tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 30 Mac 2009

Ramai calon Bebas petanda kehancuran PR

Serpihan penyokong Pakatan Rakyat turut bertanding bukti penduduk hilang keyakinan

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan bilangan calon Bebas yang terlalu ramai bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau menunjukkan petanda kehancuran Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sebahagian calon Bebas yang bertanding adalah serpihan penyokong PR, sekali gus menunjukkan mereka hilang keyakinan terhadap pemerintahan pakatan itu di Kedah.

Katanya, banyak kelemahan berlaku sepanjang setahun pemerintahan PR di Kedah, mendorong mereka tidak berpuas hati dan sebahagiannya bertanding sebagai calon Bebas apabila ada kesempatan.

"Dulu, sebahagian rakyat menyangka pemerintahan PR lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), tetapi sekarang mereka sedar. Semuanya indah khabar dari rupa. Jadi, undilah BN," katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon BN, PKR dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.

Shahrizat berkata, rakyat juga sudah bosan dengan polemik politik sejak PR mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada BN pada 8 Mac tahun lalu, sedangkan tiada pembangunan dibawa.

Sebaliknya, beliau berkata, BN yang menguasai kerajaan Pusat sentiasa merancang pelbagai pembangunan untuk semua lapisan rakyat tanpa menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan.

"Inilah yang akan kita terangkan kepada rakyat melalui kempen rumah ke rumah. Kita akan memberi penjelasan supaya rakyat tidak lagi terpedaya. Kita yakin dapat merampas kerusi ini berdasarkan sambutan daripada rakyat," katanya.

Naib Presiden Umno yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula menyifatkan calon BN, Datuk S Ganesan, 49, adalah yang terbaik untuk membawa perubahan kepada penduduk kawasan ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi memberi peluang kepada beliau membuktikan bahawa BN adalah sebuah parti berpegang kepada janji untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

"Saya percaya calon BN ini adalah yang terbaik untuk mewakili penduduk di sini dan berharap pengundi memilihnya bagi membolehkan kita merampas kerusi Bukit Selambau daripada PKR," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Umno yang sudah merapatkan barisan selepas Perhimpunan Agung Parti berakhir kelmarin akan turut membantu membawa kemenangan kepada calon BN di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yakin ramai calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil itu tidak akan menjejaskan peluang PR.

Beliau berkata, kehadiran ramai calon Bebas itu sudah dijangka kerana mereka ada datang berjumpanya sebelum ini dan mendakwa mereka mempunyai sokongan padu daripada pengundi.

"Mereka seronok hendak bertanding, biarlah mereka bertanding kerana ini negara demokrasi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mahadzir Khalid, berkata BN mampu merampas kerusi DUN Bukit Selambau kerana rakyat sudah mulai muak dengan konflik dalaman parti Pakatan Rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, perubahan dalam pucuk pimpinan Umno selepas perhimpunan parti itu yang berakhir kelmarin, turut akan membantu kemenangan calon BN.

"Petanda paling ketara parti pembangkang sedang berdepan konflik dalaman ialah apabila ramai penyokong mereka bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil kali ini," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kemenangan kali ini tidak mustahil jika semua jentera BN sama ada peringkat negeri atau nasional bekerjasama berkempen untuk calon BN.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata perubahan ketara pucuk pimpinan parti mampu mengubah senario pilihan raya kecil kali ini.

Beliau berkata, berdasarkan soal selidik kekalahan BN pada dua pilihan raya kecil sebelum ini, iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu berikutan kemarahan pengundi yang mahukan perubahan pucuk pimpinan.

"Pemuda akan mempergiatkan kempen dengan bertemu kumpulan sasar yang bukan saja pengundi atas pagar tetapi kumpulan yang berasa marah atau kurang selesa sehingga berlakunya tsunami politik pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata, pemilihan Umno yang berakhir kelmarin menyuntik semangat baru dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa BN benar-benar mahu melakukan pembaharuan.

"Apa yang berlaku kelmarin (pemilihan Umno), benar-benar memberi keyakinan kepada kami dalam jentera Pemuda berasakan semangat untuk kita bekerja dengan lebih gigih," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH