BN dijangka tidak menghadapi masaalah untuk mempertahankan kerusi Dun Batang Air pada PRK yang diadakan pada 7 April ini.BN akan meletakan calon dari parti rakyat Sarawak iaitu Malcom Mussen Lamoh yang bertugas sebagai jurutera diJabatan Pertanian Sarawak.
Sebagai parti kerajaan yang mempertahankan kerusi berkenaan BN perlu bekerja keras agar kemenangan pada PRU 12 lalu dapat dipertahankan dengan majoriti yang lebih besar lagi.Dijangka BN akan mendapat tentangan dari PKR yang mahu melebarkan pengaruh DSAI di bumi Kenyalang yang sememangnya menjadi kubu kuat BN.
BN dijangka akan memperolehi peningkatan majoriti disebabkan tiada isu yang besar untuk dibawa parti pakatan pada pilihanraya nanti.
BN hanya dijangka akan mendapat tentangan yang hebat di dua prk iaitu di Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang dimana BN akan ditentang oleh parti Pas di Parlimen bukit gantang dan parti Pkr di bukit selambau.
Parlimen Bukit Gantang BN telah mencalonkan seorang anak tempatan yang mampu untuk merampas kembali dari parti Pas.Parti sudah ambil perhatian kehendak ahli akar umbi. Ini petanda baik untuk BN agar pengundi dapat menerima anak tempatan sebagai wakil rakyat mereka.Dengan pemilihan Umno yang semakin dekat sedikit sebanyak merencatkan kempen BN di Parlimen ini.
Dengan kejatuhan kerajaan pakatan di Perak ianya akan memberi satu kekuatan pada BN untuk merampas kembali Bukit Gantang.Ini akan ditambah dengan peralihan kuasa antara DS ABDULLAH pada DSN yang akan dilakukan sebelum tarikh ketiga tiga PRK itu nanti.
Ini akan memberi semangat yang baru untuk BN menghadapi ketiga tiga PRK ini dengan semangat mesra rakyat yang menjadi kekuatan BN selama ini.Apatah lagi DSN adalah pengerusi perhubungan Umno Perak yang akan memberi satu semangat pada setiap petugas petugas parti untuk terus berusaha bagi meraih sokongan rakyat .
"Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecahbelah anggota parti, melagalagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.
Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat
Tidak mustahil BN akan mendapat kejayaan yang cemerlang sekiranya setiap pemimpin yang menang atau baik yang tewas pada pemilihan Umno nanti merapatkan semula kekuatan untuk terus berjuang bagi mengangkat kekuatan Umno dan orang melayu amnya.Kerana yang penting adalah kemenangan didalam PRK itu supaya BN akan terus dilihat relevan pada seluruh rakyat berbilang kaum di Malaysia ini.
Bagi Dun Bukit selambau pula BN berkeyakinan akan merampas semula kerusi berkenaan gara gara calon yang telah di lantik oleh Anwar Ibrahim tidak dapat diterima oleh para penyokong PKR.Dengan bantahan para penyokon PKR sendiri ianya akan melemahkan jentera parti PKR yang mana akan ada bilik bilik gerakan akan ditutup sebagai memprotes keputusan Anwar melantik S.Manikumar.
Disini lah BN perlu mengambil kesempatan untuk meyakinkan pengundi yang calon BN yang diwakili oleh S.Ganesan adalah calon yang terbaik untuk mewakili mereka di Dun bukit selambau.
Kesemua jentera parti terutama dari pemuda Umno perlulah bertindak dengan agresif dan pantas untuk menjalankan kempen agar segala permasalahan penduduk setempat akan dapat dikenal pasti kerana inilah yang dikehendaki oleh rakyat.
Untuk mencapai kemenangan yang besar perlulah seluruh pemimpin parti BN turun dan bersedia untuk memberi komitmen agar dapat BN mencapai kejayaan demi suara rakyat diketiga tiga kerusi terbabit.Semoga kejayaan BN nanti akan berterusan dengan perlantikan DSN sebagai PM untuk terus membawa negara ini mencapai wawasan 2020.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
jangan terlalu yakin
BalasPadamyang penting kerja keras dulu..
apa keputusannya, terima dengan hati terbuka
betul tu wak kita kena kerja keras dulu...kalau tidak mana nak dapat hasilnya...insyaallah...
BalasPadambesar juga kemenangan tu? BN menang 3? makan tai
BalasPadam