Kehadiran Tun keperhimpunan Umno memberi satu nafas baru pada Umno dalam menghadapi tiga prk.Dengan semangat akan berubah tidak mustahil BN akan memenangi ketiga tiga kawasan berkenaan.
Tun b erjanji yang Tun akan masuk semula Umno .Ini satu berita yang akan mengembirakan seluruh rakyat yang sayang pada Tun dan Umno.Sudah tentu ini akan memeningkan pakatan yang mana Umno sudah mendapat keyakinan rakyat yang selama ini telah meminggirkan Umno .
Umno perlu mengambil iktibar dari apa yang terjadi di pru 12 tahun lalu agar tidak lagi menyisihkan rakyat.Banyak peringatan yang rakyat sampaikan terutama dari orang melayu yang sememangnya amat menyayangi Umno.
Orang melayu amat menyayangi Umno tapi akan membenci dan terus tidak memperdulikan sekiranya Umno masih tidak dapat melakukan perubahan .
Segala kegagalan lampau perlu di tutupi dengan perubahan agar rakyat dapat merasai yang Umno bersungguh sungguh untuk memperbaiki segala kelemahan pemimpin terdahulu.Ingat ,sekiranya Umno masih gagal untuk melakukan perubahan rakyat akan bertindak dengan menolak BN dalam prk nanti.
Dalam keadaan Umno sudah diterima oleh masyarakat pemimpin Umno tidak boleh leka dek pujian yang akan membawa benana pada Umno dan BN pada prk nanti.Jadi,sebelum rakyat menolak buatlah perubahan yang rakyat mahukan bukan apa pemimpin lakukan.
Rakyat meletakan harapan yang besar pada kepimpinan yang baru agar dapat mengotakan perubahan yang telah dilaungkan.Semoga Umno terus boleh bernafas agar dapat meneruskan perjuangannya demi bangsa agama dan negara.
KEPADA SELURUH PENGUNDI DI TIGA PRK INI ,fIKIRKAN LAH APA YANG PEMBANGKANG LAKUKAN SEMASA MEREKA DIBERI PELUANG UNTUK MEMERENTAH.
RENUNG RENUNG KAN AGAR TIDAK KITA MENYESAL DIBELAKANG HARI.
LU PIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA