tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 20 Mac 2009

DARI JANDA BAIK KE LAUT CINA SELATAN

dari pak habib

Pada hari Jumaat 27 Februari, saya sedang duduk di beranda rumah saya di Janda Baik. Sambil itu saya perhatikan pohon-pohon yang telah saya tanam.

Bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan, kerana pohon-pohon yang saya tanam, ada yang sudah berbuah, ada yang berbunga lebat mengharumkan taman bagi pelawat Taman Hana Wadi Hussien. Tidak cukup dengan itu, ada juga pohon yang saya tanam yang telah kuat, tinggi, dan memberikan keredupan disamping hembusan angin yang nyaman.



Namun begitu yang paling menarik hati saya adalah pohon-pohon yang menarik perhatian burung-burung dan rama-rama. Sambil melihat burung yang berbagai warna dan rupa, saya dengar juga mereka berkicauan, dan aluan bunyi-bunyian yang mereka nyanyikan begitu indah sekali bila dipadukan dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Sambil memegang secawan kopi jahe dari Surabaya yang aromanya memenuhi ruang minda saya seakan akan terasa hanyut dalam fikiran. Hebat benar Allah yang menciptakan dunia ini, begitu indah buat manusia, namun tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung-jawab boleh mengakibatkan kucar-kacir. Bila mana saya memikirkan keindahan alam dan peranan manusia untuk bercucuk tanam dan memakmurkan alam ini, saya hampir-hampir terlupa akan penyakit Chikunkunya yang saya deritai. Sudah lebih sebulan ia datang dan pergi, namun belum ada tanda-tanda yang ia mahu pergi buat selamanya. Saya harus mengatakan, virus Chikunkunya yang saya deritai ini sangatlah menyiksakan, lebih-lebih lagi pada umur begini, namun begitu pengajaran yang saya mampu pelajari darinya, mungkin tidak ternilai.

Saya dapati bahawa virus adalah seperti kejahatan yang mesti kita perangi tanpa toleransi, jika kita tidak berjaya menewaskanya secara total, maka ada kemungkinan yang ia juga berehat, menguatkan diri lalu bersiap untuk mengunyah kita kembali. Saya pelajari erti kesabaran, seperti kata Nabi Ya’kub dalam Surah Yusuf, sabrun Jamil, kesabaran itu indah? Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Nabi ini, seorang manusia biasa mampu mengatakan sabar itu indah bila baginda telah kehilangan anaknya Yusuf yang paling dikasihi?

Bila memikirkan kisah Yusuf yang ditulis indah seperti sebuah novel dalam Al-Quranul karim, saya mula ternampak, sedikit demi sedikit erti kata sabar itu indah. Baginda Nabi Yusuf yang dikurniakan kehebatan menafsir mimpi, kepandaian aqal dan juga wajah yang handsome ini ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang hebat dalam hidupnya.

Dan sesungguhnya Tuhan memang ada jadualnya yang tersendiri. Kisah Nabi Yusuf ini menarik minat saya kerana Baginda mempunyai abang-abang yang sangat irihati terhadapnya. Baginda terpaksa melalui berbagai rintangan dan halangan, dibuang ke perigi, lalu dijual sebagai hamba. Diuji lagi dengan kasih Zulaikha, lalu sanggup ke penjara, namun bila sudah jadual Allah tiada yang mampu menghalang kejayaan Baginda. Kehebatan menafsir mimpi menunjukkan bahawa Nabi Yusuf mempunyai A beautiful Mind, disamping rancangan beliau apabila akhirnya saudara- saudaranya yang iri hati terpaksa mengakui kehebatan beliau. Mungkin ini yang dikatakan jadual Allah.

Sabrun jamil, itulah tema Surah Yusuf. Konsep sabar ini penting kerana ia lebih dari menahan tohmahan, serangan mulut dan sebagainya, bahkan kesabaran inilah yang diperlukan satu-satu individu demi berjaya, iaitu sabar sehinggalah cita-cita mampu tercapai.
Saya amat tertarik dengan tema pemuda dalam Al-Quran ini. Saya suka baca kisah Ashabul kahfi tentang belia yang melarikan diri daripada Raja yang zalim lalu Tuhan menyelamatkan mereka didalam gua, ditidurkan selama 309 tahun. Begitu juga Talut yang mengetuai kumpulanya melawan askar-askar Jalut. Keberanian dan idealisme dalam pemuda mampu menggegarkan negara, jika tidak dunia. Di Malaysia saya telah mengikuti kisah Pemuda sejak dulu lagi. Saya tuliskan buku Pemuda di zaman Mahathir pada 1982, meletakkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelah Datuk Seri Najib.

‘Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia” - Sukarno.

Hari ini kedua-dua Pemuda di zaman Mahathir ini mewarnai corak politik negara. Pada 2004, di zaman Pak Lah pula saya menggandingkan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, maka kita harus memikirkan, ke manakah Pemuda akan membawa negara Malaysia? Mungkin ramai yang tidak nampak, tetapi perang antara Khairy dan Mukhriz ini, lebih dari sekadar petandingan memilih Ketua Pemuda, ia adalah pertandingan memilih antara dua sistem. Ia lebih dari perang antara Mahathir dan Pak Lah, kalau saya boleh menyebutnya, ia adalah perbezaan diantara ideologi Pak Lah dan Mahathir.

Pemilihan ini akan menguji sama ada UMNO sedia untuk menghadapi cabaran di era langit terbuka, di mana rakyat sedang melalui proses kematangan dalam politik. Pemuda harus membuat pilihan, sama ada mengekalkan sistem command and control seperti zaman Mahathir, yakni menyekat kebebasan media, mengetatkan auku, dan juga menjadikan urusan UMNO seperti urusan keluarga, atau adakah UMNO sedia untuk meneruskan dengan keterbukaan era Pak Lah? Keterbukaan Pak Lah ini mungkin telah makan diri sekiranya kita memandang bagaimana projek Islam Hadhari tidak menjadi akibat kedangkalan pemikiran sesetengah pihak.

Juga kalau kita perhatikan bagaimana permainan busuk hati bloggers yang bermain dengan cerita rekayasa, seperti hikayat Khairy, cerita dogeng yang disiarkan di Malaysia today, namun niat dibelakangnya begitu kejam sekali. Juga jangan lupa pada peranan Mahathir yang terus-menerus menyerang Pak Lah sedangkan dia sendiri sudah bukan lagi menduduki kerusi Perdana Menteri. Tidak cukup dengan serangannya melalui blog dan ceramahnya, Tun sanggup mengunakan Mukhriz sebagai mouthpiece demi menjatuhkan Khairy Jamaluddin yang dijadikan kambing hitam (scapegoat).

Pada hari ini, mungkin ada yang menyangka saya tidak bertimbang rasa, menjadikan Tun Mahathir yang sudah tua sebagai sasaran. Mungkin mereka tak tahu, Melayu mudah lupa, Mahathir mudah lupa. Bagaimana Tun diserang habis-habisan oleh kaki kacau zamannya yang bergabung dengan pembangkang. Cuba baca balik dua bab yang saya siarkan dalam buku ini, Post skrip dan juga Ulama melihat tikus lebih besar dari gajah. Terbukti, sejarah berulang lagi, Anwar melakukan benda yang sama, yang berbeza hanyalah pakaian. Kalau dulu wujud Semangat 46, hari ini PKR. Saya sebagai penulis sekadar mendokumentasikan disamping mengingatkan supaya apa yang berlaku di zaman Mahathir, di zaman Pak Lah tidak akan berulang di zaman Najib.

Seperti kata Datuk Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merosakkan UMNO adalah ahlinya sendiri. Kita berada di zaman era langit terbuka, bilakah Melayu nak buang perangai hasad dengki dan menjadikan semua pemuda bijak pandai sebagai Hang Nadim, sedangkan yang perlu dibuang ke laut adalah penderhaka seperti si tanggang?

