Dengan slogan Pemuda Umno Pemuda Yang Berani Untuk Berubah Atas Semangat Setiakawan seluruh kekuatan pemuda umno dengan semangat yang membara akan menggempur ketiga tiga prk untuk memastikan perjuangan Umno dan BN akan diterima oleh seluruh masyarakat dan penggundi di tiga tiga kawasan berkenaan.
Dalam kepimpinan pemuda yang baru ini diharap kesemua pemuda akan terus bersatu dan melupakan apa yang dilalui selama ini hinggalah tamat pemilihan KP.Kita lupakan persengketaan ,kita lupakan permusuhan .Pemuda tiada masa untuk bersengketa kerana pemuda harus membuktikan dengan semangat SETIAKAWAN PEMUDA PERLU BERANI UNTUK BERUBAH kerana sekiranya pemuda masih dikepompong yang lama sudah pasti pemuda akan rebah.
Bagi saya perebutan jawatan adalah soal kedua,yang penting kita mesti bersatu untuk memastikan kemenangan ketiga tiga prk akan berpihak pada calon BN.
Tidak timbul siapa menang siapa kalah kerana yang penting bukan individu tapi umno perlu kukuh demi masa depan bangsa melayu dan rakyat Malaysia amnya.Jangan lah selepas selesai pemilihan ini kita masih lagi bersengketa sesama sendiri.Ini akan membuatkan pemuda akan lemah dan akhirnya akan rebah dek ketidakepuasan hati .Yang menang bukan mendapat segalanya dan yang kalah bukan lah penamat untuk terus menyokong perjuangan Umno.
Apakah sebelum pemilihan sahaja kita laungkan pemuda berani berubah dan setiakawan.Wahai pemuda,bangun lah sebagai pemuda yang berani untuk berubah demi setiakawan yang sejati,Insyaallah pemuda akan menjadi pendukung wawasan pada anak anak bangsa ....SELAMAT BERJUANG......
PEMUDA UMNO PEMUDA YANG BERANI BERUBAH DEMI SETIAKAWAN YANG SEJATI.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA