Seperti sudah dirancang terdengar ada dua Adun Pkr dari Negeri Sembilan akan meletakan jawatan dengan memberikan alasan yang mereka tidak berkemampuan untuk meneruskan tugas sebagai seorang wakil rakyat.Anwar sebenarnya merancang untuk mengadakan prk dikawasan kawasan yang belau yakin boleh menang terutama di kawasan-kawasan yang kini sudah sedia diterajui PKR.
Dengan prk Penanti adalah rancangan pertama Anwar,Dimana penyandangnya sengaja melepaskan jawatan kerana ingin melanjutkan Pelajaran di Negeri Sembilan nanti penyandangnya ingin sekali melepaskan jawata dengan memberikan alasan sudah tidak mampu untuk memikul tugas seorang Adun.Ini jelas ianya satu rancangan busuk Anwar yang sengaja untuk mengheret rakyat bersamanya untuk mempermainkan tangungjawab dan amanah rakyat semasa mereka memilih Pkr pada pru12 yang lalu.
Siri pilihan raya kecil itu juga bertujuan untuk memberi tekanan kepada BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah mengalami empat kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.Anwar sengaja mengalihkan tumpuan Najib daripada menumpukan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat kerana sibuk dengan politik.
Bagi Anwar permainan kotornya sudah dapat dikenal pasti oleh Umno dengan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti hujung bulan ini.Keputusan BN tidak menyertai prk Penanti dibuat atas dasar pilihan raya tersebut hanyalah satu permainan politik parti pembangkang. Ia bukan atas keperluan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan.
Dan orang yang paling kecewa dengan keputusan itu sudah tentulah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar tahu Jerat berumpankan provokasi yang dipasang, tidak mengena kali ini.Anwar pastinya sangat-sangat berharap BN sebagai parti pemerintah termakan dengan provokasi itu. Beliau mahu melihat parti pemerintah terjerumus sekali lagi dalam siri permainan politik pakatan pembangkang - khususnya PKR Permainan Anwar pada dua pilihan raya kecil terdahulu kelihatan sedikit menjadi walaupun tembelang sebenar sudah mula kelihatan kini.
Barangkali pilihan raya kecil Bukit Lanjan dan diikuti dengan dua lagi kawasan Pkr di Negeri Sembilan adalah strategi Anwar seterusnya selepas ini. Pilihan raya kecil ketiga di Penanti pula diadakan hanya kerana prestasi buruk bekas wakil rakyatnya, Mohamad Fairus Khairuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.Prestasi buruk Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri menjadi buah percakapan penduduk di Penanti dan merosakkan imej PKR.
Parti itu dilabel sebagai parti yang mempunyai wakil rakyat yang tidak berkualiti kerana pemilihannya dibuat sekadar tangkap muat.Melihat kepada sebab-musabab ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan, ia tidak lain daripada agenda peribadi dan permainan politik terancang Anwar.Pertamanya, pemimpin PKR itu mahu momentum kemenangan parti itu berterusan sehingga di dibawa ke pilihan raya umum akan datang.
Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Anwar mendapat sokongan yang cukup kuat daripada rakyat Malaysia walaupun realitinya tidak sedemikian.Kedua, Anwar mahu terus menjadikan pilihan raya kecil sebagai pentas terbaik "membelasah" BN secara terus-terusan dengan pelbagai dakyah dan fitnah ciptaannya.Ketiga, pilihan raya adalah strategi terbaik bagi menutup keretakan dan keberantakan 'rumah tangga' pakatan pembangkang yang dibina atas pakatan longgar antara PKR, DAP dan Pas.
Pemimpin PKR itu mahu memberi satu gambaran bahawa pakatan pembangkang semakin bersatu.Pakatan pembangkang mahu diperlihatkan kepada rakyat sebagai satu pakatan yang semakin kukuh walaupun realitinya mereka sedang berdepan dengan krisis demi krisis yang sudah menjadi rahsia terbuka.Apa yang paling penting, Julai ini Anwar akan berdepan dengan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Pilihan raya kecil ini pada tanggapan Anwar, sekurang-kurangnya dapat mengalihkan perhatian rakyat kepada isu kes liwatnya apatah lagi jika calon PKR menang di Penanti.
Ujian paling besar bagi Anwar ialah bagaimana mengalihkan perhatian rakyat daripada isu liwat tersebut.Melihat kepada faktor-faktor tersebut, BN merasakan ia tidak perlu terikut-ikut apatah lagi terperangkap dengan segala taktik dan perancangan teliti pemimpin PKR itu.Lagipun pilihan raya keci di Penanti itu diadakan bukan kerana calonnya meninggal dunia atau sebab-sebab yang termaktub dalam Perlembagaan seperti kematian, muflis dan sebagainya. Jadi tidak rugi dan tidak menjadi kudis pun jika BN tidak bertanding.Pilihan raya Penanti adalah 'proses demokrasi' ciptaan Anwar.
Daripada sisi lain, keputusan BN itu mungkin mengundang pelbagai tanggapan berbeza. Di kalangan penyokong kerajaan, akan ada yang berasa kecewa.Tanpa kehadiran calon BN, maka pilihan raya kecil kali ini tidak memberi makna kepada mereka. Apatah lagi jentera pilihan raya parti yang sudah bersiap sedia lebih awal.Bagaimanapun, pendirian BN perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas dan terbuka.
Apa yang pasti parti-parti pembangkang sudah pasti cuba memanipulasi keputusan BN untuk tidak bertanding.Peluang ini akan digunakan untuk meniup kebencian bahawa BN sudah tidak lagi mempedulikan nasib penduduk di Penanti.Kerana itu juga, penjelasan berhubung pendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh dan sampai kepada rakyat.
Pendirian itu merupakan satu objektif yang dilihat memenuhi sasaran perjuangan untuk semua rakyat Malaysia.Sesuatu yang pasti, keputusan untuk tidak turut serta dalam pilihan raya kecil Penanti adalah satu mesej jelas BN.Bahawa kerajaan tidak akan sesekali menjadikan penularan politik jelik yang dipopularkan oleh pembangkang itu sebagai satu trend dalam budaya politik demokrasi di Malaysia.
Anwar dan PKR mungkin menang mudah di Penanti 31 Mei ini. Dan Pulau Pinang pula bakal mendapat Timbalan Ketua Menteri Melayu yang lebih bijak, cerdik dan lebih elok imejnya.Tetapi realitinya Anwarlah yang paling kecewa. Kali ini, belantik yang menjerat lawannya sebelum ini tiba-tiba membingkas, menjerut dirinya sendiri!
Hakikatnya, sandiwara politik pakatan pembangkang terutama PKR nampaknya gagal mengumpan BN untuk bertandingBagi Umno dan BN hanya orang yang mabuk dan gila kuasa sahaja yang sanggup melakukan kerja kerja ini....siapa lagi bukan PKR.
RENUNG RENUNG KAN LA...LUPIKIR LA SENDIRI
memang sesuai dengan gelaran bapa pilihan raya kecil.
BalasPadamhttp://ops-shield.blogspot.com/