Pas dan juga nizar akan disemadikan pada prk di Bukit Gantang nanti.Itulah yang akan rakyat lakukan pada sipenderhaka dan pengkianat bangsa melayu ini.Sudah lama rakyat menanti untuk semadikan penderhaka nizar dan inilah masa yang paling sesuai untuk terus rakyat menghapuskan suara suara derhaka dari bumi perak ini.
Apakah sebenarnya niat Pas meletak an Nizar di Bukit gantang.Apakah Pas sudah berkerat rotan dengan Istana .Mungkin Pas ingin mengajar pihak Istana agar Istana mengikut telunjuk pembangkang.
Mungkin juga Pas sudah mendengar pandangan DAP yang mahukan Nizar bertanding di Bukit Gantang ini.Ini menunjukan Pas adalah parti yang tamakan kuasa kerana sanggup meletakan nizar walaupun nizar adalah seorang ahli DUN Perak.
Apakah Pas masih tidak sedar yang mereka hanya menjadi kuda tunggangan DAP yang mahu melihat umat melayu berpecah belah dan mahu melayu menderhaka pada sultan Perak.Nampaknya hasil kerja DAP untuk melihat bangsa melayu terus mundur dan menjadi bangsa yang lemah akan berhasil bila bangsa melayu itu sendiri sering bertelagah dan bermusuhan kerana perbezaan idologi politik.
Ingatlah bangsa melayu sudah jauh dihanyutkan dek permainan politik yang kalau tiada menemui jalan nya akan menengelamkan terus bangsa melayu itu sendiri.Sebenarnya bangsa melayu dan juga rakyat Malaysia ingin melihat kesemua pemimpin melayu yang berlainan idologi mahu pun prinsip perjuangannya dapat bersatu dalam satu wadah perjuangan bagi melonjakan kekuatan bangsa untuk menjadi satu rumpun yang kuat pegangannya.
Akhir sekali ,sebelum rakyat memilih ingatlah yang bangsa melayu tidak mahu menjadi bangsa yang menderhaka dan bangsa yang akan hilang kuasa ditanah air nya sendiri.Apakah kita bangsa melayu ingin menjadi bangsa yang menumpang ditanah airnya sendiri.KIta tidak mahu anak cucu kita akan menjadi bangsa yang menumpang dinegara kita sendiri.
Jadi sebelum kita memilih ,pilihla kerajaan yang mampu untuk mengangkat bangsa melayu untuk menjadi bangsa yang berdaulat dan jangan pilih yang akan menghapuskan kedaulatan bangsa.Renung dan fikirkan la.
LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
lawak...macam lawak nabil..
BalasPadambelajar2 ler tengok gambar..di blog lain..
sokongan rakyat ada dimana2...
Bro jangan terlalu yakin..Cuaca tidak semestinya cerah sampai ke petang mungkin hujan di tengahari..Pak Menteri Kebinet juga jangan terlalu ramai turun padang susah pekerja parti mahu jumpa pengundi pasal mahu layan Pak Menteri..
BalasPadamTapi nampak sedikit harapan pasal calon bekas Pegawai Kerajaan dan berpengalaman dalam politik.. Semoga Berjaya !!!