Kalau betulah pakatan rakyat tidak berdaftar bermakna pakatan adalah satu pertubuhan yang haram.Haram macam LTTE kat SRI LANKA tu la ye?Jadi perlulah rakyat sendiri yang mengambil tindakan pada prk nanti dengan tidak menyokong perjuangan mereka.Dah haram sapa nak sokong.Hindraf je la yang sokong sebab mereka juga haram .(memang bengap betul pemimpin pakatan ni)
Macam mana nak jadi pemimpin,soal undang undang pun tak faham.Mungkin pakatan nak jadikam malaysia ni pekan cowboy je..boleh buat apa saja tanpa siapa yang melarang.(memang bengap betul pemimpin pakatan ni)
Pakatan akan terkubur jika Anwar disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya,Mohd Saiful Bukhari Azlan,23,pada 26 jun tahun lalu,si unit 11-5-1,Desa Damansara kondominium,No,99,Jln Setiakasih,Bukit Damansara disitu.Berani buat berani tanggung.
Pakatan akan terkubur sekiranya cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya Umno dan Pas (PKR tak layak sebab jika terbukti yang Anwar bersalah dalam kes liwat apakah layak Anwar menjadi pemimpin).Presiden Pas telah mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitu semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara.Kalau jadi pembentukan kerajaan perpaduan Pas juga akan terkubur.Dewan pemuda Pas juga menyokong penuh cadangan presiden Pas agar semua parti politik bersatu bagi mewujudkan kerajaan campuran.
Rakyat akan menguburkan Pakatan pada prk nanti kerana rakyat tidak memerlukan pemimpin yang menderhaka pada sultan.Apakah wajar rakyat melantik Nizar sebagai pemimpin yang penuh dengan dendam kesumat .Rakyat perlu menolak Nizar kerana sekiranya rakyat memberi peluang pada Nizar sekali lagi alamat hancurlah Bukit Gantang kerana Nizar akan mendengar arahan Dap dari mendengar keluhan rakyat.(Rakyat perlu sedar,Dap menggunakan Nizar untuk merampas hak hak orang melayu.(memang bengap betul pemimpin pakatan ni)
Pakatan akan terkubur ditiga prk nanti kerana Umno sudah berani untuk melakukan perubahan.Dengan konsep Rakyat-Parti-Kerajaan ,Kerajaan memahami denyut hati rakyat dan akan diterjemahkan dalam bentuk dasar untuk melaksanakan kehendak rakyat.Umno dan BN akan diterima oleh rakyat jika pemimpin sentiasa tidak menutup telinga ,membuka mata seluas luasnya agar sentiasa memahami rintihan rakyat.
|
|
Rakyat tidak menolak umno,rakyat hanya mengigatkan pada Umno agar perlu Umno melakukan perubahan yang besar kepada rakyat dan kerajaan.Dan inilah hasilnya rakyat bersama dengan Umno dan BN,anak anak nelayan,anak anak penoreh getah,anak anak buruh,pesawah.peneroka telah diangkat martabat dan telah dapat jawatan dan pekerjaan yang tinggi disebabkan oleh usaha perjuangan Umno yang tidak jemu untuk terus berjuang demi anak anak bangsa.
Pakatan akan hancur kerana menabur segala fitnah.Fitnah adalah racun berbisa untuk manghancurkan bangsa.Akhir akhir ini pemimpin pakatan tidak takut akan kekuasaan ALLAH dengan fitnah disembur dan dilempar merata rata dengan niat penuh nista.Apakah pemimpin pakatan tidak memahami sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.Kepada pemimpin pemimpin pakatan yang jangan lah mengangap pemimpin Umno yang hanya mendiamkan diri dianggap sudah sah melakukan dosa,Lihatlah Firman ALLAH SWT yang bermaksud"Katakan lah telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan ,sesungguhnya yang batil pasti lenyap"(memang bengap betul pemimpin pakatan ni)
Oleh itu janganlah keadilan itu ada dua standard, satu untuk kerajaan dan satu untuk pembangkang jika mana-mana pembangkang dituduh dibawa ke mahkamah, kata pembangkang hakim tidak adil, didakwa menganiaya(memang bengap betul pemimpin pakatan ni) .
Justeru itu jika beginilah tafsiran kebenaran dan keadilan dari kaca mata pembangkang maka ia adalah lebih buruk daripada undang-undang rimba.Yang peliknya inilah pemimpin yang sama sama berjuang bersama Umno dahulu tapi bila sudah bersama dengan pembangkang tiba tiba dianggap bersih seperti malaikat,putih bak bayi yang baru lahir dan hakikatnya rakyat tahu siapa dia sebenarnya(memang bengap betul pemimpin pakatan ni)
AKHIR SEKALI KEPADA SELURUH RAKYAT YANG AKAN MENGGUNDI NANTI,PERGILAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN DENGAN HATI YANG BERSIH NURANI,FIKIRKANLAH SIAPA YANG LAYAK UNTUK TERUS BERJUANG DEMI MENEGAKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KITA RENUNUG RENUNGKAN LAH SEJENAK.
LU PIKIR LA SENDIRI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA