tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 22 Mac 2009

KHAIRY DIUGUT RM100,OOO.OO

Khairy diugut RM100,000.00





Bro Jinggo

Naib timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penerbitan buku yang bertajuk “ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin” kerana telah mengugut beliau dengan bayaran wang sebanyak RM100,000.00. Yahya Ismail yang juga penerbit buku berkenaan telah datang bertemu mengugut Khairy bahawa sekiranya Khairy gagal membuat pembayaran beliau akan menerbitkan buku tersebut.Tujuan buku tersebut diterbitkan ialah untuk dihantar kepada semua perwakilan UMNO Malaysia kerana kandungan buku tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy yang cuba memberi imej buruk kepada perwakilan beliau.

Beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail berkata bahawa beliau ditaja oleh musuh-musuh politik Khairy dalam umno sendiri.

Di sini berlakunya ugutan dan khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang ugutan walaupun Yahya meminta beliau membayar sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak dicetak , dijual dan diedarkan kepada perwakilan.

Kata Khairy beliau mempunyai pendirian bahawa beliau tidak perlu membayar pada buku tersebut kerana, ini ialah ugutan politik dan beliau berpengang pada prinsip beliau bahawa tidak akan tunduk pada mana-mana pihak yang meminta atau memaksa beliau dalam bentuk ugutan black mail untuk memenuhi permintaan mereka yang sebelum mengeluarkan buku dan juga bahan-bahan yang boleh memburukkan kredibiliti beliau.

Khairy berkata, bahawa penting bagi beliau untuk membawa kepada pengetahuan umum terutamanya kepada perwakilan Pemuda UMNO Malaysia bahawa buku ini sebenarnya tidak ada kredibiliti kerana buku ini ditaja dan kedua tidak ada kredibiliti kerana penulis ini telah meminta wang dari beliau sebelum buku ini diterbit dan dicetak.

Disini kita tahu bahawa ada unsur ugutan secara black mail dan penulis buku tersebut sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran sebaliknya mencari keuntungan peribadi.Pihak Khairy telah mengenal pasti mereka yang berada dibelakang penerbitan buku ini. Yang untung adalah Yahya Ismail yang mana telah menerima wang dari mereka yang menaja dan mengharapka agar Khairy pula membayar wang kepada beliau. Inilah kekotoran hidup seorang penulis yang bernama Yahya Ismail.

You might like these stories:
Get this widget · LinkWithin











SATU LAGI USAHA PIHAK PIHAK YANG INGIN MELIHAT KHAIRY GAGAL DALAM PERJUANGAN POLITIK.TIADA ERTI KEGAGALAN DALAM PERJUANGAN KHAIRY UNTUK MENJULANG DAN MEMARTABATKAN PEMUDA UMNO.

6 ulasan:

  1. Khairy nak guna reverse pschology at the last minute.Elok siasat latarbelakang penulis, mungkin telah dibayar Khairy utk berbuat demikian bagi menagih simpati. Amaun yg diminta terlalu sedikit berbanding kekayaan Khairy, susah nak percaya.
    Mudah2an perwakilan tidak terperangkap dgn helah ciptaan Khairy ini.Mustahil semua yg diperkatakan tentang Khairy adalah fitnah.
    Sedangkan telah didapati bersalah masih bolih bertanding,sudah jelas campur tangan Pak Lah.
    Utk masa depan UMNO dan bangsa nyahkan Khairy.

    BalasPadam
  2. Lembaga disiplin umno sudah membuat keputusan yang mana siapa sahaja yang menyebelahi Pak Lah akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib Pak Lah sendiri yang akan disingkirkan dari umno(letak jawatan).Suratan atau kebetulan.

    Apakah keputusan LDU sudah di rancang terlebih dulu untuk menyingkirkan siapa sahaja yang rapat dengan Pak Lah .Teluskah LDU dalam membuat segala keputusan yang menampakan ada keraguan dalam membuat keputusan.Keputusan dikeluarkan semasa Pak Lah tiada didalam negeri dan kenapa LDU tidak merujuk dulu dengan MT .Suratan atau kebetulan

    Seperti yang telah di nyatakan kepada Lembaga Disiplin, khairy tiada kena-mengena dan tiada pengetahuan langsung mengenai perbuatan yang didakwa dilakukan oleh mereka yang dikatakan menjadi ejennya. Pihak Lembaga Disiplin juga, dalam sidang akhbar semalam, mengakui tiada perkaitan jelas antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dengan khairy. Lembaga Disiplin juga mendapati sukar untuk mengaitkan ejen tersebut dengan khairy. Kaitan kesalahan mereka yang didakwa menjadi ejen khairy juga adalah amat lemah.

