarah bagi tiga pilihan raya kecil; Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air berkata, usaha memberi penjelasan itu walaupun agak sukar namun ia terpaksa dilakukan supaya rakyat tahu situasi sebenar.
Jelas beliau, ia juga merupakan satu cabaran bagi BN yang berhasrat meneruskan agenda membela nasib rakyat di negara ini.
''Rakyat perlu sedar... kalau kerajaan negeri sekarang tidak sah, ini bermakna kita tidak boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Lihatlah betapa banyak kerja telah dilakukan oleh kerajaan negeri BN sekarang.
''Kerajaan negeri sekarang memang berfungsi dan ini berbeza dengan Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau nyata sekali sudah tidak ada di pejabat, malah banyak tindakannya yang telah melanggar undang-undang," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, penggantungan akhbar Pas, Harakah dan akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mereka jelas melanggar undang-undang dan Akta Percetakan.
Jelasnya, tidak ada mana-mana pihak yang melebihi undang-undang dan ini termasuklah media pembangkang atau media pihak mana sekali pun.
''Perkara itu tidak boleh dijadikan isu semasa kempen pilihan raya kecil ini kerana kalau tidak puas hati boleh buat rayuan.
''Ini (penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan) bukan tindakan yang sewenang-wenangnya, ia dibuat mengikut undang-undang," katanya.
kesian kt hgpa...
BalasPadamkesian kat hgpa..
BalasPadam