Perhatikan bagaimana di era Pak Lah, kabinetnya sendiri menghantar memorandum kepada beliau, dan orang-orang Mahathir yang kekal menimbulkan masalah dengan isu AP dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, wujud pihak seperti Mukhriz yang mahukan Pak Lah meletak jawatan, di samping Anwar yang melakukan political stuntnya dengan janji kosong 16 September.

Sukar mahu menyangkal di sini bahawa Pak Lah merupakan mangsa permainan kaki kacau. Akan tetapi hebatnya Pak Lah di sini apabila beliau tetap consistent, atau istiqamah dengan dasar keterbukaan.

Lihatlah Pemuda yang telah dihasilkan di zaman Pak Lah dan kita akan kagum, bagaimana Khairy Jamaluddin sanggup masuk ke kubu kuat PAS demi bermuzakarah dengan Datuk Husam. Dasar keterbukaan ini mungkin membawa padah kepada cita-cita politik Pak Lah, tetapi dari awal lagi, Pak Lah telah mengatakan dia tidak ambitious, tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri.

Dasar keterbukaan ini mungkin bahaya pada peringkat pertama, diketika pemikiran rakyat masih lagi geram dengan minda Utusan Malaysia atau mana- mana lagi media kerajaan dan akan terima apa sahaja kata bloggers dan media alternatif. Tapi lama kelamaan, rakyat Malaysia akan mula matang dengan pemikiranya dan akan lebih bertangungjawab dalam pemilihan.

Di Mukadimah saya menulis tentang sistem dwi parti yang akan gagal kerana ia mampu memecah-belahkan negara bila semangat musyawarah tidak ditanam. Namun Islamisation terhadap sistem dwi parti ini mungkin mampu menghasilkan sebuah yang baik sekali untuk negara, seperti muzakarah Khairy dan Datuk Husam itu tadi. Dan yang terbaru apabila beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mendebatkan PPSMI.

Rakyat yang pemikiran politiknya lebih matang akan mampu memastikan keberkesanan dalam pentadbiran. Akan wujud kembali raja adil raja disembah dan raja zalim raja disanggah. Akan tetapi lain pula pendekatan UMNO Mahathirism yang mengutamakan command and control. Mereka mahukan pemilihan UMNO jadi urusan parti, terlupa bahawa ahli Pemuda UMNO hanyalah 700 000, sedangkan Pemuda di seluruh Malaysia melebihi 7 juta. Inilah yang dikatakan a state within a state.

Kata Khairy dalam interviewnya bersama Nutgraph, UMNO perlukan lebih inclusivity. Andaikata lebih ramai lagi belia yang menjadi ahli UMNO, UMNO akan jadi parti yang lebih relevan kepada Melayu dan Malaysia.

Bila Barisan Nasional menghadapi kekalahan terburuk dalam sejarah pada March 2008, mereka harus sedar tentang keangkuhan kuasa bahawa pada hakikatnya manusia tidak berkuasa, dan bila-bila sahaja Tuhan mampu mengambilnya. Musa Hitam mengatakan UMNO adalah parti tua dan sakit tenat, tetapi terlupa yang tenat, yang tua dan yang membawa masalah adalah ahli-ahli yang bertindak sebagai virus.

Musa Hitam dulu Timbalan Perdana Menteri, merajuk dan letak jawatan. Nak tahu siapa Musa, baca Musa derhaka dan juga Challenger siapa lawan siapa. Dulu waktu Pak Lah berkuasa, berlagak jadi penasihat Pak Lah, sekarang bila Pak Lah nak turun bagaimana sikapnya? Berhentilah jadi kaki kacau di zaman Najib.

Kalau ada 3 musketeers di zaman Mahathir, di zaman Najib juga akan ada 3 musketeers yang melindungi institusi UMNO. KJ selaku d’artagnon, apakah Datuk Norza Zakaria, ahli EXCO yang paling lantang akan berdiam diri, begitu juga Syed Ali Al-Habshee the president man?

Pada kejadian ini, tidak kira sama ada rakyat mengundi Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap Barisan, mahupun mereka sudah bertukar haluan, akan tetapi yang penting adalah agar UMNO/Barisan terus relevan, mereka harus selangkah dengan kemahuan rakyat pada era ini.

Rakyat tidak mahukan lagi sebuah parti politik yang beri wang salah tak beri wang kalah, tidak mahu lagi parti yang mengutamakan ahli politiknya keatas rakyat. UMNO dulu tidak selalu begitu, satu ketika dulu, ia merupakan sebuah parti yang mengutamakan kemasalahan rakyat, pertandingan merupakan pertandingan untuk menyenangkan rakyat. Akan tetapi bila UMNO sudah dijangkiti virus struggle for power ini, ia seakan-akan terkena virus Chikukunya yang susah benar mahu betul-betul pulih darinya. Ia hanya mampu dipulih dari dalam, kerana antibiotik dari luar hanya akan menguatkannya. UMNO hari ini beruntung, kerana lawannya iaitu Pakatan Rakyat pun mempunyai masalah dan keretakan ideologi, akan tetapi mereka harus sedar rakyat yang sudah fed-up akan mencari parti yang mampu memberi keperluan mereka.

Ingatlah, Barisan sekarang berada dalam keadaan tertekan, selepas Mac 2008, Kuala Terengganu, Barisan semakin tertekan, dan sekarang wujud pula kata-kata yang Bukit Gantang dan Bukit Silambau akan menjadi medan perhakiman.

Bila Najib Tun Razak nanti mengambil teraju pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO akan diberikan peluang baru untuk memperbaharui kepimpinan rakyat. Ia diharapkan ajaran dan semangat Tun Razak akan hidup di dalam Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Najib harus fikirkan juga, apakah nasib UMNO/Barisan akan datang, adakah ia akan tetap mempunyai daya saing?

Sudah 27 tahun sejak saya menulis Pemuda di zaman Mahathir. Kalau ada suatu pengajaran yang mampu saya sampaikan, ia adalah politics is the game of the possible, macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata. Sudah hampir 6 Perdana Menteri Malaysia, 3 darinya merupakan Ketua Pemuda, dan 3 darinya bukan. Ramai Ketua Pemuda yang hebat-hebat seperti Datuk Haron dan Datuk Jaffar Albar tidak pun menjadi Perdana Menteri. Begitu juga Tun Saadon dan Datuk Senu. Sementara itu, Rahim Tamby Chik pula terpaksa berhenti sebagai Ketua Pemuda, Syed Hamid Albar pula pernah bertanding tapi menarik diri di saat-saat akhir. Mungkin dia tidak sehebat ayahnya, Singa UMNO.

Mudah-mudahan mereka yang seperti kereta chasis bengkok pergilah cermin diri. Belajar sedar diri. Sudah tak relevan untuk zaman Najib, berilah peluang bagi darah muda. Jangan sampai orang katakan ‘awak sudah tertinggal bas,antara sebab awak susah sangat hendak menang, selain tidak mesra rakyat,sama sekali tidak mesra penulis yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Kalau penulis-penulis semua tidak senang dengan awak tu, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah’

Khairy Jamaluddin berkata seandainya dia kalah pemilihan kali ini, dia mahu Pemuda bersatu. Dia akan menyokong siapa saja yang menang dan merapatkan Barisan. Inilah sifat-sifat Sabrun jamil, kesabaran itu indah. Beliau sudah pun melalui berbagai-bagai ujian, jalan memang tidak mudah bagi sang pejuang. Bak kata Pak Lah, ia hanya sebuah permainan. Yang penting, kukuhkan Pemuda.

“Jangan ambil hati terhadap apapun, kerana semua itu adalah permainan. Dan ia bukannya pun mengenai kehidupan mu. Itu bukan hidupmu. Hidupmu adalah keluargamu, hidupmu adalah kesejahteraan dirimu sendiri. Itu semua adalah satu permainan, permainan di mana anda turut terlibat di dalamnya kerana anda mahu melakukan sesuatu untuk negara. Dan malangnya, untuk membantu negara, anda terpaksa menjadi sebahagian daripada permainan ini. Anda boleh berhenti bermain bila-bila masa pun sekiranya anda mahu dan meninggalkan sahaja permainan ini. Bukan ada orang pun yang menyuruh anda turut sama menyertai permainan ini. Anda turut sama berada dalam permainan ini kerana kemahuan dan pilihan anda sendiri”

- Pak Lah

Sehabisnya episod pemikiran saya ketika dibawa aroma kopi jahe Surubaya, dari balkoni tingkat atas kamar tidur saya, saya pun turun ke bawah, ke tepi sungai. Saya perhatikan air yang mengalir jernih dari hulu Sungai Pahang yang sedang menuju ke Kuala Sungai Pahang, terus ke Laut Cina Selatan.

Perjalanan hidup yang seperti anak sungai yang berliku-liku mengambil waktu yang sangat panjang untuk ke destinasi yang di tuju. Begitulah perjalanan Datuk Najib yang saya kenal 27 tahun dahulu ketika beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Anwar Al-Gujerati menjadi Ketua Pemuda.

Dengan pantas sekali waktu berlalu akhirnya Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, lalu tersungkur ke Penjara Sungai Buloh. Tuhan tidak pernah zalim. Allah Maha Mengetahui namun Anwar tidak mahu belajar, tidak ada sifat Sabrun jamil. Kini Najib sudah menjadi Presiden UMNO dan insya-Allah menjadi Perdana Menteri.

Di saat ini, saya pasti Datuk Najib sudah letih, sudah penat, saya juga penat, tetapi hidup mesti diteruskan. Dunia adalah sebuah pentas sandiwara, siapa kalau bukan Tuhan yang menjadi pengarahnya. Tiba-tiba saya teringat kata-kata Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone, filem yang saya tonton bersama anak saya Habeeb Oumar Al-attas di TV. Barangkali kata-kata semangat ini boleh diguna pakai oleh Najib, Pemuda, dan siapa sahaja yang ingin berjaya di dalam hidup termasuk saya sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. - Al-Quran.

Dunia ini bukanlah hanya berkenaan sinaran suria dan pelangi. Ia adalah sebuah tempat yang kejam dan ada kalanya zalim, dan ia tak peduli anda segagah mana sekalipun, ia akan memukul anda sehingga ke lutut dan membuatkan anda berlutut selamanya, jika anda membenarkan ianya berlaku sedemikian. Anda, saya atau sesiapa sahaja, akan memukul anda sekuat kehidupan. Ia bukannya mengenai betapa kuat anda boleh memukul tetapi betapa kuat anda akan dipukul, tetapi masih boleh maju tanpa menyerah kalah. Itulah cara bagaimana kemenangan diperolehi. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda kuat, keluarlah dan buktikan kekuatan anda. Tetapi anda harus sanggup menerima segala pukulan. Dan bukannya menuding jari dan mengatakan: Anda gagal menjadi orang yang anda mahu jadi akibat angkara orang lain. Hanya sipengecut saja yang melakukan sedemikian!

The world aint all sunshine and rainbows. Its a very mean and nasty place, and i dont care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You,me or nobody, is gonna hit you as hard as life. Buy ain’t about how hard you hit, its about how hard you can get hit, and keep moving forward.

How much you can take, and keep moving forward. Thats how winning is done. Now, if you know what you’re worth, go out there and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying: You ain’t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain’t you! You’re better than that!”.

- Rocky Balboa

Saya akhiri buku ini dengan kata-kata:

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah
kawan berfikir yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH