Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.
“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.
“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan masyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC, petang Isnin.
Menurut Najib, keputusan yang dicapai itu dibuat secara sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN.
“Kita tak menari ikut rentak orang lain,. Ini satu permainan politik. Kita tidak mahu terjerumus dalam permainan parti politik pembangkang. Sebab kalau kita ikut lepas ini mereka akan buat di kawasan lain pula,” tegasnya sambil menambah permainan politik pembangkang itu hanya akan menyusahkan rakyat.
Pada sidang media itu, Najib juga mengumumkan pengwujudan jawatan Ketua Penyelaras BN yang disandang oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.
BN juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN dan penyandangnya akan diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.
Selain itu, Dewan Tertinggi BN bersetuju mewujudkan Puteri BN dan Ketua Puteri akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Anwar started the game and Najib fell into the trap. Najib played smart with Perak and Anwar has another game for Najib and at the end Najib realized that he was being fooled by Anwar, but it is too late now! And now BN supporters are getting frustrated at Penanti. What are they waiting for? Be End.
BalasPadamSalam, Umno mungkin kalah @ mungkin juga menang...tp bila x btanding, memanglah kalah. Apa pun kita akur, cuma kasianlah pengundi Umno di penanti!
BalasPadamBN/UMNO ternyata tunjuk kan kelemahan nya. Tidak berani letak calun di N12 Penanti.
BalasPadamIni lah tanda yang nyata BN/UMNO sudah sampai ke akhir zaman nya.
Walau pun BN/UMNO ber sungguh2 berusaha untuk pulih, tapi nampak nya bertambah semakin parah.
Pencacai2 bloggers UMNO semua tidak boleh diharaf untuk pulihkan BN/UMNO lagi. Pencacai2 bloggers UMNO ini sudah kehabisan modal berhujah.
Kita tidak hiraw siapa perintah Perak sekarang. Tetapi yang jelas dan nyata pada PRU13 nanti kerajaan BN/UMNO akan tumbang di seluruh negara.
Kegagalan BN/UMNO bertanding di N12 Penanti sangat memalukan parti BN/UMNO. Takut di malukan bagi kali ke lima selepas PRU12.
KAMI KECEWA DENGAN KEPUTUSAN NAJIB.
BalasPadamSEPATUTNYA BERILAH PENERANGAN BAHAWA PKR BERTINDAK BODOH DAN TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN.
LAWAN TETAP LAWAN.
KINI MASA YANG SESUAI MEMPERBODOHKAN PKR.
MAKA...
SEKARANG RAMAI PENGKRITIK DAN PENGANALISA POLITIK UMNO BERASA KECEWA..
TERMASUK AKU LAAA....
"KALAH SEBELUM BERTANDING"
---daripada MULUT CELUPAR---
Ape pulak 'tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan' ?
BalasPadamKalu tak ikut perlembagaan, tak leh lah letak jawatan, jadi boleh lah tuntut di Mahkamah !!!
SPR kata kena buat Pilihanraya Kecil, ini menunjukkan semua mengikut perlembagaan !!!
Siapalah penasihat PM kita kali ni ?
Nani Cheras