    Sekiranya tuduhan terhadap khairy adalah terlalu lemah kenapa LDU masih memberi amaran sedangkan beliau tidak terlibat langsung dalam perkara ini.Apa kah LDU ada agenda atau ada tangan tangan dibelakang LDU yang mahu lihat khairy tersungkur sebelum adanya pertandingan atau kerana khary menantu Pak Lah.

    Nampaknya siapa sahaja yang menyebelahi Pak Lah akan menjadi mangsa LDU.Suratan atau kebetulan.Apakah ini nasib Pak Lah dihujung pemerintahan nya.....sebagaimana yang dialami oleh Tun Ghafar Baba dahulu.Disingkir dengan cara yang halus.Apakah LDU juga mengguna cara halus untuk menyingkirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.Adakah ini suratan atau kebetulan.

    Inilah politik....Politik orang yang dayus...takut untuk menghadapi kenyataan berdepan sesama sebagai seorang pejuang.Sebagai seorang anak muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan yang menonjol sudah sememangnya khairy dicemburui oleh rakan dan juga lawan.Ini dibuktikan oleh khairy bila berdepan dengan pihak pembangkang.

    Jadi inilah masanya untuk menjatuhkan khairy dengan cara yang cukup terancang dan tenang dengan mengunakan pihak lain.Dengan tuduhan yang dihadapi oleh khairy sedikit sebanyak akan menjejaskan kredebiliti khairy di hati perwakilan dan inilah cara yang mudah untuk melumpuhkan kekuatan khairy.

    Alhamdulliah.khairy masih berada dilandasan perjuangan walaupun kredibiliti khairy sedikit sebanyak telah dikoyak koyak agar nampak kepincangan nya.Insyaallah dengan sokongan pemuda yang tahu akan kehebatan khairy tidak mudah untuk perwakilan pemuda menolak kekuatan khairy untuk menerajui kepimpinan pemuda.Kerana khairy adalah pewaris kepada perjuangan kepimpinan pemuda itu sendiri.

    Perjuangan khairy tidak layu dek tangan tangan yang kotor ini.Jangan burukkan kawan-kawan Itulah pesanan Khairy Jamaluddin kepada seluruh perwakilan pemuda.

    Beliau membuat peringatan itu kerana tidak mahu pemilihan yang bakal menyaksikan persaingan antara beliau dengan dua lagi calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membawa perpecahan kepada Pemuda.Bagi Khairy dalam keghairahan untuk memenangkan calon masing-masing semangat setiakawan dalam Pemuda harus dikekalkan.

    Apapun beliau amat berharap perwakilan akan membuat keputusan berasaskan kepada realiti dan bukannya persepsi terhadap seseorang calon. Khairy juga turut memaparkan apa yang ingin beliau lakukan dalam usaha merapatkan hubungan Pemuda dengan rakyat.(baca disini)

    Bro...ini adalah satu lagi konspirasi untuk memusnahkan karier politik Khairy.Apakah Khairy mengunakan tangan tangan dibelakang untuk membela segala tohmahan yang datang dari atas,bawah,kiri,kanan.

    khairy berusaha untuk mencapai visi dan memertabatkan pemuda tanpa ada sebarang tangan tangan yang menolaknya dibelakang.Ini semua adalah satu kekuatan yang ada pada khairy tanpa apa apa pertolongan tangan tangan dibelakangnya.

    Kenapa nak takut untuk berhadapan dengan khairy.Jangan jadi dayus untuk berhadapan didalam perjuangan.Contohi perjuangan khairy yang tidak takut berhadapan dengan musuh musuh politiknya walau diserang dengan berbagai cara untuk melemahkan kesetiaannya pada parti dan bangsa.

    Insyaallah dengan sifat rendah diri dan tanpa ada tangan tangan yang menolaknya ,perwakilan akan dapat menilai mana permata dan kaca.

    BalasPadam
  3. kebanyakan orang tak suka dgn khairy..

    BalasPadam
  4. Siapa yang saudara maksudkan ?...yang tak suka khairy ialah musuh musuh yang iri hati dengan kekuatan yang ada pada khairy...Umno akan hilang suara sekiranya khairy tewas nanti..tapi pembangkang akan lemah sekiranya khairy berjaya memenangi jawatan ketua pemuda...cuba saudara lihat...siapa yang berani untuk berhadapan dengan pembangkan kalau bukan saudara khairy...saudara renung dan fikirkanlah.

    BalasPadam
  5. Bro,

    Perbuatan penulis itu adalah HARAM.

    Wang kutipan dari hasil jualan buku-buku tersebut adalah HARAM JADAH.

    BalasPadam
  6. Lapur kan saja biar lain kali dia tak berani buat ugutan lagi....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH