Penduduk Bukit Gantang ,Bukit Selambau dan batang air sudah tidak sabar menunggu kehadiran pemimpin pemimpin BN terutama dariUmno yang akan menampilkan pemimpin pemimpin muda yang penuh bersemangat untuk membantu rakyat diketiga tiga kawasan tersebut.
Inilah impian penduduk terutama di Dun Bukit Selambau Dan Parlimen Bukit Gantang kerana selama hampir setahun di kuasai pembangkang tiada apa pembangunan yang boleh dibanggakan oleh penduduk .
Sebaik selesai perhimpunan Umno nanti seluruh pemimpin Umno akan turun ketiga tiga kawasan untuk membantu jentera kempen BN.Dengan kepimpinan yang baru dan Perdana Menteri yang baru sudah tentu penduduk ketiga tiga kawasan ini yakin Perdana Menteri yang baru akan memberi sesuatu yang istimewa pada penduduk penduduk.
Umno dan BN bukan parti yang suka membuat perbagai janji manis sebagaimana pakatan menjanjikan berbaai janji manis yang akhirnya tidak mampu untuk menunaikan.
Pakatan sebenarnya tidak mampu untuk memerentah .Lihat sahaja apa terjadi dengan kerajaan Perak,MB nya hanya menuruti kehendak DAP.Ini kah pemimpin yang rakyat akan pilih di Bukit Gantang nanti.Rakyat dak serik dengan Nizar yang hanya mementingkan satu kaum sahaja tanpa mahu mendengar masaalah kaum kaum yang lain.Apakah nizar takut berhadapan dengan DAP.
Apakah layak Nizar jadi ahli Parlimen Bukit Gantang.Nanti apa lagi hak rakyat yang akan digadai Nizar.Cukup la Nizar sahaja yang menderhaka pada sultan Perak jangan diheret rakyat untuk menderhaka pada sultan.Sultan adalah payung dan pelindung kepada seluruh rakyat negeri Perak.
Begitu juga apa yang wakil rakyat lama Bukit Selambau buat untuk rakyat disana.Sudah dapat menjadi YB mereka lupa dengan rakyat .Yang dicari adalah mencari kepuasan untuk kepentingan sendiri.Inilah sifat tamak pemimpin pakatan terutama dari PKR.Apakah rakyat tak serik pada wakil PKR.Dah kenyang mereka tinggalkan rakyat yang sentiasa inginkan pembelaan.siapa yang susah...rakyat juga yang merasanya.
Kepada seluruh rakyat Bukit Gantang,Batang Air dan Bukit Selambau,gunakanlah kebijaksanaan kita untuk memilih mana kaca mana intan ,jangan kita tersalah pilih anak anak kita yang merana nanti...Ingat hanya Umno dan BN yang tidak jemu membela rakyat...sebelum kita melangkah ,yakin kan diri yang boleh membela rakyat hanyalah BN.
RAKYAT BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR RENUNG RENUNGKAN LAH SEJENAK APAKAH KITA SUDAH SELESA? LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA