Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.
Di Batang Air pula calon BN diwakili olehMalcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang.
Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia.
Di Bukit Gantang BN diwakili olehcalon BN Ismail Safian (Umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.
BN membawa misi merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau manakala berusaha mempertahankan Batang Air. Sudah pastilah ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk Umno merampas semula dua kerusi yang dipegang oleh Pas dan Pkr.BN berkeyakinan akan memenangi semula Dun Batang Air.
Apatah lagi dengan barisan kepimpinan baru UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang sudah pasti berusaha untuk mencalarkan rekod beliau.Bagi pembangkang bukan soal kesejahteraan rakyat yang akan menjadi pertimbangan dalam pilihan raya kecil kali ini, tetapi mereka ingin memastikan Najib, UMNO dan BN dimalukan.
Oleh itu, BN harus turun berkempen habis-habisan bagi memastikan sokongan rakyat memihak kepada mereka. Rakyat perlu diberi penjelasan dengan sebaik-baiknya bahawa BN kini sudah berada dalam kepimpinan baru.Justeru sebarang persepsi terhadap parti itu perlu disingkirkan sebaliknya memberikan semula peluang kepada BN membela nasib mereka.
AKHIR SEKALI KEPADA SELURUH RAKYAT YANG AKAN MENGGUNDI NANTI,PERGILAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN DENGAN HATI YANG BERSIH NURANI,FIKIRKANLAH SIAPA YANG LAYAK UNTUK TERUS BERJUANG DEMI MENEGAKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KITA RENUNUG RENUNGKAN LAH SEJENAK.
LU PIKIR LA SENDIRI.
banner tu panjang sangat perkataan. susah nak baca.
BalasPadam