Apakah sudah ada bibit bibit perpecahan didalam parti pas yang selama ini tenang bagai tiada sang buaya didalam nya,ku sangkan panas hingga kepetang rupanya ribut petir ditengahari.
Apakah presiden Pas juga akan menerima nasib sebagaimana nasib Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa melepaskan jawatan presiden parti yang disandang nya .Rasanya tidak mustahil perkara ini akan menimpa TG Haji hadi berikutan kenyataan TG mengenai pembetukan kerajaan perpaduan yang telah disyorkan oleh TG bagi menyelesaikan kemelut umat melayu ketika ini.
Dengan kenyataan TG Nik Aziz yang mengatakan yang beliau adalah Nakhoda parti Pas, sedikit sebanyak membuat penyokong penyokong parti Pas merasakan yang TG Haji Hadi sudah tidak sehaluan dengan perjuangan Pas dengan rakan rakan didalam pakatan rakyat.
TG Nik Aziz menyifatkan agar tidak terlalu ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan yang berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan pada ahli ahli dan kredibiliti parti Pas itu sendiri.
Bagi saya TG Haji Hadi seorang yang memahami situasi dimana orang orang melayu tanpa memikirkan dari parti mana telah semakin hilang arah hala tuju disebabkan pertelingkahan kuasa oleh ketiga tiga parti ini.
Mungkin TG Haji Hadi sudah dapat merasakan kekuatan bangsa melayu itu semakin hari semakin hilang kekuatan politiknya sehingga ada pihak pihak yang berani mencabar kedaulatan institusi raja raja melayu yang selama ini ada payung dan simbol kekuatan bangsa melayu itu sendiri.
Kalau TG Haji Hadi merasakan perlu penyatuan parti parti politik orang orang melayu sudah tentu ada didalam kalangan pemimpin parti Pas itu sendiri tidak merasa senang dengan kenyataan TG Hadi ini.
Bagi saya siapa nakhoda dan siapa yang berkuasa didalam parti Pas itu ada lah perkara kedua kerana perpaduaan orang orang melayu itu adalah satu agenda yang patut dimula dan drealisasikan agar bangsa melayu tidak lagi ditindas ditanah melayu itu sendiri.
MALAYSIA NEGARA PERPADUAN (3/3/09)
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA